SEOUL: Kebanyakan perayaan Halloween, acara dan perarakan serta persembahan bintang K-pop dibatalkan, lapor Agensi Berita Yonhap memetik kerajaan dan penganjur pada Ahad, di saat negara berkabung atas kematian sekurang-kurangnya 153 orang dalam kejadian rempuhan pada Sabtu.
Lebih 103 yang lain turut cedera dalam kejadian yang berlaku di lereng bukit di Itaewon, Seoul susulan puluhan ribu orang mengunjungi kawasan itu sempena perayaan Halloween.
Kerajaan menetapkan tempoh berkabung bermula Ahad hingga Sabtu dan mengarahkan bendera di bangunan kerajaan dan pejabat awam dikibarkan separuh tiang.
Agensi superstar global BTS, Big Hit mengumumkan akan menangguhkan semua aktiviti yang dijadualkan untuk debut solo Jin "The Astronaut" dengan kumpulan rock British Coldplay.
SM Entertainment yang mengendalikan artis seperti Girls' Generation, EXO, Super Junior, NCT dan aespa turut mengumumkan acara Halloween yang dijadual pada hari itu dibatalkan.
BACA: Seoul menangis... Apa yang perlu diketahui tentang tragedi Halloween Itaewon?
BACA: Tragedi Halloween Itaewon: 149 maut, 76 cedera dalam rempuhan di Seoul
Jenama fesyen mewah Gucci memaklumkan pihaknya akan membatalkan pertunjukan fesyen yang dijadual diadakan di Seoul pada Selasa.
Festival OneAsia Busan -- dijadualkan pada Ahad depan di bandar selatan Busan -- juga dibatalkan.
Acara itu mengetengahkan beberapa bintang K-pop dan dijangka dihadiri 40,000 orang.
Taman hiburan bertemakan Lego Legoland yang terletak di Chuncheon, 75 kilometer timur Seoul, memaklumkan pihaknya membatalkan perayaan Halloweennya.
Kebanyakan pasar raya di seluruh negara turut membatalkan acara Halloween dan menanggalkan hiasan serta poster mempromosikan sambutan berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 30 2022

Kejadian berlaku di lereng bukit di Itaewon, Seoul susulan puluhan ribu orang mengunjungi kawasan itu sempena perayaan Halloween. - Gambar/ AP

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Rempuhan Itaewon: Siasatan selesai, 23 pegawai Korea Selatan dirujuk untuk pendakwaan
Polis Korea Selatan telah menyelesaikan siasatan yang mengambil masa berbulan-bulan pada Jumaat mengenai rempuhan orang ramai yang membawa maut di kejiranan Itaewon, ibu kota Seoul tahun lepas.

Masih 'trauma', Itaewon sunyi tanpa kehadiran orang ramai
Kawasan Itaewon yang lazimnya bergemerlapan semasa musim cuti Krismas bagaikan 'pekan hantu' tanpa kehadiran orang ramai sejak tragedi rempuhan yang berlaku Oktober lalu.

Angka korban tragedi rempuhan Halloween Itaewon meningkat ke 158
Ibu Pejabat Pencegahan Bencana dan Keselamatan Pusat memaklumkan, mangsa terkini merupakan seorang wanita tempatan berusia 20-an.

Tragedi Halloween Itaewon: Seorang rakyat Malaysia cedera, tiada yang terkorban
Kementerian Luar Negeri harini mengesahkan tiada warganegara Malaysia yang terkorban dalam insiden rempuhan di Itaewon, Republik Korea.

Kawalan pengunjung tidak mencukupi punca tragedi Halloween Itaewon - PM Korea Selatan
Rempuhan orang ramai yang berlaku pada malam Sabtu di daerah Itaewon, Korea Selatan semasa perayaan Halloween sebahagiannya berpunca daripada pengurusan orang ramai yang lemah.

Lima hal 'pelik' berlaku ketika tragedi Halloween Itaewon
Tragedi Halloween terus menjadi perhatian dunia apabila meragut 154 nyawa pada malam Sabtu lalu.

Tragedi Halloween Itaewon: Ismail Sabri ucap takziah kepada Korea Selatan
Malaysia turut bersedih atas tragedi itu, kata Perdana Menteri.

Tragedi Halloween Itaewon: Korea Selatan berkabung kenang mangsa
Jambangan bunga putih dan ucapan takziah diletakkan di altar peringatan, dan kedai-kedai yang menggantung mesej ucapan takziah menutup perniagaan masing-masing di daerah Itaewon di Seoul pada Isnin.

Tragedi Halloween Itaewon: Polis Seoul terima 355 laporan orang hilang
Pihak berkuasa metropolitan Seoul menerima 355 laporan individu hilang dipercayai menjadi mangsa tragedi rempuhan ketika festival Halloween di daerah Itaewon.

Tragedi Halloween Itaewon: Lebih 150 disah maut, angka kematian dijangka terus meningkat
Sekurang-kurangnya 153 orang terbunuh manakala 103 lagi cedera dalam kejadian rempuhan di Itaewon, Seoul.