TOKYO: Jepun tidak mengimport minyak Rusia pada September selain mengurangkan import minyak dan produk minyak dari negara itu kepada 59.9 peratus pada separuh pertama tahun fiskal 2022 (1H2022), menurut data Kementerian Kewangan Jepun pada Khamis.
Sputnik melaporkan import arang batu Rusia ke Jepun turun 82 peratus pada September dan 45.6 peratus dalam tempoh yang sama.
Tokyo mengurangkan import gas asli cecair (LNG) Rusia sebanyak 10.7 peratus, namun import LNG keseluruhan meningkat 2.2 peratus pada 1H2022.
Jepun juga mengurangkan import bijiran Rusia sebanyak 81.9 peratus pada September dan 70.5 peratus pada 1H2022.
Import sayur-sayuran dari Rusia juga berkurangan sebanyak 76.7 peratus pada September namun meningkat sebanyak 10.3 peratus pada 1H2022. Import daging meningkat 300 peratus dalam tempoh 1H2022 walaupun tiada import daging dibuat pada September. Import buah-buahan Rusia meningkat 912.8 peratus pada 1H2022.
Jepun menambah eksport produk perubatan ke Rusia sebanyak 578.2 peratus pada September dan sebanyak 258.6 peratus pada 1H2022.
Dalam 1H2022, eksport kereta dari Jepun juga meningkat (21.7 peratus), motosikal (14.6 peratus) dan alat ganti (76.6 peratus).
Import keseluruhan Jepun dari Rusia pada September merosot 6.5 peratus, manakala eksport menurun sebanyak 31.4 peratus. Secara khusus, eksport Tokyo ke Rusia pada September bernilai 46.7 bilion yen (AS$311.5 juta) manakala import sebanyak 128.4 bilion yen (AS$856.4 juta).
Pada 1H2022, eksport keseluruhan Jepun ke Rusia merosot 46.9 peratus manakala import meningkat 36 peratus. Eksport Tokyo ke Rusia bernilai 232.4 bilion yen (AS$1.55 bilion), dan import sebanyak 982.3 bilion yen (AS$6.55 bilion)
--BERNAMA
Bernama
Thu Oct 20 2022

Jepun juga mengurangkan import bijiran Rusia sebanyak 81.9 peratus pada September dan 70.5 peratus pada 1H2022. - Gambar fail

Kastam rampas senjata api tiruan bernilai RM1.8 juta sepanjang tahun lepas
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menggagalkan 31 kes cubaan membawa masuk senjata api ringan tiruan ke negara ini sepanjang tahun lepas, membabitkan nilai rampasan RM1.8 juta.

Terengganu guna khidmat pelajar tahfiz imam solat tarawih
Semua masjid dan surau digalak melantik imam dalam kalangan pelajar tahfiz yang menguasai aspek al-Quran dan mempunyai ilmu pengetahuan fiqah.

Amaran hujan berterusan tahap waspada beberapa kawasan di Sabah - MetMalaysia
Kawasan terlibat termasuk Ranau dan Kota Belud, Sanadakan, Telupid, Kinabatangan, Beluran serta Kudat.
AWANI Ringkas: PM tegur pihak 'riuh-rendah' isu remeh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Angka kematian rakyat Palestin meningkat kepada hampir 50,000
Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel di Gaza sejak Oktober 2023 telah meningkat kepada 48,329, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan yang berpangkalan di Gaza pada hari Sabtu.
Rentak cemerlang diteruskan, menang 2-0 ke atas Shieldz FC
Pasukan bola sepak AWANI FC meneruskan rentak cemerlang bagi tahun 2025 dengan merekodkan kemenangan ke atas pasukan Shieldz FC dalam aksi persahabatan. Lebih manis AWANI FC merekodkan kemenangan itu ketika menyarung jersi baharu tajan Brentt Gard Sdn Bhd.
Geran RM3.174 buat 453 usahawan mikro di Sabah
Kira-kira 453 usahawan mikro, kecil dan sederhana di negeri Sabah bakal menerima geran sebanyak RM3.174 juta menerusi program pembangunan usahawan RISDA.

Jangan bekerja secara silo dalam usaha bangunkan usahawan - Ahmad Zahid
Kerjasama strategik semua pihak termasuk kerajaan negeri dan agensi keusahawanan penting dalam melaksanakan program keusahawanan desa yang berkesan.

Kerajaan tak campur urusan badan penguat kuasa ambil tindakan - PM Anwar
Anwar menjelaskan beliau dan barisan Kabinet tidak mencampuri urusan tindakan pihak berkuasa dalam menjalankan tugas masing-masing.

Yayasan Rizalman Ibrahim biaya dana RM1.2 juta bina surau di Sungai Dua
Rizalman laksana amanah penderma dengan memanjangkan rezeki mereka membiayai pembinaan Surau Ar Rijal.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole

Tinggalkan kerjaya selesa demi dakwah Islam di bumi Jepun
Jurutera kanan di sebuah syarikat di Jepun itu sanggup meninggalkan kerjayanya yang mencecah gaji lima angka, demi menyahut seruan menyebarkan agama Islam di sana.

2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido
Sebuah bot nelayan dilaporkan terbalik di luar pantai Pekan Tomamae di Hokkaido.

China atasi Jepun, mara ke final kejohanan badminton berpasukan campuran Asia
Pasangan Jepun Hiroki Midorikawa dan Natsu Saito menewaskan pasangan China, Gao Jiaxuan dan Wu Mengying untuk memperoleh mata pertama buat Jepun.

Rakyat Jepun diperdaya dengan jumlah rekod penipuan di media sosial pada 2024
Penipu mencuri kira-kira 126.8 bilion yen (US$833 juta), meningkat 81.3 bilion yen berbanding 2023.

Jepun pertimbang terima penduduk Gaza untuk rawatan - PM Ishiba
Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba, pada Isnin berkata kerajaan sedang mempertimbangkan untuk menawarkan bantuan perubatan di Jepun kepada penduduk Gaza.

Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19
Bekas penumpang kapal persiaran Diamond Princess pada Isnin meletakkan bunga di Pelabuhan Yokohama bagi mengenang 13 orang yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di atas kapal itu.

Jepun lancar Roket H3 pembawa satelit navigasi Michibiki
Jepun pada Ahad melancarkan satelit navigasi Michibiki dengan menggunakan Roket H3 No. 5 dari Pusat Angkasa Tanegashima di Wilayah Kagoshima.

Kadar tarif AS cetus kebimbangan global - Jepun
Menteri Kewangan Jepun Katsunobu Kato pada Ahad melahirkan kebimbangan serius terhadap kemungkinan kesan kadar tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS) ke atas China, Kanada dan Mexico.

Malaysia bekerjasama dengan Jepun di bawah kerangka CEAPAD untuk pembinaan semula Gaza
Komitmen ini selaras dengan kenyataan Perdana Menteri mengenai keperluan mendesak untuk mempercepat usaha pembinaan semula Gaza dan Palestin.