BANGKOK: Tumpuan kini terarah kepada Parti Pheu Thai yang kini mengetuai gabungan lapan parti dalam usaha membentuk kerajaan ketika Parlimen dijadual bersidang semula Khamis depan untuk memilih perdana menteri baharu Thailand.
Pheu Thai, parti kedua terbesar dalam gabungan itu memenangi 141 kerusi, mengambil alih tanggungjawab berkenaan selepas Pita Limjaroenrat dari Parti Move Forward (MPF) gagal mendapat sokongan yang mencukupi pada 13 Julai untuk dilantik sebagai perdana menteri baharu.
Undian enam hari kemudian memutuskan bahawa beliau tidak boleh dicalonkan untuk kali kedua, menamatkan usahanya untuk menjadi perdana menteri.
Gabungan yang terdiri daripada MFP, Pheu Thai, Prachachat, Thai Sang Thai, Pheu Thai Rumphlang, Parti Liberal Thai, Parti Adil dan Plung Sungkom Maia, secara kolektif memperoleh 312 kerusi daripada 500 kerusi di Dewan Rakyat.
Ia memerlukan sokongan tambahan sekurang-kurangnya 375 undi daripada 749 anggota Parlimen dwidewan untuk membentuk kerajaan.
Bagaimanapun, gabungan itu menghadapi cabaran yang hebat, kerana beberapa parti politik lain enggan menyokongnya.
Pada masa ini, terdapat sekurang-kurangnya empat parti yang mengumumkan bahawa mereka tidak akan menyertai gabungan pimpinan Pheu Thai selagi MFP yang memenangi pilihan raya Thailand berada dalam pakatan itu.
Mereka ialah Parti Bhumjaithai, yang memenangi 71 kerusi, Parti Palang Pracharath (PPRP) (40), United Thai Nation (UTN) (36) dan Chart Thai Pattana (10).
Pemimpin Parti Bhumjaithai, Anutin Charnvirakul berkata parti itu tidak akan menyertai mana-mana kerajaan gabungan MFP kerana dalam kempen mereka berjanji meminda Perkara 112 Kanun Jenayah atau undang-undang lese-majeste.
"Parti Bhumjaithai tidak akan bekerjasama dengan parti yang mempunyai dasar untuk meminda Perkara 112 Kanun Jenayah. Kami juga tidak menyokong kerajaan minoriti.
"Adalah jelas bahawa MFP adalah satu-satunya parti yang telah mencadangkan pindaan Perkara 112 Kanun Jenayah, dan ia tidak berhasrat untuk berundur," katanya sambil menambah bahawa Pheu Thai masih belum menghubungi parti itu.
Sementara itu, ketua parti UTN, Peeraphan Salirathaviphak berkata partinya tidak akan menyertai gabungan pimpinan Pheu Thai atau menyokong calon perdana menterinya jika MFP menjadi sebahagian daripada gabungan itu.
"UTN tidak percaya bahawa MFP akan mengubah ideologi politiknya, seperti yang dibuktikan oleh aktiviti politiknya yang lalu.
"Apabila Parlimen bermesyuarat untuk mengundi perdana menteri akan datang, jika MFP kekal dalam gabungan itu, UTN tidak akan mengundi calon blok ini," tulisnya di laman Facebooknya.
Pemimpin Carta Thai Pattana, Varawut Silpa-arch berkata bahawa partinya akan mengundi calon perdana menteri Pheu Thai jika gabungan itu tidak bekerjasama dengan mana-mana parti yang telah berjanji meminda undang-undang lese-majeste.
Pemimpin Parti Pheu Thai Cholnan Srikaew berkata parti itu akan mendapatkan sokongan tambahan daripada 250 anggota senat yang dilantik tentera serta parti di luar gabungan itu.
Parti Pheu Thai mencalonkan tiga nama untuk calon perdana menterinya: pemilik hartanah Srettha Thavisin, Paetongtarn Shinawatra, anak perempuan bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra; dan Chaikasem Nitsiri, ketua strategi parti.
Srettha berusia 60 tahun yang baharu menceburi arena politik dan aktif tahun lepas, sangat dinanti-nantikan untuk menjadi calon parti itu bagi jawatan ketua eksekutif negara.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 22 2023

