TOKYO: Istilah yami baito bukan asing di Jepun. Ia merujuk kepada kerja sambilan haram atau menjadi orang suruhan sindiket jenayah.
Menurut Agensi Polis Jepun (NPA), kes-kes jenayah dikaitkan dengan yami baito menunjukkan peningkatan ketara sejak dua tahun lalu ketika negara Matahari Terbit itu dilanda pandemik COVID-19 yang menyaksikan ramai individu kehilangan punca pendapatan.
Tambah NPA lagi, tawaran yami baito biasanya dibuat dalam talian oleh sindiket jenayah yang bijak menyembunyikan jejak mereka.
Polis Metropolitan Tokyo merekodkan hampir 3,500 senarai yami baito di Twitter pada tahun lalu iaitu peningkatan sebanyak 50 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Difahamkan, ada penjenayah menawarkan upah antara 50,000 yen (RM1,649) hingga 100,000 yen (RM3,298) sehari untuk satu-satu tugasan, malah dalam beberapa kes upah yang ditawarkan mampu mencecah sehingga 1 juta yen (RM32,984).
Beberapa kes dikaitkan dengan yami baito dikesan membabitkan sindiket yang beroperasi dari Manila, Filipina.
Individu yang menerima tawaran kerja sambilan haram ini biasanya diarah melakukan rompakan, pecah rumah, peras ugut, penipuan dan serangan fizikal.
Mereka hanya berkomunikasi melalui aplikasi Telegram dan jarang bersemuka.
AMATUR DAN TIADA PENGALAMAN
Individu yang menerima satu-satu tugasan yami baito sedar mereka dieksploitasi, namun tiada pilihan lain kerana terdesak untuk mendapatkan wang.
Seperti kes Yuna Hatakenaka, gadis berusia 20 tahun yang ditahan pada April lalu.
Dia sedar yami baito adalah satu penipuan tetapi terpaksa mengikut arahan sindiket jenayah kerana lokasi rumah ibu bapanya telah diserahkan kepada mereka.
Yuna didakwa menyamar sebagai pegawai polis dan memperdaya seorang warga emas untuk menyerahkan kad mesin juruwang automatik (ATM) berserta maklumat perbankan mangsa.
Menurut statistik NPA, kebanyakan individu yang terlibat dalam kerja sambilan haram yami baito adalah berusia antara 19 hingga 35 tahun.
Malah, kebanyakan mereka boleh dikatakan sebagai ‘penjenayah amatur’ dan tiada pengalaman.
Sebagai contoh, kes rompakan siang hari di sebuah kedai jam tangan mewah Rolex di Ginza, Tokyo awal bulan lalu melibatkan empat individu bertopeng disifatkan netizen sebagai cemerkap.
Tingkah laku mereka seperti yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan pergerakan kekok semasa melakukan rompakan.
Kesemua lelaki itu yang berjaya ditahan polis mengaku mereka melakukan rompakan tersebut atas arahan daripada ketua sindiket jenayah yang menawarkan kerja sambilan haram di media sosial.
Polis sehingga kini masih gagal menjejaki dalang utama kes rompakan tersebut.
“Individu yang menerima tawaran kerja yumi baito amat sukar untuk berhenti kerana diugut oleh sindiket jenayah.
“Mereka yang sudah terjerumus tidak takut ditangkap pihak berkuasa sebaliknya mereka lebih takut dengan ketua sindiket,” kata peguam, Mikio Uehara.
ROMPAKAN KAD POKEMON
Peningkatan kes rompakan kad Pokemon di Tokyo sejak awal tahun ini dipercayai ada kaitan dengan yami baito susulan harga kad terpakai dan jarang ditemui melambung tinggi di pasaran.
Tangkapan terbaharu melibatkan seorang lelaki berusia 35 tahun yang disyaki mencuri kira-kira 1,500 keping kad Pokemon di sebuah kedai di daerah Akihabara, Tokyo.
Menurut penyiasat, Masaki Omori dari Urasoe, Okinawa mengaku melakukan perbuatan tersebut atas arahan daripada seorang individu yang dikenali di Twitter.
Omori didakwa memecah masuk sebuah bangunan komersial di Akihabara sekitar jam 5 pagi (waktu tempatan) pada 12 April lalu.
“Dia terbang dari Okinawa sehari sebelum rompakan dan menyewa sebuah kereta di Ibaraki.
“Selepas itu dia menerima peralatan termasuk sarung tangan daripada seorang lelaki yang menunggu di kedai runcit di pinggir Tokyo.
“Omori menyerahkan kesemua kad Pokemon termasuk sekeping kad yang bernilai 160,000 yen (RM5,277) kepada lelaki itu selepas selesai melaksanakan tugasnya,” kata penyiasat.
Bulan lalu, kira-kira 600 kad Pokemon termasuk sekeping kad bernilai 600,000 yen (RM19,790) telah dicuri dari sebuah kedai di bandar Kumamoto hanya beberapa minggu ia beroperasi.
Kejadian serupa dilaporkan di bandar Yamanashi apabila seorang pemuda berusia 25 tahun dicekup polis kerana mencuri kad Pokemon dianggarkan bernilai 2.2 juta yen (RM72,564). - SInar Harian memetik agensi
Sinar Harian
Thu Jun 15 2023

Rompakan siang hari di sebuah kedai jam mewah di Ginza, Tokyo dikaitkan dengan trend yami baito. - Foto agensi
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Trend yami baito di Jepun membimbangkan
Tawaran yami baito biasanya dibuat dalam talian oleh sindiket jenayah yang bijak menyembunyikan jejak mereka.