BANGKOK: Thailand merancang mengurangkan kuarantin 14 hari di hotel kepada pelancong dan pengembara yang lengkap suntikan vaksin COVID-19 untuk membantu merancakkan semula ekonomi dan industri pelancongan.
Ketua Pengarah Jabatan Kawalan Penyakit Dr Opas Karnkawinpong berkata, jawatankuasa kawalan penyakit mencadangkan untuk mengurangkan tempoh kuarantin itu kepada tujuh hari tetapi wajib menjalani ujian RT-PCR sejurus ketibaan.
Katanya, pengunjung tanpa sijil vaksinasi yang tiba menggunakan perkhidmatan udara akan dikenakan kuarantin 10 hari sementara ketibaan menerusi pengangkutan darat perlu dikuarantin dua minggu.
"Langkah-langkah itu tertakluk kepada pelawat daripada semua negara.
"Tempoh kuarantin yang lebih singkat tidak akan memburukkan lagi keadaan (COVID-19) kerana projek Phuket Sandbox membuktikan pengunjung tidak menyebabkan wabak sebaliknya jangkitan tempatan," katanya.
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam Anutin Charnvirakul berkata, jawatankuasa kawalan penyakit akan mengusulkan kepada Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) untuk mengurangkan kuarantin wajib 14 hari wajib pada minggu depan.
Thailand dalam usaha membuka kembali lebih banyak destinasi pelancongan kepada pengunjung lengkap divaksin mulai Oktober susulan kejayaan "Phuket Sandbox" dan "Samui Plus" yang dilancarkan Julai lalu.
Namun, rancangan membuka semula Bangkok pada 1 Oktober ditunda berikutan gagal memenuhi sasaran 70 peratus penduduk dewasa lengkap divaksin.
Minggu lalu, Gabenor Bangkok Aswin Kwanmuang berkata hanya 37 peratus penduduk di Bangkok sudah lengkap divaksin.
Sejak 24 jam lalu, terakhir, Thailand mencatat 13,256 kes baharu dan 131 kematian, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 1,524,613 dan korban seramai 15,884 orang.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 23 2021

Thailand merancang mengurangkan kuarantin 14 hari di hotel kepada pelancong dan pengembara yang lengkap suntikan vaksin COVID-19 untuk membantu merancakkan semula ekonomi dan industri pelancongan. -Gambar fail
Fokus angkat martabat negara, bukan jatuhkan sesiapa - PM
Kata Anwar, peluang bulan Ramadan yang bakal tiba perlu digunakan dengan majlis ilmu untuk memperkasa individu dan masyarakat, dan bukannya diisi dengan tohmahan dan fitnah untuk menjatuhkan mana-mana pihak.
SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan dengan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha untuk lima hari bermula 21 Februari terhadap tiga individu.
Waspada Akaun palsu Sultan Ibrahim, foto Keluarga Diraja Johor
Menurut Royal Press Office, akaun-akaun palsu tersebut sering digunakan oleh “scammers” untuk tujuan penipuan di laman Facebook dan platform media sosial lain.

Perintah khidmat masyarakat dijangka kuat kuasa tahun ini - Nga
Nga berkata sesi libat urus dan penerangan kepada pihak berkaitan sudah dilakukan beberapa kali dalam memastikan perintah khidmat masyarakat itu dapat direalisasikan.

KKDW fokus bangunkan infrastruktur luar bandar Sabah - Ahmad Zahid
Sabah memerlukan lebih banyak pembangunan infrastruktur, dan perancangan itu mampu direalisasikan hasil hubungan baik Kerajaan MADANI dan negeri.

Hati-hati! Scammer guna akaun palsu Sultan Ibrahim, foto Keluarga Diraja Johor
Royal Press Office menegaskan bahawa penyamaran dan penyalahgunaan identiti adalah satu kesalahan di sisi undang-undang.

Seorang maut, 5 cedera dalam insiden tembakan di hospital Pennsylvania
Suspek bersenjatakan pistol ketika memasuki Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Memorial UPMC sebelum menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan.
AWANI Ringkas: eman lima hari dan tiga hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

30 pasukan bola sepak, peniaga rugi penganjur karnival lesap
Difahamkan penganjuran program selama dua hari pada 22 dan 23 Februari itu turut melibatkan beberapa peniaga yang turut diperdaya penganjur.

Khaled, Saifuddin ucap takziah kepada keluarga Ishsam
Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar, bukan sahaja kepada rakyat di Ayer Kuning dan negeri Perak, tetapi juga kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Thailand tegas banteras sindiket penipuan pusat panggilan dengan kerjasama serantau
Kerajaan Thailand kini memperkukuh kerjasama dengan negara jiran bagi menghapuskan operasi sindiket penipuan pusat panggilan rentas sempadan yang mengeksploitasi kelemahan sistem sedia ada.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Isteri hilang ditemui maut bersama 'kekasih gelap'
Seorang lelaki di Thailand yang mencari isteri hilang dikejutkan dengan penemuan wanita itu yang maut bersama bersama kekasihnya dalam kereta diletakkan di jalan dekat wilayah tengah Chachoengsao.

Upah tinggi faktor rakyat tempatan sanggup jadi tali barut bawa masuk PATI
Ganjaran lumayan menyebabkan segelintir rakyat tempatan sanggup menjadi tali barut kepada sindiket penyeludupan pendatang tanpa izin dengan bertindak sebagai tekong darat.

Sindiket penipuan kerja Myanmar: Kementerian Luar bantu 15 rakyat Malaysia di Thailand
Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok kini berhubung rapat dengan pihak berkuasa Thailand bagi mengesahkan identiti rakyat Malaysia yang terlibat.

Keputusan kes dadah penyanyi wanita terkenal Kelantan dan lima yang lain diketahui 6 Mac
Mahkamah Wilayah Narathiwat akan membuat keputusan kes dadah membabitkan penyanyi terkenal Kelantan bersama suami dan empat rakannya pada 6 Mac depan.

TDM tahan 15 pendatang tanpa izin warga Myanmar, Thailand
Angkatan Tentera Darat Malaysia (TDM) menahan 15 pendatang asing tanpa izin warga Myanmar dan Thailand dalam dua tangkapan berasingan di daerah Kubang Pasu, semalam dan hari ini.

Thailand ketatkan kawalan sempadan selepas potong bekalan elektrik ke Myanmar
Polis peronda sempadan Thailand dan pasukan tentera telah menguatkan keselamatan di sepanjang sempadan dan semua agensi yang berkaitan.

ACC: BG Pathum United sekat impian Terengganu ke separuh akhir
Kekalahan itu sekali gus melenyapkan impian anak buah Badrul Afzan Razali untuk ke pusingan kalah mati selepas jatuh ke kedudukan keempat.

Rizal Tisin kini bimbing skuad berbasikal trek Thailand
Mohd Rizal berkata beliau diberikan kontrak selama setahun oleh Thaicycling Association.