Ketika kejadian gempa bumi melanda pada tahun 2011, seorang pencari tiram Atsushi Fujita sedang bekerja seperti biasa di laut.
Tidak lama selepas itu, sebuah gelombang hitam gergasi membadai bandarnya dan membunuh ribuan orang.
Tujuh tahun berlalu, Fujita dan ribuan lagi sepertinya yang tinggal di pesisiran timur laut Jepun membina semula kehidupan mereka, namun kali ini di sebelah tembok laut gergasi yang dikatakan pakar mampu melindungi mereka daripada hentaman tsunami besar.
Tembok konkrit setinggi 12.5 meter itu dibina bagi menggantikan tembok setinggi 4 meter yang telah musnah dan tenggelam dalam bencana pada 11 Mac 2011.
Gempa bumi dan tsunami, yang mencecah ukuran 30 meter tinggi di sesetengah kawasan, telah mengorbankan hampir 18,000 orang di seluruh negara itu, malah mencetuskan keresahan nuklear di loji janakuasa Fukushima.
"Rasanya seperti kami di dalam penjara, walaupun kami tidak pernah melakukan kesalahan,” ujar Fujita, 52 tahun.
Sejak bencana itu, beberapa bandar telah mengharamkan kerja-kerja pembinaan di kawasan rata yang dekat dengan laut dan telah memindahkan penduduk ke kawasan tanah yang lebih tinggi.
Bandar lain, seperti Rikuzentakata, telah meninggikan paras tanah beberapa meter sebelum membina bangunan baharu.
Paling nyata adalah pembinaan tembok laut bagi menggantikan benteng pemecah ombak yang sebelumnya ditenggelami tsunami. Tembok sepanjang 395 kilometer itu menelan belanja sehingga 1.35 trilion Yen (RM49.8 bilion).
“Tembok laut ini akan menahan tsunami dan mengekangnya daripada membanjiri kawasan daratan.
“Walaupun tsunami itu lebih besar dari tembok ini, ia bertindak melambatkan kesan bah sekali gus memberi masa tambahan untuk evakuasi penduduk,” jelas penyelidik di Institut Kajian Pelabuhan dan Lapangan Terbang di Yokosuka, Hiroyasu Kawai.
Menyesuaikan diri
Ramai penduduk pada awalnya mengalu-alukan idea pembinaan tembok tersebut namun pandangan mereka semakin kritikal hari demi hari.
Ada yang mengatakan bahawa penduduk tempatan tidak dilibatkan sewajarnya ketika fasa perancangan, manakala sesetengah lagi berpendapat pembinaan tembok itu bermakna dana untuk projek pembangunan lain, seperti perumahan, semakin kurang penting dan dipinggirkan.
Sesetengah pula bimbang tembok laut itu akan menjejaskan aktiviti pelancongan.
“Kira-kira 50 tahun lalu, kami ke sini dengan anak-anak dan seronok memandu kenderaan di sepanjang pesisiran pantai dan teluk untuk menikmati pemandangan indah.
“Kini, semuanya tidak lagi kelihatan,” keluh seorang pelancong tempatan, Reiko Iijima.
Sebahagian daripada tembok di bandar Kesennuma, di sebelah selatan, mempunyai tingkap - namun itu juga mencetus aduan.
"Ia satu parodi. Ia hanya mahu memastikan kami gembira dengan sesuatu yang kami tidak mahu sejak awal," kata Yuichiro Ito, yang kehilangan tempat tinggal dan adiknya dalam bencana 2011 itu.
Fujita berkata, sementara tsunami telah memberi kelebihan kepada perternakan tiram di kawasan itu dengan membentuk semula lantai laut dan menyisihkan mendapan yang terkumpul, tembok itu juga dilihat menghalang aliran semula jadi air dari kawasan daratan sekali gus memberi kesan kepada pengeluaran masa depan.
Namun, masih ramai beranggapan bahawa mereka sukar untuk menyesuaikan diri dengan tembok itu.
“Semua orang di sini hidup bersama laut, sejak beberapa generasi. Tembok ini memisahkan. Dan itu amat sukar bagi kami,” ujar ketua syarikat pembekal tuna, Sotaro Usui.
Agensi
Sat Mar 10 2018
Seorang nelayan menyembur air laut pada tiram yang diperoleh dari Teluk Hirota, Rikuzentakata. - Reuters
Pasangan suami isteri maut, dua anak cedera
Sepasang suami isteri maut manakala dua anak mereka seorang lelaki berusia 5 tahun dan bayi perempuan 10 bulan cedera dalam kemalangan di Gua Musang.
