Lembaga Pelancongan Singapura (STB) mempunyai cara tersediri untuk memberi maklum balas terhadap laporan kaji selidik majalah gaya hidup Time Out London yang meletakkan kota itu sebagai antara yang paling bosan di dunia, lapor Reuters.
STB telah membalas laporan itu dengan menghasilkan video yang secara sarkastik mengiyakan bahawa “There is nothing exciting to do." (Tiada yang mengujakan untuk dilakukan).
Indeks Kehidupan Kota 2018 dalam majalah itu, yang diterbitkan minggu ini, meletakkan Singapura di tangga ke 31 dalam 32 bandar raya, dengan hanya satu tangga di atas Istanbul.
Hasil kaji selidik itu didapatkan daripada maklum balas daripada lebih 15,000 orang.
Chicago mendahului senarai tersebut, diikuti Porto di Portugal dan bandar raya New York, yang mendapat markah tinggi dari aspek makanan, minuman, budaya, kemesraan, kemampuan, kebahagiaan dan kehidupan.
Singapura dipuji kerana perkhidmatan pengangkutan awam dan keselamatannya, namun gagal menarik perhatian dari faktor seni dan budaya.
Hanya 17 peratus responden yang mengulas: “Ada saja sesuatu yang boleh dilihat dan dibuat.”
Bagaimanapun, laporan kaji selidik itu adalah secara rawak, hanya melibatkan 32 buah kota, dan tidak disertai banyak bandar raya utama dunia yang lain.
Secara amnya, ia menunjukkan 32 buah bandar raya itu yang diletakkan dalam satu kelompok. Bagaimanapun, Singapura seperti tidak berpuas hati dengan kedudukan itu.
Sebagai balasan, STB memuat naik video berdurasi 56-saat di laman Facebooknya, dengan dimulakan dengan pengakuan sinikal “Singapore is boring ... there is nothing exciting to do." (Singapura memang bisan… tiada yang menyeronokkan untuk dilakukan).
Dalam video itu, latar tarikan seperti pertunjukan bunga api di tengah kota, Universal Studios Singapore, perlumbaan Formula One, Musium Artscience, serta aktiviti terjunan bungee kendalian AJ Hackett di Pulau Sentosa dipaparkan.
"Ya, Time Out London, kami agak ‘tidak mengujakan’,” kata paparan video itu sambil diteruskan dengan visual pelbagai makanan tempatan, termasuk hidangan ayam bertaraf Michelin yang hanya berharga 2 dolar di Chinatown, bersama kapsyen: “Semuanya mahal.”
Pengarah Kandungan Digital STB, Terrence Voon, berkata: “Kami menghasilkan respons yang ringan ini untuk menunjukkan kepada umum apa yang Singapura tawarkan.”
Ini bukan pertama kali Singapura ‘terasa’ lalu memberi respons kepada perspektif yang ‘tidak betul’ dan tidak memihak kepada imej negara itu.
Pada April lalu, ia memuat naik gambar-gambar ke media sosial untuk menafikan ketidaktepatan geografi dan fakta seperti yang dipaparkan dalam episod program televisyen terbitan CBS, Criminal Minds, yang mengetengahkan zon ‘lampu merah’ Geylang sebagai ‘sisi gelap di destinasi syurga’.
Agensi
Fri Feb 02 2018
Singapura dipuji kerama perkhidmatan pengangkutan awam dan keselamatan, namun gagal menarik perhatian dari dari faktor seni dan budaya. - Reuters
Zelensky gesa AS, Eropah bersama Ukraine dalam rundingan damai dengan Rusia
Selepas Putin bersuara mengenai rundingan damai, kali ini giliran Zelensky pula berkongsi pandangan yang sama.
Trump akan lawat California tinjau kerosakan akibat kebakaran hutan
Trump dijangka melawat selatan California untuk tinjau kawasan yang terjejas akibat kebakaran hutan di tengah-tengah ketegangan yang berterusan dengan Gabenor Demokrat.
