BANGKOK: Thailand menyasarkan untuk memperkukuh usaha dalam tindakan perubahan iklim dengan meningkatkan kemampuan Nationally Determined Contribution (NDC) kepada 40 peratus, dan mencapai Pelepasan Sifar Bersih pada 2050.
Bercakap pada Sidang Kemuncak Pemimpin Dunia Konvensyen Kerangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim di Glasgow, United Kingdom, Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha menekankan komitmen dan kesediaan negara untuk menjadi lebih agresif dalam menangani perubahan iklim.
"Dengan sokongan pemindahan dan kerjasama teknologi yang mencukupi, tepat pada masanya dan saksama dan paling penting ketersediaan serta akses kepada kemudahan pembiayaan hijau yang mencukupi, Thailand boleh meningkatkan NDC kepada 40 peratus selain mencapai Pelepasan Sifar Bersih pada 2050," katanya.
Prayuth berkata Thailand telah menetapkan matlamat Nationally Appropriate Mitigation Actions (NAMA) di bawah Konvensyen Kerangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC) untuk mengurangkan Gas Rumah Hijau (GHG) daripada sektor tenaga dan pengangkutan sebanyak sekurang-kurangnya tujuh peratus menjelang 2020.
Beliau menambah pada 2019 Thailand telah mengurangkan GHG sebanyak 17 peratus iaitu lebih dua kali ganda berbanding paras sasaran dan setahun lebih awal daripada jadual.
"Thailand juga merupakan antara negara pertama menyerahkan NDC yang disemak semula dan Strategi Pembangunan Pelepasan GHG Rendah Jangka Panjang (LT-LEDS) kepada UNFCCC, dan telah menyediakan rancangan di peringkat antarabangsa dan tempatan," katanya.
Prayuth juga menyatakan kesediaan Thailand untuk bekerjasama dengan semua negara dan sektor untuk mencapai matlamat bersama untuk "masa depan anak-anak kita".
Beliau juga menyeru supaya setiap negara memelihara dan melindungi dunia kerana tiada 'Pelan B' untuk pencegahan iklim.
Dunia perlu mengekalkan suhu di bawah 1.5 darjah Celsius di atas paras pra-industri untuk mencapai pelepasan gas "sifar bersih" menjelang 2050.
Memandangkan Thailand bakal tuan rumah Sidang Kemuncak APEC pada 2022, Prayuth berkata negara itu telah menetapkan Bio-Circular-Green Economic Model atau BCG sebagai agenda utama mesyuarat.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 03 2021

Prayuth juga menyatakan kesediaan Thailand untuk bekerjasama dengan semua negara dan sektor untuk mencapai matlamat bersama untuk "masa depan anak-anak kita". - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Bekas PM Thailand Prayuth dilantik ahli Majlis Privy
Bekas perdana menteri Thailand Prayuth Chan o-cha dilantik sebagai ahli Majlis Privy, sebuah badan penasihat kepada monarki yang berprestij.

PM Anwar gesa ASEAN laksana usaha koheren, bersepadu tangani isu Rohingya
Anwar berkata beliau telah berbincang mengenai isu Myanmar dengan rakan sejawatannya, Prayuth Chan o-cha dalam pertemuan mereka hari ini.

Lawatan rasmi ke Thailand: Sambutan permaidani merah untuk Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini dalam rangka lawatan rasmi dua hari ke Thailand diberikan sambutan permaidani merah.

Lawatan PM Anwar ke Thailand esok pererat kerjasama pelbagai bidang
Lawatan Anwar ke Thailand adalah atas undangan rakan sejawatannya, Prayuth Chan o-cha.

Prayuth mahu berkhidmat sepenggal lagi, bertanding di bawah parti baharu
Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan o-cha mahu berkhidmat sepenggal lagi di bawah parti baharu bagi meneruskan tugas yang belum selesai untuk memperbaik negara.

PM Thailand sertai parti baharu untuk bertanding pilihan raya akan datang
Prayuth Chan o-cha mengumumkan telah menyertai Parti Ruam Thai Sang Chart untuk bertanding dalam pilihan raya umum yang dijadual sebelum Mei tahun depan.

PM Thailand lantik tiga menteri Kabinet baharu
Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan o-cha hari ini melantik tiga anggota kabinet baharu termasuk bekas jurucakap kerajaan, Thanakorn Wangboonkongchana.

Thailand mulakan perbincangan semula mengenai FTAAP
Thailand mencadangkan pelan kerja empat tahun FTAAP yang menggabungkan isu kepentingan bersama dalam kalangan ekonomi anggota APEC.

Kawalan lebih ketat ke atas senjata api, dadah - Prayuth
Antara lain, pemegang lesen senjata api perlu dapatkan rujukan tingkah laku daripada majikan, pihak berkuasa dan pemimpin masyarakat.

Mahkamah Thai putuskan khidmat Prayuth sebagai PM tidak melebihi tempoh lapan tahun
Mahkamah Perlembagaan Thailand hari ini memutuskan tempoh khidmat Prayuth Chan o-cha sebagai perdana menteri tidak melebihi had lapan tahun yang ditetapkan perlembagaan negara.