WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan rancangan untuk mengadakan "pertemuan dan perbincangan" dengan Rusia dan Ukraine, lapor Sputnik/RIA Novosti.

"Kami mempunyai hujung minggu yang sangat padat. Kami berurusan dengan Israel, kami berurusan dengan Ukraine dan Rusia.

"Kami menghadiri mesyuarat dan perbincangan yang dijadualkan dengan pelbagai pihak, termasuk Ukraine dan Rusia," katanya kepada pemberita ketika dalam perjalanan ke Rumah Putih.

Menurut Trump, "perbincangan berjalan dengan baik".

-- BERNAMA