MIAMI: Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengaku tidak bersalah di Mahkamah Miami atas 37 pertuduhan menyimpan dokumen sulit kerajaan.
Trump didakwa menyimpan maklumat sulit dan penting kerajaan serta enggan mengembalikannya kepada pihak berkuasa.
Tuduhan ini menjadikan Trump sebagai bekas Presiden AS pertama dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan jenayah.
Perbicaraan tertumpu kepada tindakan Trump yang gagal menguruskan rahsia kerajaan yang diamanahkan kepadanya dengan menyimpan rekod penting melibatkan rahsia ketenteraan AS.
Trump turut menyifatkan bahawa tuduhan itu bermotifkan politik bagi menjejaskan reputasi beliau.
Dalam pada itu, dua peguam utamanya mengumumkan peletakan jawatan mereka selepas pendakwaan berlangsung.
Jika sabit kesalahan, Trump bakal menghadapi 10 tahun penjara bagi setiap pertuduhan serta 20 tahun penjara kerana menyembunyikan bukti dan menghalang keadilan oleh mahkamah dan pihak berkuasa.
Ini bukan kali pertama Trump didakwa.
April lalu, calon Presiden Pilihan Raya 2024 itu turut didakwa di Mahkamah New York dengan jenayah berkaitan memalsukan rekod perniagaan untuk menyembunyikan pembayaran yang dibuat kepada seorang bintang filem porno semasa kempen Pilihan Raya 2016.
Trump juga turut dituduh di Mahkamah Georgia yang mendakwa beliau cuba untuk membatalkan kemenangan Presiden Joe Biden pada tahun 2020 di negeri tersebut.
Astro Awani
Tue Jun 13 2023

Tuduhan ini menjadikan Trump sebagai bekas Presiden AS pertama dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan jenayah. - Foto fail/AP
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

PM Anwar arah KKDW segerakan, pantau rapi projek infrastruktur asas rakyat
Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah supaya menyegerakan projek-projek infrastruktur asas yang melibatkan kepentingan rakyat.

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.

Trump ulangi amaran kenakan lebih banyak tarif
Ancaman ini menandakan peningkatan lagi dalam perang perdagangan yang telah menggoncang pasaran kewangan.

‘Tiada sesiapa usir rakyat Palestin’ dari Gaza - Presiden Trump buat ‘u-turn’
Kenyataan tersebut bercanggah dengan rancangan Trump sebelum ini yang mencadangkan AS mengambil alih Gaza, mengusir penduduk Palestin dan mengubahnya menjadi "Riviera" di Asia Barat.

Ketua NATO puji Trump atas kejayaan dalam rundingan damai Ukraine
Rutte memuji Trump kerana membantu mencapai kejayaan dalam usaha diplomatik bagi menyelesaikan konflik yang berlarutan di Ukraine.

Trump umum kenaikan tarif logam Kanada kepada 50 peratus
Trump berkata beliau telah mengarahkan setiausaha perdagangan untuk menambah 25 peratus lagi tarif ke atas produk berkenaan, yang akan berkuat kuasa mulai pagi Rabu.

Pelajar anti-Israel tidak akan dihantar pulang - Mahkamah AS
Seorang hakim Mahkamah Amerika Syarikat memerintahkan pelajar Universiti Columbia berketurunan Palestin, Mahmoud Khalil tidak dihantar pulang buat masa ini.

AS potong 83 peratus projek bantuan antarabangsa di bawah USAID
Daripada kira-kira 6,200 projek yang dibiayai USAID, hanya sekitar 1,000 akan diteruskan.

AS bincang dengan empat kumpulan berbeza mengenai penjualan TikTok - Trump
TikTok berdepan larangan jika perniagaannya di AS tidak dijual kepada pembeli Amerika sebelum 5 April.

Itali rancang tambah 40,000 anggota tentera menjelang 2033 - Laporan
Kerajaan Itali rancang tingkatkan jumlah tentera profesionalnya sebanyak 40,000 anggota, menjadikan jumlah keseluruhan sekitar 135,000 menjelang 2033.

Trump nafi pergeseran Rubio-Musk berhubung pengurangan pekerja persekutuan
Trump menyatakan bahawa Elon Musk dan Marco Rubio menjalankan tugas dengan cemerlang dan tiada pergeseran di antara mereka.

AS hanya mahu mendominasi Iran, guna alasan 'rundingan' - Ali Khamenei
Khamenei menyatakan tawaran Wwashington untuk berunding bertujuan mendominasi Iran dan bukan menyelesaikan masalah.