PERCUTIAN yang sepatutnya menjadi hari menggembirakan bertukar sedih apabila tiga daripada anak jutawan Denmark, Anders Holch Povlsen, disahkan terbunuh dalam serangan Hari Easter di Sri Lanka, pada Ahad lalu.
Memetik agensi berita antarabangsa, berita sedih itu disahkan oleh jurucakap kumpulan peruncitan pakaian, Bestseller, pada Isnin.
Dilaporkan, ketika kejadian serangan yang mensasarkan gereja-gereja dan hotel di Colombo, Holch Povlsen dan isteri, Anne serta empat anak mereka sedang bercuti di negara pulau itu.
“Saya mengesahkan, tiga anak mereka terkorban. Kami memohon anda menghormati privasi keluarga itu dan kami tiada ulasan buat masa ini,” kata pengurus komunikasi Bestseller, Jesper Stubkier dalam satu kenyataan.
Holch Povlsen merupakan pemegang saham utama dalam peruncit fesyen dalam talian ASOS serta pemilik Bestseller.
Jutawan berusia 46 tahun itu mewarisi Bestseller daripada ibu bapanya.
Firma tersebut telah diasaskan sejak 1975 dan memiliki lebih 3,000 kedai di 70 negara.
Antara jenama dalam kumpulan tersebut adalah Vero Moda, Only dan Jack & Jones.
Holch Povlsen juga memiliki kepentingan dalam Zalando di Jerman, selain menggambarkan dirinya sebagai ‘seorang daripada pemilik tanah terbesar Scotland’ di laman web syarikat Wildland, digunakan untuk melabur dalam hartanah United Kingdom (UK).
Sekurang-kurangnya lapan siri letupan berlaku di beberapa kawasan di Colombo, pada Ahad lalu, sementara bom kesembilan yang dijumpai di laluan menuju ke Lapangan Terbang Bandaranaike berjaya dimatikan.
Letupan tersebut sekurang-kurangnya menggegarkan tiga hotel lima bintang di Colombo manakala pada petang Ahad, satu letupan dilaporkan berlaku di sebuah hotel yang terletak bertentangan dengan sebuah zoo di Dehiwal.
BACA: Tragedi Sri Lanka: Bom ke-9 dijumpai dekat lapangan terbang
BACA: Tragedi Sri Lanka: Amaran awal diberi 10 hari lalu, namun tidak dihirau - Menteri
Manakala, satu lagi di sebuah kompleks perumahan di Dematagoda, kedua-duanya di ibu kota, yang mana sejumlah 228 orang maut manakala 450 lagi cedera dalam siri letupan tersebut.
Setakat ini, polis Sri Lanka telah menahan seramai 13 orang berhubung beberapa siri letupan tersebut.
Hasimi Muhamad
Tue Apr 23 2019

Holch Povlsen merupakan pemegang saham utama dalam peruncit fesyen dalam talian ASOS serta pemilik Bestseller. GAMBAR AP Newsroom
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

Tragedi Sri Lanka: 3 pewaris jutawan fesyen Denmark disahkan terkorban
Memetik agensi berita antarabangsa, berita sedih itu disahkan oleh jurucakap kumpulan peruncitan pakaian, Bestseller, pada Isnin.