Sekurang-kurangnya 40 lumba-lumba ditemukan mati di Mauritius pada Jumaat, termasuk yang terdampar di bahagian pantai pulau itu dipercayai akibat insiden tumpahan minyak dari kapal kargo milik Jepun.
Reuters melaporkan, para aktivis alam sekitar menuntut satu penyelidikan dijalankan segera bagi mengenal pasti punca kematian yang mungkin disebabkan tragedi di perairan destinasi pelancongan hijau itu pada bulan lalu.
Seorang nelayan, Yasfeer Heenaye yang terlibat dalam misi menyelamat hidupan itu menjangkakan jumlah tersebut berkemungkinan akan meningkat.
"Saya lihat kira-kira 25 hingga 30 ekor lumba-lumba mati, terapung pada pagi Jumaat.
"Ada juga seekor ibu lumba-lumba dan anaknya. Anaknya kelihatan terlalu letih dan tidak dapat berenang, namun ibunya setia menemani dan terus melindunginya," katanya.
Heenaye memberitahu, ibu lumba-lumba itu berenang dalam pusingan berdekatan botnya. Dalam keadaan mengiring, sebelah siripnya keluar dari permukaan air sementara ekornya dilibas-libas beberapa kali.
"Ia melibas ekornya dengan kuat kira-kira lima minit. Ia kemudian berhenti bergerak dan mula tenggelam. Terdengar seperti bunyi 'tangisan merintih'. Saya sangkakan suara wanita di dalam bot, namun mereka berkata, itu bunyi ibu lumba-lumba itu," ujar seorang pengendali dron, Reuben Pillay, yang mendokumenkan situasi pencemaran di perairan itu.
Ibu lumba-lumba itu kemudian tenggelam dengan kepalanya yang kali terakhir dilihat. Bangkai anak lumba-lumba itu pula terapung di permukaan air.
"Sungguh sedih melihatnya. Kami tidak tahu apa yang harus dilakukan," katanya.
Media sebelum ini melaporkan, kesan daripada tumpahan minyak dari sebuah kapal Jepun itu menjadi punca kehidupan laut tersebut terjejas dan seterusnya mati.
Terdahulu, Perdana Menteri Mauritius mengisytiharkan darurat alam sekitar susulan kemalangan tersebut.
Astro Awani
Sat Aug 29 2020
Puluhan lumba-lumba ditemui mati terdampar di pantai Mauritius, dipercayai ada kaitan dengan insiden tumpahan minyak dari sebuah kapal di perairan itu. - Reuters
JDT ke final Piala Malaysia, singkir Terengganu FC dengan agregat 6-1
Skuad bimbingan Hector Bidoglio membawa bekalan selesa 4-0 daripada aksi separuh akhir pertama pada 17 Jan lepas.
10 Berita Pilihan - (1 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas 1 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 1 Februari 2025
1️⃣ Amaran ribut petir, hujan lebat
2️⃣ NADMA diminta terus pantau kesiapsiagaan
3️⃣ Tiga warga Israel, 183 Palestin dibebaskan
#awaniringkas
1️⃣ Amaran ribut petir, hujan lebat
2️⃣ NADMA diminta terus pantau kesiapsiagaan
3️⃣ Tiga warga Israel, 183 Palestin dibebaskan
#awaniringkas
AWANI Ringkas: pembelian 30 pesawat pejuang dari Kuwait dimuktamad tahun ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Amaran ribut petir, hujan lebat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Remaja ditemukan lemas di Lata Tebing Tinggi
Setibanya anggota pasukan daripada BBP Selama di lokasi kejadian, didapati mangsa telah dijumpai orang awam.
Polis giat buru tiga suspek kes langgar lari di Jalan Klang Lama
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian itu diminta supaya tampil menghubungi pihak polis.
Venezuela dijangka benarkan AS hantar pulang rakyatnya yang merupakan pendatang tanpa izin
Pada Jumaat, Presiden Venezuela Nicolas Maduro bertemu dengan utusan khas Presiden AS Donald Trump, Richard Grenell di Caracas.
Wakil Malaysia menang dua anugerah pada pertandingan Mrs World 2024
Dr Shalini Devi merangkul gelaran Best Costume Award dan Mrs World Ambassador Award pada pertandingan itu.
2,800 anggota TDM siap siaga bantu mangsa banjir di Sarawak dan Sabah
Ketika ini, formasi 1 Divisyen di Sarawak dan 5 Divisyen di Sabah telah digerakkan untuk memberi bantuan kepada mangsa banjir.
Tumpahan minyak: Sekurang-kurangnya 40 lumba-lumba mati di Mauritius
Seorang nelayan, Yasfeer Heenaye yang terlibat dalam misi menyelamat hidupan itu menjangkakan jumlah tersebut berkemungkinan akan meningkat.
Ikan lumba-lumba sesat di Lahad Datu
Haiwan yang berukuran lebih kurang 10 kaki panjang itu ditemui orang awam kira kira jam 8 pagi hari ini.
Selfie punca anak ikan lumba-lumba maut, netizen kecam pelancong
Viral di media sosial ialah tindakan beberapa pelancong membunuh seekor anak ikan lumba-lumba secara tidak senjaga ketika berselfie bersamanya.