BANGKOK: Tiga pemimpin tunjuk perasaan antikerajaan Thailand yang disahkan positif COVID-19 ketika berada dalam tahanan dilaporkan dalam keadaan baik, menurut Jabatan Penjara.
Parit Chiwarak, 23, Sirichai Nathueng, 21, Phromsorn Weerathamjaree, 30, disahkan positif awal minggu ini dan dirawat di Hospital Penjara Bangkok.
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Penjara Thawatchai Chaiwat berkata, Parit diletakkan di bawah kategori kuning (sederhana) kerana beratnya melebihi 90 kilogram dan menghidap asma sementara Sirichai dan Phromsorn di bawah kategori hijau.
Beliau berkata nadi dan oksigen mereka berada pada tahap normal.
"Pemimpin perhimpunan lain yang turut ditahan disahkan negatif COVID-19," katanya.
Pada 8 Ogos, Parit, Sirichai dan Phromsorn ditahan di hadapan Ibu Pejabat Polis di Bangkok berhubung dengan penyertaan mereka dalam tunjuk perasaan pada 2 Ogos.
Pada keesokannya, Mahkamah Wilayah Thanyaburi menolak permohonan ikat jamin mereka.
Pemimpin protes lain yang berada dalam tahanan termasuk peguam hak asasi manusia, Anon Nampa, Panupong Chadnok dan Jatuphat Boonpattararaksa.
Parit, Panupong, Jatupat, Anon pernah di penjara kerana mengetuai demonstrasi sebelum ini dan dibebaskan dengan ikat jamin pada April.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 18 2021

Parit, Sirichai dan Phromsorn ditahan di hadapan Ibu Pejabat Polis di Bangkok berhubung penyertaan mereka dalam tunjuk perasaan pada 2 Ogos. -Gambar fail/ Reuters

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

Ribuan berhimpun bantah pentadbiran Trump pada Hari Presiden
Protes besar-besaran itu dibuat ketika cuti umum Hari Presiden yang disambut pada hari Isnin ketiga dalam bulan Februari setiap tahun.

Penunjuk perasaan Bangladesh bakar, roboh kediaman keluarga bekas PM Sheikh Hasina
Kediaman Dhanmondi 32 di Dhaka mula runtuh akibat hentaman jentolak lewat malam Rabu, selepas kebakaran tercetus di tingkat tiga bangunan itu pada sebelah malamnya.

Yoon Suk Yeol berdepan penahanan
Penahanan seorang presiden Korea Selatan yang masih berkhidmat adalah sesuatu yang belum pernah berlaku.

Penunjuk perasaan anti-Yoon anjur perhimpunan menyalakan lilin di seluruh negara
Kumpulan sivil menganjurkan perhimpunan lilin besar-besaran di Dataran Gwanghwamun di Seoul, yang dihadiri kira-kira 2,000 orang.

Tunjuk perasaan, kebakaran di Lisbon selepas lelaki Afrika maut dalam operasi polis
Ribuan orang turun ke jalanan pada Sabtu untuk membantah keganasan polis dan diskriminasi.

Setahun genosid Gaza: MAPIM seru rakyat Malaysia tunjuk perasaan 11 Okt ini
Selepas 365 hari genosid berlangsung kejam dan biadab di Gaza, kutukan tidak akan menghalang atau menghentikan kezaliman Israel.

Lebih 20 maut, 150 cedera selepas penunjuk perasaan bakar hotel di Bangladesh
Pertembungan antara pelajar antikerajaan, polis dan penyokong kerajaan meningkat menjadi rusuhan.

Rakyat Malaysia dinasihat tangguh perjalanan tidak penting ke Dhaka - Wisma Putra
Kementerian Luar menasihatkan rakyat Malaysia menangguhkan sementara perjalanan tidak penting ke Dhaka berikutan situasi yang masih tidak dapat diramalkan.

Empat terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Abu Sayeed, seorang daripada penyelaras dan pelajar di Universiti Begum Rokeya di Rangpur utara, terbunuh semasa pertempuran dengan polis.

Dunia protes, kutuk, kecam serangan Israel ke atas Rafah
Beberapa negara dan pertubuhan global mengutuk serangan udara Israel ke atas tapak perkhemahan Rafah tempat pelindungan rakyat Palestin.