SEOUL: Rakyat Malaysia di Korea Selatan yang ingin mendapatkan maklumat terkini atau memerlukan bantuan konsular selepas kejadian rempuhan maut di Itaewon, Seoul pada Sabtu boleh menghubungi kedutaan menerusi talian +8210 8974 8699, menurut kedutaan di Instagram pada Ahad.
Kedutaan memaklumkan pihaknya kini sedang berhubung dengan pihak berkuasa berkaitan serta mengikuti perkembangan terkini tragedi rempuhan yang mengorbankan sekurang-kurangnya 151 nyawa ketika sambutan Halloween pada Sabtu malam.
Sementara itu, 19 korban dikenal pasti sebagai warga asing berasal dari Iran, Uzbekistan, China dan Norway, manakala 82 lagi dilaporkan cedera.
Mereka yang terbunuh terdiri 97 perempuan dan 54 lelaki, menurut Agensi Berita Yonhap.
Presiden Yoon Suk Yeol dalam ucapannya secara langsung dari pejabat presiden berkata: "tragedi dan bencana pada Sabtu itu tidak sepatutnya berlaku."
Presiden juga mengumumkan negara berkabung susulan kejadian itu.
Rempuhan itu disifatkan insiden terburuk di Korea Selatan sejak tragedi feri Sewol karam pada 2014 mengorbankan 304 nyawa, kebanyakannya pelajar sekolah menengah.
Sambutan itu merupakan acara Halloween pertama di Seoul dalam tempoh tiga tahun selepas negara itu menarik balik kebanyakan sekatan COVID-19.
Punca sebenar kejadian masih disiasat.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 30 2022

Pihak kedutaan kini sedang berhubung dengan pihak berkuasa berkaitan serta mengikuti perkembangan terkini tragedi rempuhan. - AP

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Tragedi Halloween Itaewon: Parti pemerintah berikrar ambil tindakan ke atas pihak bertanggungjawab
Polis dikatakan gagal bertindak walau sudah menerima banyak panggilan kecemasan daripada orang ramai pada malam itu.

Tragedi Itaewon: Acara Halloween, persembahan K-pop dibatalkan
Kebanyakan perayaan Halloween, acara dan perarakan serta persembahan bintang K-pop dibatalkan.

Tragedi Halloween Itaewon: Rakyat Malaysia di Seoul perlukan bantuan, maklumat terkini boleh hubungi kedutaan
Pihak kedutaan kini sedang berhubung dengan pihak berkuasa berkaitan serta mengikuti perkembangan terkini tragedi rempuhan.