TOKYO: Kerajaan Metropolitan Tokyo pada Khamis menaikkan amaran COVID-19 ke tahap kedua tertinggi pada skala empat peringkatnya.
Amaran itu ditetapkan pada tahap kedua tertinggi buat kali pertama sejak 6 Okt, kata Xinhua.
Pada mesyuarat pemantauan coronavirus kerajaan metropolitan pada Khamis, seorang pakar memberi amaran bahawa ibu kota negara itu "boleh dianggap memasuki gelombang jangkitan kelapan".
Sehingga Khamis, purata kes baharu COVID-19 tujuh hari di ibu negara adalah seramai 8,276, meningkat 24.7 peratus daripada seminggu sebelumnya, dengan kes harian melebihi had 10,000 dua hari sebelumnya, paras tertinggi dalam tempoh dua bulan.
Berdasarkan anggaran yang dibentangkan pada mesyuarat itu, dalam tempoh purata tujuh hari angka akan mencecah sekitar 12,300 menjelang akhir bulan ini jika jangkitan baharu meningkat pada kadar semasa.
Kemunculan semula virus itu berlaku selepas kerajaan Jepun menarik balik sekatan ke atas penumpang individu, perjalanan spontan dan had kemasukan harian bulan lepas.
Ia turut melancarkan program Diskaun Perjalanan Nasional, yang memberikan subsidi sehingga 11,000 yen (kira-kira AS$79) seorang yang melawat untuk tempoh maksimum tujuh malam.
Ketika COVID-19 dan influenza merebak secara serentak, kerajaan metropolitan berjanji pada mesyuarat itu untuk mempromosi keupayaan perubatan di ibu kota yang mampu merawat sehingga 127,000 pesakit luar yang mengalami demam setiap hari.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 17 2022
Seorang pakar memberi amaran bahawa Tokyo 'boleh dianggap memasuki gelombang jangkitan kelapan'. - Gambar fail AP
#Ringkas 5 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 5 Februari 2025
1️⃣ Pendirian Malaysia sama dengan negara Islam lain
2️⃣ AGC fail notis, rayu ke Mahkamah Persekutuan
3️⃣ Projek LPT 3 belum dimuktamadkan
#awaniringkas
1️⃣ Pendirian Malaysia sama dengan negara Islam lain
2️⃣ AGC fail notis, rayu ke Mahkamah Persekutuan
3️⃣ Projek LPT 3 belum dimuktamadkan
#awaniringkas
Samsung Galaxy S25 dilancar, tetap piawaian baharu teknologi AI
Samsung Malaysia mengumumkan pelancaran siri Galaxy S25, menampilkan model Galaxy S25 Ultra, Galaxy S25, dan Galaxy S25, yang direka untuk mendefinisikan semula pengalaman mudah alih.
AWANI Borneo [5/2/2025] – Elak renjatan| Tidak termasuk LNG| Tuntutan palsu RM20,000
AWANI Borneo Rabu, 5 Februari 2025 bersama Assim Hassan
1. Fasiliti elektrik kawasan terjejas banjir ditutup bagi elak risiko renjatan
2. Petronas iktiraf Petros sebagai agregator gas tunggal Sarawak
3. Akauntan didakwa buat tuntutan palsu berjumlah RM20,000
1. Fasiliti elektrik kawasan terjejas banjir ditutup bagi elak risiko renjatan
2. Petronas iktiraf Petros sebagai agregator gas tunggal Sarawak
3. Akauntan didakwa buat tuntutan palsu berjumlah RM20,000
Malaysia kekal bebas dari sekatan visa MEV, tanda kepercayaan Arab Saudi terhadap Tabung Haji - Mohd Na'im
Malaysia kekal tidak terjejas oleh sekatan pengeluaran visa berbilang kemasukan (MEV) yang dikenakan ke atas 14 negara.
