"Bagi memperbaik pentadbiran cabang eksekutif dan meningkatkan kebertanggungjawapan pegawai kawal selia kepada rakyat Amerika, adalah menjadi dasar cabang eksekutif untuk memastikan pengawasan dan kawalan presiden ke atas keseluruhan cabang eksekutif," menurut perintah yang dikeluarkan Rumah Putih pada Selasa.
Perintah itu menetapkan bahawa semua jabatan dan agensi eksekutif, termasuk agensi kawal selia bebas, wajib mengemukakan semua keputusan muktamad dan tindakan kawal selia yang dicadangkan kepada Pejabat Maklumat dan Hal Ehwal Kawal Selia (OIRA) dalam pejabat eksekutif presiden, di mana dokumen berkenaan akan disemak sebelum disiarkan dalam "Federal Register".
-- BERNAMA
