ISTANBUL: Tiga lagi wartawan Palestin terbunuh dalam serangan terbaru Israel di Semenanjung Gaza semalam, menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 136 orang sejak 7 Oktober 2023, menurut pejabat media di wilayah itu.
Agensi Anadolu melaporkan kenyataan pejabat media yang mengenal pasti wartawan yang terbunuh itu sebagai Muhammad Al-Rifi, Abdul Rahman Saima dan Mahmoud Imad Iss.
Dalam kenyataan sebelum ini, pejabat itu berkata: "Israel sengaja membunuh wartawan di Gaza untuk menutup suara rakyat Palestin, menyembunyikan fakta dan menghalang maklumat daripada sampai kepada masyarakat serantau dan antarabangsa".
Serangan tentera Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt telah membunuh lebih 32,000 rakyat Palestin kebanyakan adalah wanita dan kanak-kanak, mencederakan kira-kira 74,300 orang selain menyebabkan kemusnahan besar-besaran, perpindahan dan kekurangan barang keperluan.
Perang Israel telah mendorong sebahagian besar penduduk wilayah itu ke dalam perpindahan dalaman, dengan kebanyakan infrastruktur wilayah itu telah rosak dan musnah.
Israel didakwa melakukan tindakan pembunuhan beramai-ramai di Mahkamah Keadilan Antarabangsa yang dalam keputusan sementara pada Januari, mengarahkan Tel Aviv menghentikan tindakan genosid dan mengambil langkah-langkah untuk menjamin bantuan kemanusiaan diberikan kepada orang awam di Gaza.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 23 2024

Israel sengaja membunuh wartawan di Gaza untuk menutup suara rakyat Palestin, menyembunyikan fakta dan menghalang penyampaian maklumat. - AP

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

10 wartawan terkorban di Gaza pada Disember 2024
Sepuluh wartawan Palestin terbunuh dalam serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza pada Disember 2024, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik sebuah kumpulan media pada Sabtu.

Wartawan Palestin berusia 19 tahun dibunuh tentera Israel selepas terima ancaman
Hassan Hamad terbunuh dalam serangan ke atas rumahnya di kem Jabalia, menjadikan jumlah wartawan yang terbunuh meningkat kepada 175 orang.

Tiga lagi wartawan terbunuh dalam serangan Israel ke atas Gaza
Israel sengaja membunuh wartawan di Gaza untuk menutup suara rakyat Palestin, menyembunyikan fakta dan menghalang penyampaian maklumat.

Israel bunuh wartawan Palestin untuk hapuskan kebenaran
Kekejaman yang dilakukan rejim zionis bukan sahaja membunuh kanak-kanak dan wanita malah wartawan turut menjadi mangsa mereka.

Wartawan kelima dibunuh di Mexico tahun ini
Heber Lopez, yang mengendalikan portal berita RCP Noticias di negeri selatan Oaxaca, ditembak ketika berada di pejabatnya.

KLWBC 2020: Seputar isu pembunuhan wartawan
Memang benar kata Iwan Fals. Sesiapa saja boleh membunuh wartawan. Namun, itu tidak bererti kebenaran dihapuskan!

Pengusaha minyak sawit dipercayai dalang pembunuhan dua wartawan
Kumpulan aktivis pada Ahad mengutuk industri minyak sawit tempatan yang dikatakan terbina atas kesengsaraan penduduk.

Seorang lagi wartawan ditembak mati di negara paling bahaya untuk pengamal media
Kes pembunuhan di Mexico meningkat lebih daripada 25,000 pada tahun 2017, iaitu yang tertinggi sejak tahun 1997.