THAILAND memulakan tahun baharu 2020 dengan pengharaman penggunaan plastik sekali guna.
Ia selaras dengan usaha meneruskan kempen kerajaan ke arah larangan penuh menjelang tahun 2021.
Reuters melaporkan larangan sepenuhnya itu nanti bertujuan mengurangkan sisa buangan dan sampah negara itu daripada berakhir di laut.
Kesedaran awam tentang risiko plastik terhadap haiwan dan alam sekitar diketengahkan sejak tahun lalu, lebih-lebih lagi apabila selepas insiden haiwan seperti rusa dan anak dugong yang ditemui mati dengan perut berisi pelbagai bahan plastik.
"Thailand berada dalam kedudukan keenam dalam senarai negara-negara dunia yang menghasilkan sampah di laut.
"Dalam tempoh lima tahun, kita sudah memperbaiki kedudukan dan kini di tempat ke-10.... terima kasih atas kerjasama semua rakyat Thailand," ujar Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Varawut Silpa-Archa.
Kementerian itu merekodkan negara Thailand berjaya mengurangkan penggunaan sehingga 2 bilion beg plastik, atau kira-kira 5,765 tan pada tahun lalu.
Itu adalah pencapaian fasa pertama dalam menggalakkan konsumer menolak penggunaan beg plastik di kebanyakan premis secara sukarela.
"Pada mulanya, saya tidak terbiasa dengan amalan ini, kerana saya datang tanpa membawa apa-apa dan lupa mengenainya.
"Jika saya ingat, saya akan membawanya (beg guna semula)," ujar seorang pengguna, Supanee Burut-thong.
Varawut berkata, aspek paling mencabar adalah untuk melupuskan 40 peratus terakhir beg plastik yang kini masih ada di pasar segar dan di kawasan luar bandar.
"Tidak mudah untuk mengubah cara pemikiran dan sikap orang ramai," ujar Varawut.
Agensi
Fri Jan 03 2020

Kesedaran tentang risiko pencemaran plastik kepada alam sekitar dan haiwan semakin giat diperjuangkan di Thailand. - Reuters

Forum Antarabangsa Astana 2025 tumpu dialog kritikal mengenai isu global dan keutamaan
Forum itu antara lain akan meneroka penyelesaian praktikal terhadap cabaran dunia dalam suasana ketidaktentuan dan polarisasi global.

EU salur AS$70.9 juta untuk tangani krisis Rohingya
Dana itu akan diguna untuk membantu komuniti tuan rumah di Bangladesh serta penduduk yang terjejas akibat keganasan di Rakhine, Myanmar.

CAAM bakal lancar peraturan sistem pengurusan trafik UAS baharu suku keempat 2025
Peraturan itu merupakan satu langkah besar dalam usaha negara menangani peningkatan permintaan bagi teknologi dan industri UAS yang semakin pesat membangun.

Kapal Tentera Laut Korea Selatan 'Cheonjabong' singgah di Pelabuhan Klang
Kapal Pendaratan Dok (LSD) itu membawa peralatan Tentera Darat Korea Selatan, termasuk Kereta Kebal Tempur Utama (MBT) K2, dan Howitzer Gerak Sendiri (SPH) K-9.

Presiden Lubnan lakukan lawatan luar negara pertama ke Arab Saudi
Joseph Aoun dijadual menghadap Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman semasa lawatannya ke negara itu.

Thailand pertimbang bina tembok sempadan sekat pergerakan sindiket pusat panggilan
PM Thailand tekankan keperluan untuk usaha berterusan dan mencadangkan beberapa langkah, termasuk mengkaji kebolehlaksanaan tembok sempadan.
Sekatan bantuan akan musnahkan kehidupan rakyat Gaza - UNICEF
Tegas Pengarah Serantau UNICEF untuk Asia Barat dan Afrika Utara, Edouard Beigbeder,
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
Hamas penuhi komitmen perjanjian - Pegawai Kanan
Menurut laporan Al Jazeera, Osama Hamdan berkata pihaknya "komited kepada perjanjian" dan ingin melihat perjanjian tersebut diteruskan ke peringkat kedua.
Lebih 2,000 bomba giat padam kebakaran hutan di Jepun
Kira-kira 4,600 penduduk masih berada di bawah nasihat evakuasi, dengan api membakar ribuan hektar tanah setiap hari.
Seorang maut, empat cedera dalam serangan tikaman di Israel
Menurut pihak polis tempatan, suspek yang merupakan seorang warganegara tempatan turut maut dalam insiden berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan di lokasi kejadian.

Trump 'isytihar perang' terhadap straw kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump "mengisytiharkan perang" terhadap straw kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Sabah perkasa industri pelancongan melalui pemeliharaan warisan budaya, alam sekitar
Kerajaan Sabah akan mempergiatkan usaha menambah baik pemeliharaan warisan budaya dan pengurusan alam sekitar bagi memacu dan memperkasakan industri pelancongan di negeri ini.

Malaysia akan suaikan diri kepada perubahan global - Nik Nazmi
Keutamaan Malaysia adalah untuk memupuk kerjasama multinasional khususnya dalam berkaitan iklim dan kemampanan alam sekitar.

Cadangan hentikan penggunaan asbestos sepenuhnya sedang diperhalus - Nik Nazmi
Ketika ini Jabatan Alam Sekitar sedang menerbitkan kajian berhubung penggunaan asbestos dan kesannya kepada alam sekitar dan kesihatan.

Masa terbaik bakat mahir teknologi pulang ke Malaysia - Chang
Peluang hasil peralihan negara ke arah industri yang bernilai lebih tinggi menjadikan kini masa terbaik untuk bakat teknologi pulang.

Sarawak tidak anggap lombong REE sebagai industri utama negeri
Industri perlombongan REE boleh beri kesan negatif kepada alam sekitar, sekali gus bertentangan dengan matlamat kerajaan negeri.

190 spesies burung direkodkan di Taiping sejak 2017
Lebih 90 peratus yang direkodkan terdiri dalam kalangan burung tempatan manakala bakinya adalah daripada spesies burung migrasi.

Peranan minyak sawit seperti wira, kata ahli akademik AS
Kemajuan yang beterusan dalam amalan kemampanan membolehkan minyak sawit memberi sumbangan bermakna kepada matlamat kesihatan global.

Tomyan Kung Thailand tersenarai dalam Warisan Budaya Tidak Ketara UNESCO
Hidangan terkenal Thailand, Tomyam Kung kini tersenarai dalam Senarai Perwakilan Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan oleh UNESCO.

Pasukan penyelidik Jepun cipta plastik yang terurai dalam air laut
Plastik "supramolekul" itu mempunyai kekuatan tegangan yang setanding dan boleh diproses seperti plastik berasaskan petroleum.