Monopoli projek: Tiga ahli perniagaan, wanita Vietnam direman lima hari
Tiga ahli perniagaan dan seorang wanita warganegara Vietnam ditahan reman lima hari kerana disyaki terlibat dalam kes rasuah bagi memonopoli kesemua projek yang ditawarkan oleh dua jabatan kerajaan di dua daerah di Sarawak.
Akauntan didakwa buat tuntutan palsu RM20,000
Sharin Lusiyau, 35 tahun bertugas di Jabatan Bendahari Negeri Sabah didakwa melakukan kesalahan itu sebanyak 16 kali pada tahun 2023 dengan mengemukakan resit penginapan hotel yang tidak pernah didiami, menggunakan nama sendiri dan beberapa individu lain.
RM1.085 Bilion untuk projek naik taraf paip lama di Sarawak
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Seri Julaihi Narawi berkata, kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM1.085 bilion untuk melaksanakan projek penggantian dan naik taraf paip lama di seluruh negeri.
Alliance Bank tawar program bantuan banjir kepada pelanggan terjejas
Alliance Bank dalam kenyataannya bantuan tersebut merangkumi pilihan moratorium pinjaman sehingga enam bulan, pengubahsuaian pembayaran pinjaman serta pengecualian caj dan bayaran tertentu bagi pelanggan dan perniagaan yang terkesan oleh bencana banjir.
Mangsa banjir di PPS Sarawak terus menurun
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak melaporkan jumlah mangsa menurun kepada 5,281 orang berbanding 5,747 pada sebelah pagi.
Kes Paul Yong: Pembantu rumah mengaku beri keterangan palsu - Saksi
Seorang peguam memberitahu mahkamah bahawa pembantu rumah yang menjadi mangsa rogol bekas ADUN Tronoh Paul Yong Choo Kiong mengaku memberi keterangan palsu.
Jepun pertimbang terima penduduk Gaza untuk rawatan - PM Ishiba
Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba, pada Isnin berkata kerajaan sedang mempertimbangkan untuk menawarkan bantuan perubatan di Jepun kepada penduduk Gaza.
Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19
Bekas penumpang kapal persiaran Diamond Princess pada Isnin meletakkan bunga di Pelabuhan Yokohama bagi mengenang 13 orang yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di atas kapal itu.
Jepun lancar Roket H3 pembawa satelit navigasi Michibiki
Jepun pada Ahad melancarkan satelit navigasi Michibiki dengan menggunakan Roket H3 No. 5 dari Pusat Angkasa Tanegashima di Wilayah Kagoshima.
Kadar tarif AS cetus kebimbangan global - Jepun
Menteri Kewangan Jepun Katsunobu Kato pada Ahad melahirkan kebimbangan serius terhadap kemungkinan kesan kadar tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS) ke atas China, Kanada dan Mexico.
Malaysia bekerjasama dengan Jepun di bawah kerangka CEAPAD untuk pembinaan semula Gaza
Komitmen ini selaras dengan kenyataan Perdana Menteri mengenai keperluan mendesak untuk mempercepat usaha pembinaan semula Gaza dan Palestin.
Pelajar Malaysia di Jepun hilang sejak Isnin
Pelajar itu dikenali sebagai Hannani, 21, sedang melanjutkan pelajaran di sebuah institut pengajian tinggi di Kure Kosen, Hiroshima, Jepun.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Lelaki maut, dua cedera dalam insiden tikaman rambang di Nagano, Jepun
Penyerang yang melarikan diri dari tempat kejadian dengan senjata tajam kini sedang diburu polis.
Beberapa orang ditikam di stesen keretapi di tengah Jepun, seorang tidak sedarkan diri
Beberapa orang ditikam pada petang Rabu di sebuah stesen kereta api yang merupakan hab pengangkutan ke kawasan ski, terletak di tengah Jepun.
Jepun zahir hasrat bertemu pentadbiran Trump, perkukuh hubungan dua hala
Yoshiasa Hayashi berharap dapat bekerjasama dengan pentadbiran Trump untuk mengukuhkan hubungan dua hala di antara Jepun dan AS.