Mahkamah Jepun hari ini memberikan pampasan kepada pemilik seekor anjing jenis Chihuahua termasuk kos pengebumiannya selepas binatang peliharaannya itu mati sakit jantung apabila dikejar seekor anjing German Shepherd.
Anjing kenit yang berusia 15 tahun itu sedang berjalan di bandar Sakai pada Februari tahun lalu ketika anjing baka German Shephard itu mengejarnya, lapor The Mainichi Shimbun Newspaper.
Ekoran kejadian itu, anjing Chihuahua tua itu berada dalam keadaan menggelabah yang mengakibatkannya mengalami serangan jantung secara tiba-tiba sebelum mati.
Mahkamah Daerah Osaka memutuskan pemilik anjing Shepherd itu gagal mengawal anjingnya dengan rapi.
Anjing dewasa German Shepherd mempunyai berat kira-kira 20 kali ganda daripada anjing Chihuahua yang biasa, kata pakar haiwan.
“Bagi seekor anjing yang kecil, dikejar anjing yang besar adalah satu ancaman. Anjing itu mengalami satu serangan jantung yang serius sebelum mati,” kata Ketua Hakim Masafumi Kawabata, lapor Nikkei Newspaper.
Mahkamah memutuskan pemilik Anjing German Shepherd gagal mengawal haiwan peliharaannya dan mengarahnya untuk membayar pampasan sebanyak US1,850 (RM6, 475) dan juga kos pengebumian anjing Chihuahua itu.
Pengebumian binatang peliharaan adalah perkara biasa di Jepun, yang merupakan wilayah pencinta anjing di mana abu bangkai binatang mereka selalunya disimpan dalam bekas abu mayat dan diletakkan ruang tamu bersama gambarnya.
Rakyat Jepun selalunya memelihara anjing yang bersaiz kecil yang sesuai dengan ruang bandar dan perumahan yang terhad.
AFP
Sat Feb 07 2015
![Tuan anjing Chihuahua yang mati sakit jantung dikejar German Shepherd dapat pampasan Tuan anjing Chihuahua yang mati sakit jantung dikejar German Shepherd dapat pampasan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-02/71423302350_295x200.jpg)
Mahkamah memutuskan pemilik anjing German Shepherd gagal mengawal haiwan peliharaannya dan mengarahnya untuk membayar pampasan sebanyak us$1,850 dan juga kos pengebumian anjing Chihuahua itu. - Gambar fail
100,000 rakyat Sabah terima bantuan tunai RM300 sebulan
Sebanyak 100,000 rakyat Sabah bakal menerima manfaat Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) menerusi bantuan tunai RM300 sebulan. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, memaklumkan bahawa bantuan ini diberikan setiap bulan sehingga 31 Disember 2025 kepada penerima yang layak. #AWANInews
![ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739950962_arifaiman.jpg)
ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo
PENYERANG sensasi Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, telah mengumpul lima gol dan dua bantuan jaringan daripada lapan perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) setakat ini.
31 negara dilawati, kos perbelanjaan RM16 juta
Sebanyak 31 negara sudah dilawat oleh Perdana Menteri dalam lawatan kerjanya antara November lalu sehingga Februari ini dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM16 juta. #AWANInews
![Kanak-kanak kritikal selepas tercekik gula-gula kenyal Kanak-kanak kritikal selepas tercekik gula-gula kenyal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739954467_TBKRITIKALGULAKENYAL.jpg)
Kanak-kanak kritikal selepas tercekik gula-gula kenyal
Seorang murid Tahun Lima dilaporkan kritikal di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata dalam kejadian pada petang Selasa.
![Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024 Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739599710_KhawKokChin.jpg)
Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024
Sebanyak 102 tan pelbagai dadah dan racun dianggar bernilai RM1.67 bilion dirampas dalam operasi dan serbuan di seluruh negara yang dijalankan sejak Mac 2024 hingga Ahad lepas.
![Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739950800_indonesia.jpg)
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
NASA naiikkan kemungkinan asteroid langgar bumi kepada 3.1 peratus
NASA meningkatkan kemungkinan asterod 2024 YR4 melanggar bumi kepada 3.1 peratus dan dijangka berlaku pada tahun 2032.
Pope Francis disahkan hidap radang paru-paru
Pope Francis disahkan mengidap radang paru-paru selepas dimasukkan ke hospital di Rom sejak Jumaat.
![Presiden Indonesia Prabowo Subianto dijangka rombak Kabinet petang ini Presiden Indonesia Prabowo Subianto dijangka rombak Kabinet petang ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734388703_Prabowo.jpg)
Presiden Indonesia Prabowo Subianto dijangka rombak Kabinet petang ini
Prabowo disebut akan menggantikan Menteri Pendidikan Tinggi, Sains dan Teknologi, Satryo Soemantri Brodjonegoro dari jawatannya.
![Kes tembak KLIA: Hafizul mengaku bersalah tujuh tuduhan termasuk miliki senjata api Kes tembak KLIA: Hafizul mengaku bersalah tujuh tuduhan termasuk miliki senjata api](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728964477_HafizulHawari.jpg)
Kes tembak KLIA: Hafizul mengaku bersalah tujuh tuduhan termasuk miliki senjata api
Seorang pengurus syarikat, Hafizul Hawari mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api pada 14 April tahun lepas.
![Serangan bersenjata di pusat pemulihan dadah, 24 orang disahkan maut Serangan bersenjata di pusat pemulihan dadah, 24 orang disahkan maut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/61593705734_mexicodrug.jpg)
Serangan bersenjata di pusat pemulihan dadah, 24 orang disahkan maut
Tujuh yang lain cedera dengan tiga daripada mereka dilaporkan dalam keadaan serius.
![Tuan anjing Chihuahua yang mati sakit jantung dikejar German Shepherd dapat pampasan Tuan anjing Chihuahua yang mati sakit jantung dikejar German Shepherd dapat pampasan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-02/71423302350_295x200.jpg)
Tuan anjing Chihuahua yang mati sakit jantung dikejar German Shepherd dapat pampasan
Mahkamah Jepun hari ini memberi pampasan kepada pemilik seekor anjing jenis Chihuahua selepas binatang peliharaannya mati sakit jantung.