BANGKOK: Bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra dalam satu ciapan berkata beliau memutuskan untuk kembali ke Thailand Julai ini dan akan mengikut proses undang-undang.
Mesej itu dimuatnaiknya di Twitter beberapa hari menjelang pilihan raya 14 Mei ini, lapor Agensi Berita Thailand (TNA).
Beliau akan kembali ke tanah air sebelum hari lahirnya pada Julai tahun ini untuk membesarkan cucu-cucunya.
Dalam ciapan itu, Thaksin meminta kebenaran untuk kembali ke Thailand kerana menurutnya telah berjauhan dengan keluarga hampir 17 tahun dan beliau kini sudah tua.
Dalam ciapan berasingan, bekas Perdana Menteri Thailand itu berkata beliau tidak akan menjadi beban kepada Parti Pheu Thai dan kepulangannya akan mengikut proses undang-undang. Ia adalah keputusannya sendiri.
Thaksin dilahirkan pada 26 Julai 1949. Beliau akan berusia 74 tahun pada hari lahirnya tahun ini.
Thaksin dilantik sebagai Perdana Menteri Thailand pada 2001 dan digulingkan dalam rampasan kuasa pada 2006 selepas dituduh terbabit dalam rasuah dan tidak menghormati sistem beraja negara itu.
Pada 1 Mei, Thaksin menyatakan beliau gembira kerana mempunyai cucu ke-7 yang dilahirkan oleh anak perempuannya Paetongtarn, dan mahu pulang ke Thailand untuk menjaga cucu-cucunya.
Anak perempuan bongsu Thaksin, Paetongtarn Shinawatra, yang melahirkan bayi lelaki awal bulan ini, merupakan calon perdana menteri Parti Pheu Thai yang mendahului barisan calon dalam tinjauan pilihan raya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 09 2023

Bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra dalam satu ciapan berkata beliau memutuskan untuk kembali ke Thailand Julai ini dan akan mengikut proses undang-undang. - Foto REUTERS
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Februari 2025
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas

Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning diserah Selasa - Speaker
Speaker Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, ia akan dibuat selepas urusan kematian Allahyarham selesai.

Pasaran bunga terbesar Asia saksikan perniagaan berkembang dalam 2024
Dengan nilai transaksi 11.57 bilion yuan, pasaran itu mendahului dalam jumlah serta nilai dagangan bunga negara 25 tahun berturut-turut.

Tangkap itik dalam kolam hidupkan tradisi sukan rakyat di PAT 2025
Rosmariani berkata pertandingan yang memasuki tahun ketiga itu bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat.

Terap tulisan Jawi dalam seni batik pelihara, martabatkan warisan budaya
Hasil karya tersebut berpotensi menembusi pasaran global serta membantu menyokong artisan batik dan penulis khat tempatan.

Yingluck sah berada di London - Menteri Luar Thailand
Bekas Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra, yang melarikan diri dari negaranya sendiri bagi mengelak dari dipenjara, disahkan berada di Britain.