#AWANIRingkas 1 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 1 Februari 2025
1️⃣ Perintah gaji minimum RM1,700 hari ini
2️⃣ Banjir di Sarawak makin buruk
3️⃣ Dakwaan murid pukul guru
#awaniringkas
1️⃣ Perintah gaji minimum RM1,700 hari ini
2️⃣ Banjir di Sarawak makin buruk
3️⃣ Dakwaan murid pukul guru
#awaniringkas
Terus julang sikap saling mengasihi, menghormati dalam memacu negara - PM Anwar
Roh ihsan yang sentiasa menekankan tentang kepentingan mengasihi, menghormati dan menghargai sesama warga nusa dan bangsa perlu terus dijulang dalam memacu pembangunan negara bersama-sama.
Kota Marudu daerah paling teruk terjejas
Banjir yang melanda sabah pada ketika ini menyaksikan 9 daerah terjejas, dengan 39 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka bagi menampung hampir 5,000 penduduk.
Siasatan dalaman isu salah laku siap minggu depan - Dr Zaliha
Dr Zaliha berkata siasatan dalaman berhubung kes berkenaan sedang dijalankan dan beliau dijangka mendapat laporan penuh mengenainya pada minggu hadapan.
Masyarakat diseru berganding bahu pastikan kemajuan negara berterusan - Fahmi Fadzil
Fahmi menyeru masyarakat khususnya warga Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan untuk terus berganding bahu memastikan kemajuan yang diraih negara ketika ini dapat diteruskan.
Hamas keluarkan senarai nama rakyat Palestin yang akan dibebaskan pada Sabtu
Kumpulan Palestin Hamas mengeluarkan senarai nama 183 tahanan Palestin di penjara Israel yang dijadualkan dibebaskan pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Sidang Parlimen ke-15 bermula Isnin ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Industri seks bukan produk pelancongan direstui kerajaan Thailand - Narong Sangprasita
Aktiviti seks yang kelihatan di depan mata di beberapa wilayah Thailand bertentangan dengan undang-undang negara itu.
Titah Diraja tumpuan Sidang Parlimen bermula Isnin
Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 akan bermula Isnin ini, dengan Titah Diraja oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada istiadat pembukaan menjadi tumpuan utama.
Seri Paduka Baginda dijadual merasmikan kedua-dua dewan, iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara, menerusi ucapan diraja.
Seri Paduka Baginda dijadual merasmikan kedua-dua dewan, iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara, menerusi ucapan diraja.
Sistem amaran awal, ramalan dan hebahan kurangkan kerosakan bencana sehingga 30 peratus - Pakar
Sistem amaran awal, sistem ramalan bencana dan sistem hebahan yang baik boleh mengurangkan kerosakan akibat bencana sehingga 30 peratus.
Taufan Fengal ragut 19 nyawa di India, Sri Lanka
Puducherry di India dilanda hujan selama 24 jam yang merekodkan paling lebat dalam tempoh 30 tahun.
281 lokasi terjejas bencana di seluruh negara, paling banyak di Terengganu
Sebanyak 281 lokasi di seluruh negara terkesan pelbagai kejadian bencana susulan hujan yang melanda negara dengan paling banyak direkodkan di Terengganu iaitu 131 lokasi.
Mangsa banjir di lima negeri meningkat, tiga lagi menurun
Di Kelantan, jumlah mangsa banjir di 285 PPS mencecah 93,158 orang daripada 28,830 keluarga setakat ini berbanding 91,279 orang petang tadi.
Sistem amaran awal penting ketika dunia sambut Hari Kesedaran Tsunami
Ini amat penting kerana bencana terkini seperti banjir yang dahsyat di Sepanyol menunjukkan impak yang semakin besar akibat cuaca ekstrem.
Semua agensi pengurusan bencana disalur maklumat lengkap - METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) sentiasa menyalurkan maklumat lengkap mengenai cuaca dalam negara untuk dijadikan panduan tindak balas bencana kepada semua agensi pengurusan bencana.
Jumlah mangsa banjir di Perak dan Kedah meningkat
Di Perak, jumlah mangsa yang berlindung di 11 PPS meningkat kepada 1,191 orang malam ini berbanding 1,170 petang tadi.
Proses pengumpulan data berkesan, menyeluruh bantu operasi pasca bencana – MERCY Malaysia
Proses pengumpulan data secara lebih berkesan dan menyeluruh adalah penting dalam operasi pasca bencana untuk mengetahui keperluan unik bagi kawasan terjejas.
PBB beri ancaman 'bencana yang semakin hampir' di Asia Barat
"Tiada penyelesaian ketenteraan yang akan membuat mana-mana pihak lebih selamat."
Singapura sumbang AS$100,000 untuk usaha bantuan banjir Bangladesh
Sumbangan itu akan menyokong usaha bantuan kemanusiaan dan memenuhi keperluan segera masyarakat terjejas akibat bencana alam berkenaan.