SEKURANG-kurangnya 10 pengunjung Dussehra Ground di Fasa 8 bandar Mohali, terhempas dari ketinggian sekitar 50 meter apabila permainan yang dinaiki mereka jatuh ke tanah dari menaranya, pada Ahad malam.
Dalam kejadian di Punjab, India itu, kesemua mangsa yang kebanyakannya cedera di kepala dan leher, serta dalam keadaan terkejut, dikejarkan ke dua buah hospital bagi menerima rawatan.
Kesemuanya dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan selamat.
Terdahulu, mereka hadir di tapak permainan itu bagi meraikan pesta ‘London Bridge’ yang sepatutnya berakhir pada 31 Ogos lalu tetapi dilanjutkan sehingga 11 September.
Sementara itu, penganjur pesta Sunny Singh memaklumkan, pihaknya akan menyiasat kejadian ini sebaiknya.
“Nampaknya ada masalah teknikal. Sebelum ini, kami telah menganjurkan beberapa pesta tetapi tidak pernah berlaku kejadian sebegini.
"Kami akan bekerjasama dengan pihak berkuasa,” katanya menurut laporan Hindustan Times.
Faida Rahim
Mon Sep 05 2022

Sekurang-kurangnya 10 pengunjung tapak permainan Dussehra Ground di Fasa 8 bandar Mohali, Punjab, India, terjatuh dari menara pada ketinggian 50 meter pada Ahad malam. - Gambar Twitter

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane, secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise di Bangkok malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

Tourism Perak sertai pameran pelancongan untuk tarik pelancong Indonesia
Pameran pelancongan itu berfungsi sebagai platform bagi agensi promosi pelancongan negeri untuk mempamerkan tawarannya yang pelbagai.
Konflik Gaza: Pelan Trump bukan usir rakyat Palestin - Utusan A.S ke Asia Barat
Utusan Amerika Syarikat ke Asia Barat pada Khamis menegaskan bahawa rancangan Presiden Donald Trump untuk Gaza bukan bertujuan mengusir rakyat Palestin.

Tragedi taman tema, 10 pengunjung cedera terhempas 50 meter ke bawah
Kesemua mangsa yang kebanyakannya cedera di kepala dan leher, serta dalam keadaan terkejut, dikejarkan ke dua buah hospital.