WASHINGTON: Tiga orang maut pada Isnin apabila sebuah kereta api jarak jauh bertembung dengan sebuah lori sampah di negeri Missouri, Amerika Syarikat (AS).
Kejadian itu juga menyebabkan beberapa kecederaan dalam kalangan lebih 200 penumpangnya, kata pegawai tempatan.
Tujuh daripada lapan gerabak kereta api Amtrak tergelincir di laluan dari Los Angeles ke Chicago apabila ia melanggar lori sampah di persimpangan kereta api berhampiran Mendon, Missouri.
"Siasatan dalam peringkat awal dan apabila lebih banyak maklumat tersedia, kami akan mengeluarkannya pada masa itu," kata Justin Dunn, jurucakap Peronda Lebuh Raya Negeri Missouri kepada pemberita pada sidang akhbar.
Kereta api itu membawa lebih 200 penumpang dan kira-kira sedozen anak kapal apabila ia melintasi persimpangan di jalan berbatu yang tidak mempunyai lampu mahupun alat kawalan elektronik yang menunjukkan ia adalah sebuah landasan.
"Terdapat banyak kecederaan dan kami boleh mengesahkan terdapat tiga kematian, dua dalam kereta api dan seorang dalam trak sampah," kata Dunn.
Imej yang dikongsi di media sosial menunjukkan gerabak kereta api terdapat di sebelah penumpang di ladang jagung dengan penumpang memanjat tingkap dan pintu. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jun 28 2022
Keadaan sebuah kereta api penumpang Amtrak yang tergelincir selepas bertembung dengan sebuah lori sampah di negeri Missouri, AS pada Isnin. - Foto AP
Dua beranak cedera kenderaan dihempap pokok tumbang
Dua beranak cedera ringan selepas kereta yang mereka naiki dihempap pokok tumbang berhampiran bangunan pejabat di Jalan Pudu-Bukit Bintang di sini, pagi tadi.
Kerajaan diarahkan segerakan pelarasan pencen
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan memihak kepada sekumpulan bekas penjawat awam dengan mengarahkan kerajaan segera melaksanakan pelarasan pencen seperti yang ditetapkan keputusan mahkamah terdahulu.
Polis siasat dokumen palsu guna nama Ketua Polis Negara
Polis membuka kertas siasatan berhubung penyebaran satu dokumen palsu yang meniru tanda tanga Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husaun berserta Jata Negara dan logo Badan Peguam Malaysia.
Mindef beri perhatian perumahan, pendidikan warga ATM tahun ini
Kementerian Pertahanan (Mindef) akan memperkasakan aspek kesejahteraan warganya dengan memberi tumpuan kepada aspek keselesaan tempat tinggal dan pendidikan pada tahun ini.
Arul Kanda beritahu mahkamah, beliau tidak meminta penjelasan penamatan dua juruaudit 1MDB
Arul Kanda menjelaskan, beliau tidak menanyakan mengenai perkara tersebut kerana beliau hanya menyertai dana kekayaan negara itu, pada 2015.
Gencatan senjata: Bantuan kemanusiaan perlu disalurkan segera ke Gaza
Keperluan mendesak adalah memastikan akses kemanusiaan penuh kepada semua orang awam yang memerlukan bantuan untuk menyelamatkan nyawa.
Tipu umrah: Lapan termasuk pasangan suami isteri direman tiga hari
Penahanan itu melibatkan enam lelaki dan dua wanita berusia antara 25 hingga 46 tahun untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Salah guna logo halal: Denda sedia ada sudah tinggi - Armizan
Sesebuah syarikat boleh didenda sehingga RM5 juta manakala untuk individu pula, denda tidak lebih RM1 juta atau penjara maksimum tiga tahun.
Bekas kerani bank didakwa pecah amanah akaun masjid lebih RM100,000
Bekas kerani bank mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan pecah amanah wang akaun sebuah masjid berjumlah RM115,900, tiga tahun lepas.
Belanda kurangkan separuh bilangan diplomat Venezuela
Belanda memutuskan untuk mengurangkan separuh bilangan diplomat Venezuela di negara itu sebagai tindak balas terhadap tindakan Caracas.
Tiga maut, kereta api tergelincir langgar lori sampah
Tujuh daripada lapan gerabak kereta api Amtrak tergelincir di laluan dari Los Angeles ke Chicago.
3 maut kereta api Amtrak tergelincir di Montana
Ketika kejadian, kereta api berkenaan membawa kira-kira 147 penumpang dan 13 kru.
Salah laluan punca dua gerabak kereta api bertembung
Keretapi penumpang Amtrak berada pada laluan yang salah menyebabkannya berlanggar dengan keretapi kargo, kata Pengerusi Lembaga Keselamatan Pengangkutan Negara, Robert Sumwalt.
Kereta api bertembung di South Carolina, dua maut, 50 cedera
Sebuah kereta api kargo dalam perjalanan dari New York ke Miami berlanggar dengan sebuah kereta api penumpang Amtrak tergelincir di selatan Carolina menyebabkan beberapa orang cedera dan maut.
Nahas kereta api Amtrak: Gerabak bergerak melebihi dua kali ganda had laju
Pihak keselamatan telah memulakan operasi mengalihkan kereta api penumpang Amtrak yang tergelincir dan terjatuh di atas beberapa buah kenderaan di lebuh raya Interstate 5 pada Isnin di Tacoma.
6 maut, puluhan cedera kereta api Amtrak tergelincir di Washington
Sekurang-kurang-kurangnya enam maut dan hampir seratus yang lain cedera apabila sebuah kereta api penumpang Amtrak tergelincir di Tacoma, Washington, Amerika Syarikat.