PUTRAJAYA: Kementerian Luar mengesahkan bahawa tiada rakyat Malaysia terlibat dalam siri insiden tembakan di beberapa lokasi di Brussels, Belgium, dalam tempoh 72 jam lalu yang mengakibatkan seorang maut dan tiga cedera.

Kementerian itu, yang juga dikenali sebagai Wisma Putra, dalam nasihat medianya pada Jumaat berkata ia memantau keadaan dengan teliti dan menggesa rakyat Malaysia yang menetap atau melancong ke Belgium untuk sentiasa berwaspada serta mengikuti perkembangan dan arahan pihak berkuasa tempatan.

Kementerian turut memaklumkan bahawa rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Malaysia di Brussels di Avenue de Tervueren, 414A, Brussels menerusi telefon di +322 776 0340 / +32 477 32 07 86 (di luar waktu pejabat) atau melalui e-mel di [email protected].

-- BERNAMA