NEW DELHI: Dua bandar raya India menyertai New Delhi untuk menjadi antara 10 lokasi paling tercemar di dunia.
Menurut data kualiti udara IQAir yang berpangkalan di Switzerland, ibu kota New Delhi berada di tempat teratas dengan indeks kualiti udara (AQI) berada pada tahap 420 yang meletakkannya dalam kategori ‘berbahaya’.
Turut menyertai senarai 10 teratas adalah Kolkata di timur India yang menduduki tempat keempat dengan AQI 196.
Manakala ibu kota kewangan Mumbai berada di tempat kelapan dengan AQI 163.
Tahap AQI 400 hingga 500 memberi kesan kepada orang yang sihat dan berbahaya kepada mereka yang mempunyai penyakit sedia ada.
Tahap 150 hingga 200 pula membawa ketidakselesaan kepada penghidap asma, paru-paru dan masalah jantung sementara tahap di bawah 50 dianggap baik.
Lapisan asap tebal mula beredar di New Delhi sejak Ahad menyebabkan tahap AQI meningkat kepada 680 menjelang tengah malam.
Setiap tahun pihak berkuasa mengenakan larangan ke atas mercun di ibu negara, tetapi jarang sekali larangan tersebut dikuatkuasakan.
Kualiti udara di India merosot setiap tahun menjelang musim sejuk, apabila udara dingin memerangkap bahan pencemaran daripada kenderaan, industri, habuk pembinaan dan pembakaran sisa pertanian.
Pihak berkuasa New Delhi menangguhkan keputusan awal untuk mengehadkan penggunaan kenderaan selepas hujan singkat pada hari Jumaat membawa sedikit kelegaan daripada pendedahan selama seminggu kepada udara toksik.
Kerajaan tempatan bercadang untuk mengkaji semula keputusan itu selepas sambutan perayaan Deepavali.
Astro Awani
Tue Nov 14 2023

Dua lelaki duduk di tepi sungau Tamuna sambil menyaksikan keadaan berjerebu di New Delhi, India. - Foto REUTERS

Kes tembak di Simpang Renggam, empat lagi suspek ditahan
Kesemua individu berusia 34 hingga 41 tahun ditahan di kawasan Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru, pada kira-kira 12.30 tengah hari Isnin.

Kilang karpet di Nilai 3 musnah terbakar
Setakat ini tiada mangsa terlibat, namun, bomba memerlukan masa untuk memadamkan api.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

Tiga bandar India antara 10 lokasi paling tercemar di dunia
Dua bandar raya India menyertai New Delhi untuk menjadi antara 10 lokasi paling tercemar di dunia.

Lahore bandar paling tercemar di dunia pada 2022
Lahore di Pakistan melonjak lebih 10 anak tangga untuk menjadi bandar dengan kualiti udara terburuk di dunia pada 2022.

Tahap pencemaran Sungai Kim Kim lebih tinggi daripada kategori sungai mati
10 sampel air itu diambil pada 23 Julai lalu dan dihantar untuk ujian makmal di Makmal kimia yang diiktiraf di Bandar Enstek Negeri Sembilan.