TikTok, yang dimiliki oleh syarikat China ByteDance, berhenti beroperasi untuk 170 juta pengguna di Amerika Syarikat pada Ahad selepas undang-undang yang mengharamkan aplikasi itu berkuat kuasa.
Pengharaman itu berpunca daripada kebimbangan mengenai kemungkinan data rakyat Amerika disalahgunakan oleh pegawai China.
"Saya mahu Amerika Syarikat memiliki 50 peratus kepentingan dalam usaha sama ini," kata Trump menerusi media sosial.
-- REUTERS