SEOUL: Jambangan bunga putih dan ucapan takziah diletakkan di altar peringatan, dan kedai-kedai yang menggantung mesej ucapan takziah menutup perniagaan masing-masing di daerah Itaewon di Seoul pada Isnin, ketika Korea Selatan meratapi kematian paling dahsyat akibat rempuhan orang ramai.
Altar perkabungan yang sarat dengan kekwa putih juga dibuka di seluruh negara untuk membolehkan orang ramai membakar kemenyan dan memberi penghormatan kepada mereka yang terbunuh dalam rempuhan malam Sabtu yang menyebabkan sekurang-kurangnya 154 orang kebanyakannya berusia 20-an, terbunuh dan 33 yang lain cedera parah.
Presiden Yoon Suk Yeol adalah antara yang pertama memberi penghormatan kepada mangsa, lapor agensi berita Yonhap.
Berpakaian hitam, Yoon dan isterinya Kim Keon Hee mengunjungi altar yang didirikan di Plaza Seoul di hadapan Dewan Bandaraya, meletakkan bunga dan menundukkan kepala bertakafur.
Perdana Menteri Han Duck Soo dan Datuk Bandar Seoul Oh Se Hoon turut memberi penghormatan di altar.
BACA: Tragedi Halloween Itaewon: Angka kematian cecah 154 termasuk 26 warga asing
Tragedi itu berlaku Sabtu malam apabila sekumpulan besar pengunjung pesta Halloween memenuhi lorong sempit selebar 3.2 meter di daerah hiburan Itaewon, Seoul.
Insiden berkenaan menyaksikan korban paling ramai dalam sejarah Korea Selatan dan bencana terburuk pernah dialami negara itu sejak 2014, apabila feri Sewol karam di perairan pantai selatan yang meragut 304 orang, kebanyakannya pelajar sekolah menengah.
Seramai 26 mangsa warga asing termasuk lima dari Iran, masing-masing empat dari China dan Rusia, dua dari Amerika Syarikat, dua dari Jepun, dan masing-masing seorang dari Perancis, Australia, Norway, Austria, Vietnam, Thailand, Kazakhstan, Uzbekistan, dan Sri Lanka, menurut pegawai.
Antara yang terbunuh seorang pelajar sekolah menengah rendah dan lima pelajar sekolah menengah, semuanya dari Seoul, menurut kementerian pendidikan.
Lima lagi pelajar sekolah menengah rendah atau sekolah menengah cedera dan dua daripada mereka sedang dirawat di hospital.
Seramai 116 lagi mengalami kecederaan ringan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 31 2022

Tragedi itu berlaku Sabtu malam apabila sekumpulan besar pengunjung pesta Halloween memenuhi lorong sempit selebar 3.2 meter di daerah hiburan Itaewon, Seoul. - Gambar/ Reuters

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Tragedi Halloween Itaewon: Parti pemerintah berikrar ambil tindakan ke atas pihak bertanggungjawab
Polis dikatakan gagal bertindak walau sudah menerima banyak panggilan kecemasan daripada orang ramai pada malam itu.

Tragedi Itaewon: Acara Halloween, persembahan K-pop dibatalkan
Kebanyakan perayaan Halloween, acara dan perarakan serta persembahan bintang K-pop dibatalkan.

Tragedi Halloween Itaewon: Rakyat Malaysia di Seoul perlukan bantuan, maklumat terkini boleh hubungi kedutaan
Pihak kedutaan kini sedang berhubung dengan pihak berkuasa berkaitan serta mengikuti perkembangan terkini tragedi rempuhan.