BUDAPEST: Seorang tukang masak dari Hungary berjaya mencipta rekod dunia baharu apabila bermain permainan dalam talian hampir 60 jam.
Barnabas Vujity-Zsolnay, memegang rekod permainan video terpanjang dalam genre Massively Multiplayer Online Role-Playing Game (MMOPRG) atau bermain secara beramai-ramai untuk tempoh 59 jam 20 minit dalam game World of Warcraft.
Tempoh permainan bersamaan dua hari setengah itu telah dilakukan secara langsung bagi mengutip dana untuk disalurkan kepada sebuah badan amal di Hungary.
Pencapaian itu telah menambah satu lagi rekod terbaik Barnabas dalam Guinness World Record (GWR) dalam kategori MMORPG dan World of Warcraf untuk tempoh terpanjang di dunia.
Semasa melakukan cabaran itu, Barnabas diberi masa lima minit untuk berehat selepas setiap jam bermain permainan itu.
Pada waktu itu dia boleh makan, tidur sekejap atau menggunakan bilik mandi.
Menurut GWR, World of Warcraft sama seperti MMORPG lain iaitu membenarkan pemain mencipta satu watak dan meneroka dunia maya di mana mereka boleh bertarung dengan raksasa serta melengkapkan pencarian dengan pemain lain.
Dalam permainan itu, Barnabas menyelesaikan permainannya dengan membersihkan penjara bawah tanah serta bertarung dengan pemain lain di arena yang ditetapkan.
Bagaimanapun selepas 30 jam, Barnabas berkata, dia mula bosan kerana tidak tahu apa perlu dilakukan dan kemudian tempoh 45 jam dia mula 'berhalusinasi'.
"Saya perasan halusinasi ringan mula menjelma.
"Ia sangat lucu tetapi lama-lama kelamaan ia menjadi sukar untuk menumpukan perhatian semasa penstriman langsung," katanya sambil menambah bahawa dia minum 15 liter air sepanjang tempoh itu. - Sinar Harian memetik agensi
Sinar Harian
Sat Feb 10 2024

Barnabas Vujity-Zsolnay, memegang rekod permainan video terpanjang dalam genre Massively Multiplayer Online Role-Playing Game - Foto agensi

Lebih 300,000 pekebun kecil getah dijangka terima BMT tahun ini
Sebanyak 331,146 pekebun kecil getah yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dijangka menerima manfaat Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) tahun ini.
Pencarian MH370 di Lautan Hindi bermula di zon pencarian baharu
Pencarian MH370 dimulakan di Lautan Hindi dengan menggunakan kapal sokongan laut milik Ocean Infinity yang berpangkalan di Amerika Syarikat dan United Kingdom.
Kementerian Arab Saudi galakkan jemaah umrah dapatkan vaksin meningitis
Kementerian Kesihatan Arab Saudi menggalakkan jemaah umrah yang akan berkunjung pada bulan Ramadan untuk mendapatkan vaksin meningitis.

ASEAN tegaskan pendirian, konflik Ukraine-Rusia perlu diselesaikan secara aman
Malaysia selaku Pengerusi ASEAN tahun ini menegaskan semula pendirian blok serantau itu bahawa konflik Ukraine dan Rusia mesti diselesaikan secara aman.
PERKESO perkasa Rawatan Bencana Kerja, mudahkan akses pencarum
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) memperkasa Program Rawatan Bencana Kerja (RBK) bagi memudahkan urusan serta meringankan beban pencarum yang mengalami kemalangan di tempat kerja.

ERA Sarawak turun padang, jayakan Misi Pasca Banjir OOHA di Kampung Bulau, Bekenu
Pasukan Radio ERA Sarawak dengan kerjasama Yayasan Ikhlas telah menjayakan Misi Pasca Banjir OOHA di Kampung Bulau di Bekenu.
Banjir: Kelantan kembali dilanda bah, Tanah Merah jajahan terjejas
Banjir kembali melanda Kelantan dengan jajahan Tanah Merah menyaksikan 46 mangsa daripada 14 keluarga terpaksa berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS).
Tidak timbul isu pemilik asal akan diusir secara paksa - PM
Tidak timbul sama sekali pemilik asal hartanah tanpa mengira kaum akan diusir daripada pemilikan tanah atau premis secara paksaan.
4,000 kenderaan guna Jalan Tun Razak setiap jam
Purata sebanyak 4,000 kenderaan melalui Jalan Tun Razak di hadapan Hospital Kuala Lumpur (HKL) setiap jam, menurut laporan yang dibentangkan di Dewan Rakyat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa, menjelaskan bahawa beberapa langkah telah diambil untuk memperbaiki aliran trafik di jalan tersebut, yang merupakan sebahagian daripada Middle Ring Road 1 (MRR1).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa, menjelaskan bahawa beberapa langkah telah diambil untuk memperbaiki aliran trafik di jalan tersebut, yang merupakan sebahagian daripada Middle Ring Road 1 (MRR1).

15 rakyat Malaysia dipaksa jadi 'scammer' pelaburan, penipuan cinta di Myanmar - KPN
Siasatan polis mendapati 15 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa penipuan tawaran kerja di Myanmar.

Tukang masak pecah rekod dunia, main 'game' 60 jam
Tempoh permainan bersamaan dua hari setengah itu telah dilakukan secara langsung.

Lindungi minda kanak-kanak daripada ketagihan aktiviti, permainan dalam talian
Apabila penggunaan media sosial dalam kalangan remaja semakin meningkat, kesannya terhadap kesihatan mental semakin membimbangkan.

India kenakan cukai ke atas permainan dalam talian
Majlis GST mengecualikan cukai untuk ubat kanser dan perkhidmatan pelancaran satelit yang disediakan oleh organisasi swasta.

Polis ambil keterangan ahli keluarga remaja hilang dari inap desa
Polis selesai mengambil keterangan empat ahli keluarga seorang remaja perempuan yang hilang sejak Ahad selepas keluar dari homestay di Taman Salak Maju di sini.

Pokemon Go boleh mendatangkan ancaman sekiranya pengguna obses
Permainan Pokemon Go dikatakan mungkin mendatangkan kemudaratan serta ancaman jika ia tidak diawasi dan pengguna menjadi obses.