Suami isteri maut, tiga cedera dalam kemalangan di Mersing
Sepasang suami isteri maut manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Jalan Mersing-Endau, Kampung Bukit Buruk, pada Jumaat.
Pertama kali dalam sejarah Denmark, pendakwa raya fail pertuduhan kes hina al-Quran
Pendakwa Raya di Copenhagen telah membawa kes pertama pelanggaran Seksyen 110e(2) Kanun Jenayah Denmark mengenai layanan yang tidak wajar terhadap kitab suci agama.
Polis Selangor sahkan kes tembakan libatkan APMM, warga asing
Pengadu terima tiga pesakit lelaki disyaki warga asing dalam keadaan sedar dan mengalami kecederaan kesan tembakan di anggota badan.
Kerugian bertambah dan hasil menurun pada suku keempat Boeing
Keputusan ini dipengaruhi oleh pemberhentian kerja dan perjanjian dengan IAM serta caj untuk beberapa program pertahanan, angkasa lepas dan keselamatan.
Malaysia terus kekal teraju kewangan Islam dunia
Malaysia berada di kedudukan pertama buat kali ke-12 berturut-turut dengan skor tertinggi 144 mata, diikuti Arab Saudi (119).
Kepengerusian ASEAN: PETRA pacu agenda tenaga, bina kemakmuran
Mesyuarat Khas Pegawai Kanan ASEAN mengenai Tenaga menerima lapan keutamaan tahunan yang dicadangkan untuk sektor tenaga ASEAN 2025.
Masters Indonesia: Beregu negara tempah tiket ke final lebih awal
Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Man Wei Chong-Kai Wun Tee dijadual berentap dalam aksi beregu lelaki hari ini.
Bantuan Kasih YKM mula diagihkan hujung bulan ini
Keputusan dibuat pada Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Dis lepas untuk memberi bantuan secara bulanan berbanding tahunan seperti sebelum ini.
Polis Pahang tingkat pemantauan, rondaan di kawasan kerap berlaku kemalangan
Polis Pahang akan meningkatkan pemantauan dan rondaan, terutama di kawasan kerap berlaku kemalangan menerusi Ops Selamat 23 sempena Tahun Baharu Cina.
Malaysia rekod kehadiran 4.82 juta pelancong Muslim tahun lepas
Indonesia, Brunei, Pakistan, Arab Saudi dan Kazakhstan menjadi antara lima negara utama yang menyumbang kepada peningkatan jumlah kehadiran itu.
ATF 2025: ASEAN setuju promosi destinasi pelancongan kurang dikenali kepada pelancong
Usaha itu bagi membolehkan pelancong tidak hanya tertumpu ke beberapa destinasi yang sudah dikenali.
ATF 2025: ASEAN setuju jadikan Australia sebagai rakan dialog baharu pelancongan
Kerjasama itu berupaya mengenal pasti produk-produk pelancongan yang berpotensi di seluruh negara anggota ASEAN untuk dipromosikan di Australia.
Kenaikan gaji akan pacu sektor peruncitan, pelancongan
Kenaikan gaji kakitangan awam akan meningkatkan perbelanjaan mereka sebanyak 6.0 kepada 6.5 peratus tahun ini.
ATF 2025: Malaysia dan Korea Selatan komited perkukuh kerjasama pelancongan
Malaysia dan Korea Selatan terus mengukuhkan lagi komitmen kedua-dua negara dalam mempererat hubungan dua hala melalui pelancongan.
121 warga asing ditahan dalam operasi bersepadu di Cameron Highlands
Operasi melibatkan 143 pegawai dan anggota daripada pelbagai jabatan, diadakan bagi membanteras kebanjiran warga asing di daerah itu.
Agak mustahil pakej umrah bawah RM6,000
Berdasarkan situasi semasa, kos umrah yang ideal adalah antara RM6,000 dan RM7,000 serta akan meningkat pada cuti sekolah dan Ramadan.
Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.
TRAVEX 2025 himpun peserta dari 42 negara
Penganjuran ASEAN Travel Exchange (TRAVEX) 2025 yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, menghimpunkan peserta dari 42 negara.