RIO DE JANEIRO: Sepasukan doktor berjaya mengeluarkan 'tumor gergasi' seberat 45 kilogram ketika pembedahan kecemasan di sebuah hospital di Brazil pada Rabu lalu.
Pakar bedah, Dr Glaucio Boechat memberitahu pesakit wanita berusia 45 tahun itu telah 'menyimpan' ketumbuhan itu pada bahagian perutnya selama lima tahun.
"Prosedur mencabar itu mengambil masa kira-kira dua jam. Ia adalah tumor terbesar yang pernah saya keluarkan dan pastinya saiz paling besar dalam dunia perubatan," lapor rangkaian berita UOL memetik kenyataan Boechat.
Pesakit itu dimasukkan ke São José do Avai Hospital selepas mengalami kesukaran untuk bernafas.
"Boechat bersama pasukan perubatannya kemudiannya berbincang setelah melihat imej sinar X yang diperoleh tentang punca masalah dihadapi wanita itu. Seramai 14 doktor terlibat dalam prosedur tersebut," jelas laporan itu lagi.
Difahamkan, kos pembedahan itu dibiayai oleh kemudahan perubatan dan sistem dana kesihatan awam Brazil.
Hasil pemeriksaan mereka mendapati tumor tersebut mungkin telah berkembang dalam uterus wanita berkenaan dan keputusan biopsi tumor tersebut dijangka diperoleh dalam tempoh kira-kira tiga minggu lagi.
"Pesakit itu kini berada dalam keadaan stabil dan boleh bernafas tanpa menggunakan alat bantuan serta berupaya untuk bercakap dan makan seperti biasa," jelas pakar bedah itu yang berpengalaman lebih 20 tahun. - Sinar Harian memetik laporan agensi
Sinar Harian
Sat Sep 03 2022

Hasil pemeriksaan mendapati tumor tersebut mungkin telah berkembang dalam uterus wanita berkenaan. - Foto agensi
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.

'Tumor gergasi' seberat 45kg berjaya dikeluarkan
Pesakit wanita berusia 45 tahun itu telah 'menyimpan' ketumbuhan itu pada bahagian perutnya selama lima tahun.

Lemon gergasi 2.6 kilogram
Pokok yang mengeluarkan buah lemon pada bulan Jun lalu itu ditanam di kawasan belakang rumah pekebun itu.

Jalur Gemilang gergasi hiasi PPR Padang Hiliran
Penduduk bergontong-royong menyiapkan bendera gergasi sepanjang 50 meter dan direntangkan di bangunan setinggi 17 tingkat itu.

COVID-19 tidak halang pembuat wau Kelantan terima tempahan
Meskipun negara masih dilanda pandemik COVID-19 namun ia tidak menghalang sekumpulan anak muda dari Kampung Sireh, untuk meneruskan minat dalam seni pembuatan wau.

Tempah iPhone dalam talian, terima meja
Seorang lelaki dari Thailand terkejut menerima telefon pintar iPhone bersaiz gergasi setelah membelinya di platform e-dagang.

Kerapu kertang 100kg tewas lepas bertarung 45 minit
Ikan tersebut ditangkap kira-kira 45 batu nautika dari perairan Dungun pada Khamis.

Duopoli Facebook-Google: Gergasi besar dunia pengiklanan digital
CEO Mindshare, Cindy Chia dan CEO Carat Malaysia, Lorraine Capel senada mengenai peranan Facebook dan Google dalam penjanaan wang digital sebagai gergasi besar dunia pengiklanan digital.