PILIHAN RAYA Presiden Amerika Syarikat kali ini mencatat kelainan dari segi pelaksanaannya berbanding sebelum ini disebabkan pandemik COVID-19.
Namun sistem yang dilaksanakan tetap sama, cuma agak berbeza dengan yang dipraktikkan di Malaysia.
Pengundi di Amerika Syarikat bakal menentukan siapa di antara Donald Trump atau pencabarnya dari Demokrat, Joe Biden akan dipilih sebagai Presiden Amerika Syarikat untuk tempoh empat tahun lagi.
Namun, jumlah undi paling banyak atau undi popular tidak menentukan seseorang calon memenangi jawatan presiden.
Sebaliknya, calon jawatan itu akan ditentukan oleh seberapa banyak undi elektoral yang akan dimenanginya.
Ini dibuktikan pada tahun 2016 apabila Donald Trump memenangi jawatan Presiden kerana mempunyai angka majoriti undi elektoral walaupun Hillary Clinton memenangi undi popular hampir tiga juta.
Sebanyak 538 diperuntukkan untuk undi elektoral di negara itu yang mana mewakili individu yang akan dipilih untuk menjadi anggota elektoral college atau lembaga pemilih.
Kebiasaannya, mereka diberi kepercayaan untuk mengundi calon Presiden Amerika Syarikat yang memengani undi paling banyak di sesebuah negeri.
Apabila pengundi membuang undi untuk pemilihan presiden November ini, mereka sebenarnya akan memilih satu pemilih elektoral dari negeri mereka.
Pemilih elektoral ini kemudian akan memberikan undi untuk calon presiden yang paling banyak memenangi undi di negeri tersebut.
Inilah yang dinamakan undi elektoral.
Bilangan penduduk di sesebuah negeri di Amerika Syarikat akan menentukan berapa bilangan undi elektoral yang diperlukan dalam lembaga pemilihan itu.
Negeri California yang mempunyai bilangan penduduk yang paling ramai di negara itu akan mempunyai bilangan pengundi elektoral seramai 55 orang manakala Texas pula ialah 38 orang dan New York serta Florida masing-masing 29 orang.
Negeri yang kurang penduduk iaitu Alaska, Delaware, Vermont dan Wyoming pula masing-masing mempunyai jumlah minimum tiga pengundi elektoral dalam lembaga pemilihan itu.
Seseorang calon perlu beroleh majoriti daripada 270 undi elektoral untuk memenangi jawatan presiden Amerika Syarikat.
Pada kebiasaannya, keputusan undi elektoral itu boleh diketahui secara tidak rasmi selepas undi popular sesebuah negeri diketahui.
Pada Pilihan Raya Presiden AS 2016, bekas setiausaha negara Hillary Clinton yang mewakili parti Demokrat memenangi undi popular menewaskan Trump.
Bagaimanapun, Trump memenangi undi elektoral iaitu sebanyak 304 undi berbanding Clinton yang memperoleh sebanyak 227 undi elektoral.
Ia adalah disebabkan Trump memenangi undi terbanyak di kubu kuat parti Demokrat iaitu Pennsylvania, Michigan dan Wisconsin sekali gus beliau memperoleh undi elektoral di ketiga-tiga negeri berkenaan.
Astro Awani
Tue Nov 03 2020

Jumlah undi paling banyak atau undi popular tidak menentukan seseorang calon memenangi jawatan Presiden. -Gambar fail

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

AS jangka Ukraine akan tandatangan perjanjian mineral
Presiden Donald Trump menyatakan bahawa Kyiv tidak mempunyai kelebihan dalam rundingan.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Trump kenakan tarif ke atas kereta, cip dan farmaseutikal 'dalam sebulan atau lebih awal'
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata pada Rabu, beliau akan mengumumkan pelbagai tarif "dalam tempoh sebulan atau lebih awal".

Ringgit melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh hampir 2 minggu
Ringgit ditutup tinggi pada Khamis mendapat rangsangan daripada kemungkinan perjanjian perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China.

AS rancang pengurangan 10 peratus diplomat di China - Laporan
Amerika Syarikat (AS) merancang untuk mengurangkan saiz misi diplomatiknya di China sebanyak 10 peratus.

Trump: “Kami berharap gencatan senjata dapat dilaksanakan segera” di Ukraine
Presiden Amerika Syarikat turut menekankan keperluan dialog antara kedua-dua pihak bagi menamatkan perang yang berlarutan.
![[KOLUMNIS] Dasar ekonomi dan perniagaan Trump berpotensi merugikan rakyat Amerika [KOLUMNIS] Dasar ekonomi dan perniagaan Trump berpotensi merugikan rakyat Amerika](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738841420_DonaldTrump.jpg)
[KOLUMNIS] Dasar ekonomi dan perniagaan Trump berpotensi merugikan rakyat Amerika
Masalah kos sara hidup rakyat Amerika pasti meningkat dan ia mungkin diperburuk lagi oleh tarif tinggi yang dikenakan ke atas produk import.