Persatuan Pelabur Perkebunan Malaysia di Indonesia (APIMI) hari ini mengesahkan tiada satu pun syarikat perladangan Malaysia yang beroperasi di Indonesia terbabit dengan aktiviti pembakaran ladang dan hutan di negara ini.
Ketua Perwakilan APIMI Nor Hazlan Abdul Mutalib berkata sebaliknya, kesemua syarikat perladangan Malaysia memastikan ia mematuhi amalan kerja pembersihan ladang tanpa pembakaran.
Beliau berkata amalan membakar hutan dan ladang bagi sebarang tujuan adalah satu kesalahan di negara ini, dan kesemua anggota APIMI sentiasa mematuhi undang-undang dalam operasi ladang.
"Kebanyakan syarikat perladangan Malaysia adalah anggota Meja Bulat mengenai Minyak Sawit Lestari (RSPO) iaitu organisasi yang mengeluarkan sijil pengiktirafan mengekport kelapa sawit ke Eropah, dan satu daripada syarat mendapat pengiktirafan RSPO ialah tiada amalan pembakaran terbuka di ladang," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
RSPO amat tegas dalam isu-isu alam sekitar dan akan menarik sijil pengiktirafan terhadap mana-mana anggotanya yang didapati melakukan kesalahan pembakaran ladang.
Nor Hazlan menjelaskan jika ada kes pembakaran terbuka dalam kawasan ladang milik Malaysia, ia sebenarnya dilakukan oleh rakyat tempatan yang tinggal di dalam kawasan berkenaan.
Menurutnya ramai yang tidak tahu bahawa antara syarat pelaburan ladang kelapa sawit di Indonesia ialah syarikat pelaburan itu wajib memberi sebanyak 20 peratus kawasan ladang kepada penduduk tempatan.
Beliau berkata penduduk itu tidak dapat dipindahkan oleh kerajaan dan mereka pula menjalankan kegiatan perkebunan sendiri termasuk melakukan pembakaran terbuka.
"Jika dilihat dari data satelit, sememangnya kelihatan kebakaran dalam kawasan perladangan milik pelabur Malaysia tetapi ia bukannya ladang kelapa sawit tetapi kawasan kebun yang diusahakan rakyat tempatan," katanya.
Beliau berkata perkara itu terpaksa dijelaskan kepada pihak berkuasa Indonesia setiap tahun kerana aktiviti kebakaran sering berlaku terutamanya pada musim kemarau.
Selain itu, ada kekeliruan mengenai tafsiran syarikat milik pelabur Malaysia iaitu apabila syarikat tempatan mempunyai seorang pengurus rakyat Malaysia, ada pihak yang mendakwa ia adalah syarikat milik Malaysia.
"Pengurus itu hanya bekerja di syarikat milik tempatan dan jika syarikat itu terlibat dalam pembakaran terbuka, mereka mendakwa ia perbuatan syarikat milik Malaysia," kata beliau.
Nor Hazlan juga berkata dakwaan kononnya baru-baru ini sebuah syarikat milik pelabur Malaysia didapati melakukan kebakaran sebenarnya tidak benar kerana syarikat itu telah lama dijual kepada ahli perniagaan tempatan.
Sebagai komitmen kepada anti-pembakaran terbuka, beliau turut mewakili APIMI dalam Pasukan Bertindak yang ditubuhkan oleh kerajaan Indonesia bagi mengatasi isu pembakaran ladang.
"Kita turut menganjurkan latihan kebakaran dan kita mendapat kerjasama pasukan bomba tempatan untuk memberi pendidikan mengenai kesan buruk kebakaran terbuka kepada penduduk kampung," katanya.
Sementara itu, Duta Besar Malaysia di Indonesia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata kerajaan Indonesia harus bertindak tegas menguatkuasakan undang-undang terhadap mana-mana syarikat perladangan yang terbabit dengan pembakaran terbuka.
"Apa yang penting sekarang ialah tindakan tegas dan pantas tanpa mengira syarikat itu milik siapa. Kes jerebu ini harus diselesaikan dengan lebih menyeluruh dan bukan setakat mengambil kira syarikat Malaysia atau Singapura, kerana kes ini serius dan di tahap parah sebab ia berlaku setiap tahun," katanya.
Menurutnya pihak kedutaan memantau dan memberi maklumat kepada kerajaan Malaysia selain berusaha mencari jalan untuk mengatasi masalah jerebu.
Isu pembakaran hutan di Indonesia bagaikan satu fenomena tahunan dan mengakibatkan asap jerebu yang serius sehingga menjejaskan kesihatan dan aktiviti harian rakyat Malaysia dan Singapura.
Pihak di Indonesia sering menyalahkan syarikat-syarikat perladangan milik Malaysia dan Singapura dengan dakwaan kononnya ia melakukan aktiviti pembakaran hutan bagi tujuan tanaman semula.
Baru-baru ini, Presiden Indonesia Joko Widodo mengarahkan untuk menarik surat izin daripada pengusaha ladang yang melakukan pembakaran hutan kerana ia menyebabkan kerajaan menanggung kerugian yang besar.
Beliau berkata kerajaan telah mengenal pasti tujuh syarikat yang terlibat dalam perbuatan itu tetapi tidak menamakan syarikat atau pemilik syarikat terbabit.
Bernama
Fri Sep 25 2015

Pihak di Indonesia sering menyalahkan syarikat-syarikat perladangan milik Malaysia dan Singapura dengan dakwaan kononnya ia melakukan aktiviti pembakaran hutan bagi tujuan tanaman semula. - Gambar Fail

Bekas CEO Kenaf Trading dan anak didakwa keluar iklan skim pelaburan tidak berdaftar
Jazman Shahar, 53, dan Irfan Hadi, 28, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dan syarikat itu dibacakan di hadapan hakim.

