NEW YORK: Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau mengemukakan permohonan maaf bagi pihak Parlimen Kanada selepas Ahli Parlimen diminta memberi penghormatan kepada seorang lelaki yang merupakan anggota Waffen SS Nazi, lapor Agensi Berita Jeman (dpa).
Speaker Parlimen Kanada Anthony Rota meletak jawatan pada Selasa selepas meminta Ahli Parlimen memberikan penghormatan kepada Yaroslav Hunka, sempena lawatan Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky ke Ottawa pada Jumaat.
Hunka, 98, diberi tepukan gemuruh dan dianggap sebagai "wira Ukraine."
Tetapi Rota kemudian mendapati Hunka sebenarnya telah berkhidmat di bawah Nazi menentang Soviet.
"Ini adalah kesilapan yang amat memalukan Parlimen dan Kanada. Kami semua yang berada di Dewan ini pada Jumaat amat menyesal kerana berdiri dan bertepuk tangan walaupun kami tidak mengetahui perkara sebenar.
"Satu kesilapan sedangkan berjuta-juta orang yang maut ketika Holocaust. Amat menyakitkan kepada mangsa yang menjadi sasaran rejim Nazi dalam Perang Dunia II," kata Trudeau pada Rabu.
Beliau berkata Kanada amat menyesal dengan situasi yang turut mengaitkan Presiden Zelensky dan delegasi Ukraine.
"Amat membimbangkan kerana kesilapan besar ini telah dipolitikkan oleh Rusia dan penyokongnya, untuk memberikan propaganda palsu tentang apa yang diperjuangkan oleh Ukraine," kata Trudeau.
Rusia menyerang Ukraine pada Februari tahun lalu dan Moscow telah berulang kali merujuk kepimpinan Kyiv sebagai neo-Nazi, satu tuduhan yang dikecam masyarakat antarabangsa.
Semasa Perang Dunia II, nasionalis Ukraine Stepan Bandera bekerjasama dengan Nazi menentang Kesatuan Soviet dan menubuhkan Tentera Kebangsaan Ukraine.
Dia dibunuh oleh ejen KGB di Munich pada tahun 1959.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 28 2023
Trudeau memohon maaf berhubung kejadian yang dikaitkan dengan lawatan Presiden Ukraine pada sidang media di Ottawa, Ontario, 27 Sept 2023. (Foto AP)
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
PM Thailand jadi sasaran 'scammer' guna AI
Paetongtarn mendedahkan bahawa beliau hampir terpedaya dengan penipuan itu, apabila seorang penyamar menggunakan suara pemimpin berkenaan dan mendakwa beliau gagal membuat sumbangan tertentu.
PM Kanada, Justin Trudeau letak jawatan sebagai Ketua Parti Liberal
Trudeau bagaimanapun berkata, beliau akan kekal sebagai Perdana Menteri sehingga pemimpin baharu dipilih.
Perdana Menteri Kanada rombak Kabinet
Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau pada Jumaat mengumumkan rombakan Kabinetnya, lapor Xinhua.
Justin Trudeau dijangka hilang kuasa
Jagmeet Singh dijangka akan mengemukakan usul tidak percaya secara rasmi selepas Dewan Rakyat kembali bersidang pada 27 Januari.
Menteri Kewangan Kanada letak jawatan selepas ‘bertelagah’ dengan PM Trudeau mengenai tarif Trump, perbelanjaan
Freeland kritik desakan Trudeau untuk meningkatkan perbelanjaan sebagai taktik politik untuk tangani tarif import 25 peratus yang bakal dikenakan oleh Amerika.
Trump cadang Kanada jadi negeri ke-51 AS di bawah pentadbiran Trudeau - Laporan
Trump secara berseloroh mencadangkan bahawa Kanada akan lebih baik menjadi negeri ke-51 Amerika Syarikat (AS) sekiranya ekonominya tidak dapat bertahan dengan potensi tarif AS ke atas barangan Kanada.
Ancaman tarif Trump perlu dipandang serius - PM Kanada Trudeau
Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau berkata ancaman tarif oleh Presiden AS yang bakal dilantik, Donald Trump, perlu dipandang serius.
Trudeau tubuhkan semula jawatankuasa hubungan Kanada-AS susulan kemenangan Trump
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Chrystia Freeland akan mempengerusikan jawatankuasa berkenaan.
Kanada, India saling usir diplomat atas tuduhan membunuh
India telah memanggil pulang diplomat utamanya dari Kanada selepas dituduh terlibat dalam kes pembunuhan seorang pembangkang Sikh.
Kerjasama ekonomi Malaysia-Kanada semakin kukuh, perdagangan meningkat 41 peratus
Kerjasama ekonomi Malaysia-Kanada semakin kukuh dengan perdagangan dua hala mencecah RM8.05 bilion setakat Ogos lepas.
Malaysia minta agar Kanada berikan kemudahan pengecualian visa
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia telah meminta agar Kanada dapat memberikan kemudahan pengecualian visa secara timbal balik.