Pelakon yang pernah terkenal kerana menjayakan watak salah seorang pahlawan dalam siri televisyen Power Rangers dihukum penjara selama enam tahun pada Khamis, selepas mengaku bersalah menikam rakan serumahnya dengan pedang hingga maut.
Mahkamah California menjatuhkan hukuman berkenaan ke atas Ricardo Medina, 38, setelah pelakon itu pada awal bulan ini mengaku bersalah atas tuduhan menyebabkan kematian dalam insiden perbalahan pada 31 Januari 2015, lapor Reuters.
Pihak pendakwa berkata, Medina menikam Josh Sutter dengan pedang samurai berkali-kali sewaktu kedua-duanya berbalah tentang teman wanita aktor itu di apartmen mereka di Palmdale, utara Los Angeles.
'Konfrontasi berdarah' itu membuatkan Medina menghubungi talian kecemasan 911 dan kekal berada di lokasi kejadian sehingga polis tiba.
Medina ditahan sejurus Sutter disahkan maut, namun dibebaskan beberapa hari kemudian selepas pihak pendakwa meminta kes disiasat sebagai kes profil tinggi.
Medina membawakan watak Red Lion Wild Force Ranger dalam siri televisyen kegemaran kanak-kanak, Power Rangers Wild Force.
Dia juga pernah menyumbangkan suara untuk watak Deker dalam siri seterusnya, Power Rangers Samurai, iaitu versi yang diberikan penjenamaan semula.
Medina juga pernah muncul dalam siri televisyen waktu perdana seperti drama CSI: Miami dan ER.
Agensi
Fri Mar 31 2017
![Tikam kawan dengan pedang: Bekas pelakon Power Rangers dihukum penjara sebabkan kematian Tikam kawan dengan pedang: Bekas pelakon Power Rangers dihukum penjara sebabkan kematian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-03/81490938540_ricardomedina.jpg)
Medina pernah membawakan watak Red Lion Wild Force Ranger. - Foto: GettyImages.com
Panama nafi pengecualian bayaran transit terusan
Panama menafikan dakwaan bahawa ia bersetuju mengetepikan bayaran bagi kapal kerajaan Amerika Syarikat (AS) yang menggunakan Terusan Panama.
Trump larang penyertaan golongan 'trans' dalam sukan wanita
Presiden ke-47 Amerika Syarikat, Donald Trump dalam perintah eksekutif terbaharunya melarang penyertaan golongan transgender dalam sukan yang ditetapkan untuk wanita. Beliau dalam kenyataan berkata, pentadbirannya akan mempertahankan 'tradisi' penyertaan hanya jantina asli yang dibenarkan dalam bidang sukan yang dikhaskan untuk golongan wanita.
Penunjuk perasaan bakar rumah keluarga bekas PM Sheikh Hasina
Ribuan penunjuk perasaan membakar rumah pemimpin pengasas Bangladesh ketika anak perempuannya yang juga bekas Perdana Menteri yang digulingkan, Sheikh Hasina dijadual berucap di media sosial.
Keindahan kosmos dari balai Paranal diancam cahaya
Langit luas, indah dengan kerdipan bintang, bagaikan hamparan kosmos yang menyelimuti bumi...
...membawa pengalaman hening malam yang cukup berbeza buat pencinta alam semesta
namun, cahaya urbanisasi, pembangunan manusia....
....mungkin satu masa nanti...membuatkan ''pesonanya hilang...''
...membawa pengalaman hening malam yang cukup berbeza buat pencinta alam semesta
namun, cahaya urbanisasi, pembangunan manusia....
....mungkin satu masa nanti...membuatkan ''pesonanya hilang...''
Jumlah mangsa di Sabah meningkat, Sarawak menurun
Jumlah mangsa banjir di Sabah yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) terus meningkat manakala Sarawak mencatatkan penurunan setakat malam ini.
Di Sabah, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan jumlah mangsa banjir meningkat kepada 479 orang jam 8 malam, berbanding 322 orang jam 4 petang Khamis.
Di Sabah, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan jumlah mangsa banjir meningkat kepada 479 orang jam 8 malam, berbanding 322 orang jam 4 petang Khamis.
Malaysia cipta lebih 450 pekerjaan AI berkemahiran tinggi
Lebih 450 peluang pekerjaan kejuruteraan kecerdasan buatan (AI) berkemahiran tinggi akan diwujudkan di negara ini menerusi kerjasama antara Pejabat AI Kebangsaan (NAIO) dan Global AI Village (GAIV).
MyCC siasat 13 kes kartel tipuan bida libat nilai RM2.3 bil - Armizan
MyCC menggerakkan strategi khusus untuk meningkatkan penguatkuasaan terhadap satu daripada cabang aktiviti kartel sejak sekian lama, iaitu pakatan tipuan bida.
Atasi kegagalan CEO GLC urus operasi - PM Anwar
Pengauditan terhadap hampir 2,000 syarikat milik kerajaan menggunakan sistem e-SelfAudit berasaskan kecerdasan buatan (AI) bertujuan menangani beberapa kelemahan seperti kegagalan mengurus dan menyelia operasi syarikat serta kerugian yang berterusan.