Setiausaha Parti Move Forward, Chaithawat Tulathon (kiri) dan pemimpin Parti Pheu Thai, Chonlanan Srikaew dalam satu sidang media bersama di ibu pejabat Pheu Thai di Bangkok, pada Jumaat 21 JUlai 2023. - AP
Sekatan Israel langgar undang-undang antarabangsa - Liga Arab
Parlimen Arab mengecam tindakan sekatan bantuan kemanusiaan yang dilakukan oleh Israel dan menyifatkan ia sebagai pelanggaran undang-undang antarabangsa.
Orang ramai serbu bazar, walaupun kenaikan harga
Hari pertama umat Islam menjalani ibadat puasa menyaksikan orang ramai berpusu-pusu mencari makanan dan juadah berbuka di Bazar Ramadhan Stadium Sultan Muhamad ke-IV

Lebih 35,000 kes penipuan dengan kerugian RM1.6 bilion direkodkan tahun lepas
Ramli berkata jumlah itu mewakili 84.5 peratus daripada 41,701 kes jenayah komersial dilaporkan pada tahun lepas.

Perkhidmatan funikular Bukit Bendera tutup 16 hingga 22 Jun
Penyelenggaraan termasuk menukar 'bogie' bagi koc Mutiara dan pemeriksaan elektrik serta elektronik, di bawah pengawasan jurutera dari Switzerland.

Perancis, UK cadang gencatan senjata selama sebulan di Ukraine
Paris dan London mencadangkan gencatan senjata "separa" selama sebulan di Ukraine, meliputi serangan ke atas infrastruktur udara, laut dan tenaga.

Malaysia mohon longgar syarat bagi Timor-Leste jadi anggota penuh ASEAN
Berdasarkan peraturan sedia ada, terdapat 88 prasyarat ditetapkan yang perlu dipenuhi oleh Timor-Leste sebelum boleh menjadi ahli penuh rantau itu.

EU sekali lagi tingkatkan kebergantungan kepada baja Rusia - Eurostat
Sejak sekatan terhadap Rusia dikenakan, negara-negara EU telah mengurangkan import baja Rusia dengan ketara.

Menang Oscar, pengarah 'No Other Land' seru henti kezaliman terhadap Palestin
Pengarah "No Other Land", menyeru dunia mengambil tindakan tegas bagi menghentikan kekejaman terhadap rakyat Palestin.
AWANI Ringkas: Siasat Ismail Sabri, bukan sebab politik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Ayam golek RM1 habis dalam masa sejam, peniaga alu-alukan infak orang ramai
Restoran Terubuk Bakar di Jalan Langgar mencipta fenomena apabila ayam bakar dijual pada harga RM1 habis dalam masa kurang dari sejam pada Ahad.

PM baharu Thailand Srettha mulakan tugas setelah dapat perkenan diraja
Srettha Thavisin secara rasminya menjadi Perdana Menteri baharu Thailand selepas mendapat perkenan diraja.

Parti Pheu Thai mohon kerajaan sementara elak pindahkan pegawai peringkat tinggi
Kerajaan diingat supaya mematuhi Perlembagaan melarang meluluskan projek yang boleh mewujudkan tanggungjawab terikat kepada kerajaan baharu.

Thailand: Parti Pheu Thai usaha raih sokongan ahli Parlimen
Gabungan itu memperoleh 312 daripada 500 kerusi dan memerlukan sokongan tambahan untuk mendapatkan 375 undi yang diperlukan.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Dua parti pembangkang setuju bentuk Kerajaan selepas menang PRU Thailand
Parti progresif Move Forward (MFP) dan Pheu Thai yang merupakan blok pembangkang mendominasi undian pada Ahad dalam kemenangan mengejutkan.

Thailand Memilih: Parti pembangkang perlu bersatu kalahkan tentera
Pilihan raya pada 14 Mei ini digambarkan sebagai pertandingan antara konservatif pro-tentera dan pembangkang populis diketuai Pheu Thai.

PRU: Prachachat sasar menang bergaya di Selatan Thailand, terbuka tubuh kerajaan dengan Pheu Thai
Prachachat sasar menang bergaya di Selatan Thailand, terbuka untuk tubuh kerajaan dengan Pheu Thai

PRU Thailand: Pengundi Selatan Thai teruja, Move Forward, Pheu Thai dijangka tarik pengundi muda
Parti Move Forward dan Parti Pheu Thai yang memperoleh kerusi majoriti dalam pemilihan Majlis Metropolitan Bangkok pada Mei lalu, dijangka meraih undi daripada golongan muda di Selatan Thai.

Kabinet baharu Thailand pertengahan Julai - Prayuth
Semakan latar belakang anggota kabinet baharu itu mengambil masa beberapa bulan selepas berlangsung Pilihan Raya Umum pada 24 Mac.

Palang Pracharat adakan rundingan cari rakan gabungan
Katanya, perbincangan dan rundingan masih lagi berjalan termasuk dengan parti-parti kecil.