China pertimbang kenakan tarif ke atas produk pertanian, makanan AS sebagai tindak balas - Laporan
China sedang mempertimbangkan untuk mengenakan tarif tambahan ke atas produk pertanian dan makanan dari Amerika Syarikat (AS) sebagai tindak balas terhadap rancangan Washington.
Grab Malaysia, SDEC meterai MoU
Grab menjelaskan sebagai pengiktirafan kepada peranan penting digitalisasi dalam ekonomi Sarawak yang sedang berkembang, perjanjian itu bertujuan memanfaatkan keupayaan teknologi dan aplikasi Grab.
Penyasaran subsidi ambil kira harga pasaran
Pelaksanaan penyasaran subsidi RON95 kelak akan membabitkan penetapan harga pam yang mengambil kira harga pasaran iaitu sama seperti pelaksanaan ke atas diesel.
Bagaimanapun, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, berkata penerima subsidi RON95 meliputi 85 peratus pengguna warganegara akan terus menikmati RON95 bersubsidi.
Bagaimanapun, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, berkata penerima subsidi RON95 meliputi 85 peratus pengguna warganegara akan terus menikmati RON95 bersubsidi.
Proton e.MAS 7 kuasai 25 peratus pasaran EV negara
e.MAS 7 kini menguasai 25 peratus bahagian pasaran EV tempatan, menjadikannya antara model paling popular dalam segmen ini.
Garis panduan baharu penyediaan RMK13 tangani ketirisan, kelewatan projek - Rafizi
Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli berkata langkah itu, bertujuan menambah baik dan memperkemas proses pelaksanaan projek pembangunan kerajaan Persekutuan dengan memperkenalkan beberapa pendekatan baharu yang menekankan kawalan kos untuk mengelakkan ketirisan, pembaziran kewangan dan kelewatan projek di seluruh negara.
Institusi tempatan kekal sokong Bursa Malaysia
Institusi tempatan terus menjadi pemacu utama di Bursa Malaysia, merekodkan minggu belian bersih ke-19 berturut-turut dengan aliran masuk kukuh sebanyak RM817.4 juta dalam ekuiti domestik, meningkat ketara daripada RM316.3 juta pada minggu sebelumnya.
BNM dijangka mengekalkan OPR 3.00 peratus Khamis ini
Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada paras semasa 3.00 peratus pada mesyuaratnya Khamis ini dalam usaha menyokong pertumbuhan di tengah-tengah persekitaran luaran yang mencabar.
KKM lancar WhatsApp Aduan Kebersihan Premis Makanan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad melancarkan WhatsApp Aduan Kebersihan Premis Makanan di talian 012-8484378.
Jelasnya, ia bagi memastikan keselamatan makanan menjadi tanggungjawab bersama dan aduan dapat disampaikan secara langsung.
Jelasnya, ia bagi memastikan keselamatan makanan menjadi tanggungjawab bersama dan aduan dapat disampaikan secara langsung.

Trump bincang henti bantuan ketenteraan kepada Ukraine - Laporan
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump akan mengadakan pertemuan dengan pegawai AS untuk mempertimbangkan dan kemungkinan mengambil beberapa langkah terhadap Kiev.

Eropah hadapi ujian keselamatan sekali dalam satu generasi, kata PM UK
Keir Starmer menegaskan komitmen UK untuk terus menyokong Kyiv dalam peperangan berterusan dengan Rusia.

Itali pindahkan 180 rakyatnya dari Lubnan guna penerbangan sewa khas
Negara-negara Eropah yang lain, seperti Sepanyol dan Jerman turut mengambil langkah sama dengan memindahkan rakyat mereka dari Lubnan.

Gelombang haba: Kebakaran hutan landa Eropah Selatan
Kebakaran hutan yang marak telah meragut sekurang-kurangnya dua nyawa dan mencederakan empat yang lain di Itali.

Meta tangguh pelancaran perisian kecerdasan buatan di Eropah
Gergasi media sosial Meta menangguhkan pelancaran perisian kecerdasan buatan (AI) terbarunya di Eropah berikutan kebimbangan daripada agensi perlindungan data.

AWANI-RareTV: Mengembara ke perut glasier terbesar di Eropah
Suasana yang luar biasa menakjubkan! Tapi untuk masuk ke alam air batu ini, persediaan harus cukup.

Mbappe mampu bantu Real dominasi Eropah
Thierry Henry melihat Real Madrid boleh mendominasi bola sepak Eropah dan Sepanyol untuk tempoh enam atau tujuh tahun akan datang jika mereka menandatangani Kylian Mbappe pada musim panas ini.

Proses pengantarabangsaan universiti perlu disokong dengan aktiviti mahasiswa
Bagi Malaysia, pembangunan sistem pendidikan tinggi telah diberikan fokus oleh kerajaan termasuk pelan mengantarabangsakan sektor pendidikan tinggi.

Perhimpunan solidariti Palestin diadakan di Eropah
Beberapa negara Eropah menyaksikan orang ramai berarak sebagai tanda sokongan terhadap perjuangan Palestin pada Sabtu ketika situasi yang semakin meruncing di Semenanjung Gaza.

AS rancang projek infrastruktur untuk hubungkan India, Eropah dan Asia Barat
Pelan itu memerlukan "pelaburan berkualiti tinggi dalam membina infrastruktur mampan" yang akan mengisi jurang global.

92 juta kanak-kanak di Eropah, Asia Tengah terjejas akibat gelombang haba - UNICEF
Negara di rantau itu kini merasakan bahang akibat krisis iklim, dengan kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak paling terjejas teruk.