Tiga lelaki didakwa terlibat rusuhan, miliki pisau
Lelaki terlibat rusuhan, mengaku bersalah, memiliki pisau dan didakwa di Mahkamah Majistret
Tujuh jalan sekitar Batu Caves ditutup bermula 9 hingga 14 Februari
Sempena perayaan Thaipusam yang akan disambut 11 Februari ini, tujuh jalan utama sekitar Batu Caves yang berada di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak akan ditutup bermula 8 Februari ini hingga 14 Februari.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, seramai 1,306 pegawai dan anggota polis akan diatur gerak menerusi Op Palu 2025 bagi memastikan kelancaran trafik.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, seramai 1,306 pegawai dan anggota polis akan diatur gerak menerusi Op Palu 2025 bagi memastikan kelancaran trafik.
![Bapa Zayn Rayyan kata 'celaka siapa bunuh anak aku’ - Saksi Bapa Zayn Rayyan kata 'celaka siapa bunuh anak aku’ - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738827993_ZaynRayyan.jpg)
Bapa Zayn Rayyan kata 'celaka siapa bunuh anak aku’ - Saksi
Saksi berkata dia mula mencari Zayn Rayyan Abdul Matin, 6, selepas solat hajat di surau Al-hidayah berdekatan lokasi kejadian, pada 6 Disember 2023.
![Pekerja syarikat sewa kereta tidak mengaku potong tangan Pekerja syarikat sewa kereta tidak mengaku potong tangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738817735_TBPOTONGTANGAN.jpg)
Pekerja syarikat sewa kereta tidak mengaku potong tangan
Seorang pekerja syarikat kereta sewa mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Khamis atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang lelaki sehingga putus tangan.
![Zayn Rayyan: 25 Feb dengar hujah notis usul batal pertuduhan Zayn Rayyan: 25 Feb dengar hujah notis usul batal pertuduhan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738647507_IbubapaZaynRayyan.jpg)
Zayn Rayyan: 25 Feb dengar hujah notis usul batal pertuduhan
Mahkamah Tinggi menetapkan 25 Feb ini bagi mendengar hujahan berhubung notis usul difailkan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matin untuk membatalkan pertuduhan.
![Ibu bapa menangis gambar bedah siasat Zayn Rayyan dikemukakan Ibu bapa menangis gambar bedah siasat Zayn Rayyan dikemukakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738580944_IbubapaZaynRayyan.jpg)
Ibu bapa menangis gambar bedah siasat Zayn Rayyan dikemukakan
Perbicaraan hari pertama kes mengabai Zayn Rayyan Abdul Matin menyaksikan ibu bapa kanak-kanak autistik itu menangis di Mahkamah Sesyen.
![Peniaga katering didakwa tipu pelaburan ikan air tawar lebih RM600,000 Peniaga katering didakwa tipu pelaburan ikan air tawar lebih RM600,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61729581448_courtgavelmahkam.jpg)
Peniaga katering didakwa tipu pelaburan ikan air tawar lebih RM600,000
Seorang peniaga katering mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menipu seorang lelaki lebih RM600,000 berhubung pelaburan pembekalan ikan air tawar.
![Kes bunuh pelajar: Pegawai polis boleh guna kenderaan peribadi kuat kuasa undang-undang - Saksi Kes bunuh pelajar: Pegawai polis boleh guna kenderaan peribadi kuat kuasa undang-undang - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737106406_Tertuduh.jpg)
Kes bunuh pelajar: Pegawai polis boleh guna kenderaan peribadi kuat kuasa undang-undang - Saksi
Mahkamah Tinggi diberitahu pegawai polis boleh menggunakan kenderaan peribadi sewaktu menjalankan penguatkuasaan undang-undang terhadap pesalah trafik atau jenayah.
![Mahkamah benar permohonan pesara kerajaan untuk pelarasan pencen Mahkamah benar permohonan pesara kerajaan untuk pelarasan pencen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737013288_TBCourtHammer.jpg)
Mahkamah benar permohonan pesara kerajaan untuk pelarasan pencen
Mahkamah Tinggi membenarkan pelarasan bayaran pencen berdasarkan gaji akhir kepada pesara mengikut Pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam 2016, yang berkuat kuasa, mulai Januari 2022.
![Lelaki nekad buka pintu pesawat selepas bertengkar dengan kekasih Lelaki nekad buka pintu pesawat selepas bertengkar dengan kekasih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736568069_aircraft.jpg)
Lelaki nekad buka pintu pesawat selepas bertengkar dengan kekasih
GARA-GARA bertengkar dengan teman wanita, seorang lelaki nekad membuka pintu pesawat yang bersedia untuk berlepas walau cuba dihalang penumpang yang lain.
![Peniaga gerai mengaku hina Agong, didenda RM3,000 Peniaga gerai mengaku hina Agong, didenda RM3,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736314462_TBPENIAGAKEDAI.jpg)
Peniaga gerai mengaku hina Agong, didenda RM3,000
Seorang peniaga gerai makanan didenda RM3,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, pada Rabu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menghina Yang di-Pertuan Agong di aplikasi X, minggu lalu.
![Penghantar makanan mengaku simpan video, gambar lucah Penghantar makanan mengaku simpan video, gambar lucah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736235464_TBVIDEOLUCAH.jpg)
Penghantar makanan mengaku simpan video, gambar lucah
Seorang penghantar makanan didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas pertuduhan pilihan memiliki video dan gambar lucah di dalam telefon bimbitnya, dua tahun lalu.