Beliau bagaimanapun tidak memberi butiran lanjut bilangan ejen yang akan dipecat dan bila pemecatan akan dibuat.
"Saya akan memecat sebahagian daripada mereka kerana ada yang korup. Saya tidak ragu tentang itu. Saya banyak belajar tentang perkara itu, tentang dunia itu. Saya benar-benar memahami dunia itu.
"Kami mempunyai beberapa ejen yang korup dan mereka sudah tiada atau akan disingkirkan. Ia akan dilakukan dengan cepat dan secara tepat," katanya.
Pentadbiran Trump sebelum ini bersetuju untuk tidak mendedahkan nama ejen FBI yang terlibat dalam penyiasatan serangan 6 Januari 2021.
Ini susulan perjanjian sementara yang dimeterai dengan ejen yang menyaman atas kebimbangan privasi dan keselamatan.
Perjanjian yang diluluskan oleh hakim persekutuan itu menghalang pentadbiran daripada mendedahkan nama ejen sehingga sekurang-kurangnya akhir Mac sementara dua kumpulan ejen FBI meneruskan tuntutan mahkamah mereka.
Menurut perjanjian tersebut, jika pentadbiran memutuskan untuk mendedahkan nama ejen pada masa akan datang, ia perlu memberikan notis selama dua hari kepada plaintif.