Zelenskyy berada di Washington bagi menyaksikan pemeteraian perjanjian mineral yang dicadangkan antara Ukraine dan AS, selain berharap pertemuan tersebut dapat meyakinkan Washington untuk tidak memihak kepada Presiden Rusia, Vladimir Putin, yang mengarahkan pencerobohan ke atas Ukraine tiga tahun lalu.
Namun, perbincangan bertukar tegang apabila kedua-dua pemimpin berbalas kata-kata pedas di hadapan media antarabangsa.
Trump sebelum ini menyatakan bahawa perjanjian itu berupaya menjadi cara bagi AS untuk mendapatkan kembali sebahagian daripada dana yang disalurkan kepada Ukraine dalam bentuk bantuan kewangan dan persenjataan bagi membantu negara itu melawan Rusia.
Bagaimanapun, pertelingkahan di Pejabat Oval menimbulkan keraguan terhadap masa depan perjanjian tersebut.
