Tiga lagi individu telah didiagnosis menghidap penyakit Legionnaire selepas mereka berkunjung ke Anaheim, Daerah Orange, California, menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang dijangkiti setakat ini ialah 15 orang, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan pegawai kesihatan.
Dua daripada tiga kes baharu itu membabitkan individu yang berkunjung ke Disneyland di Anaheim manakala 11 daripada 15 kes tersebut melibatkan pengunjung taman tema berkenaan pada bulan September, termasuk seorang yang bekerja di situ, kata pegawai kesihatan Daerah Orange.
Disneyland telah menutup dua menara penyejuk selepas mendapati ia mempunyai tahap bakteria Legionella yang tinggi susulan penularan penyakit Legionnaire di rantau ini.
Pegawai Disneyland berkata mereka telah berganding bahu dengan agensi penjagaan kesihatan daerah dan merawat menara terbabit dengan bahan kimia yang boleh menghapuskan bakteria itu.
Agensi terbabit dilaporkan telah bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan Awam California serta Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) bagi membantu pegawai perubatan dan jabatan kesihatan awam mengenal pasti jangkitan dalam kalangan orang ramai yang mungkin jatuh sakit selepas berkunjung ke Anaheim, terutama Disneyland, sebelum 7 Nov.
Mereka yang didiagnosis menghidap penyakit Legionnaire adalah dalam lingkungan usia 52 hingga 94 tahun.
Penyakit Legionnaire adalah sejenis wabak bawaan udara yang mengakibatkan radang paru-paru akut kepada mereka yang berusia lebih 50 tahun, atau yang mempunyai sistem imun lemah.
Menurut CDC, Legionella adalah sejenis bakteria yang terdapat secara semula jadi dalam persekitaran air tawar.
Keadaan akan berubah menjadi teruk dan menjejaskan kesihatan manusia apabila bakteria Legionella membiak serta merebak di dalam sistem pengairan buatan manusia seperti pancuran dan kepala paip, menara penyejuk serta air pancut hiasan.
Orang ramai boleh dijangkiti penyakit Legionnaire apabila mereka bernafas dalam titisan kecil air yang terdapat dalam udara, yang mengandungi bakteria tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 16 2017

Disneyland telah menutup dua menara penyejuk selepas mendapati ia mempunyai tahap bakteria Legionella yang tinggi susulan penularan penyakit Legionnaire di rantau ini. REUTERS / Fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Disney bakal buka taman tema berkonsepkan Marvel
Disney kini dalam perancangan untuk membuka taman berkonsepkan Marvel di Disneyland di Anaheim, California dengan nama "Marvel Land".

UFC: Brock Lesnar bersara, DC sah menentang Miocic
Juara Heavyweight UFC, Daniel Cormier akan kembali mempertahankan kejuaraannya menentang pesaing utama divisyen tersebut, Stipe Miocic.

Tiga lagi kes baharu penyakit Legionnaire yang dikaitkan dengan Disneyland
Dua daripada tiga kes baharu itu membabitkan individu yang berkunjung ke Disneyland di Anaheim manakala 11 daripada 15 kes tersebut melibatkan pengunjung taman tema berkenaan pada bulan September.

Bantahan anti Donald Trump merebak ke California
Selepas New Mexico, tunjuk perasaan terhadap calon Presiden Amerika Syarikat (AS) dari Parti Republikan, Donald Trump kini menular ke California.