Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata biarlah rakyat Syria menentukan jatuh bangunnya negara mereka dan negara luar tidak perlu campurtangan dalam hal dalaman negara Timur Tengah itu.
"Biarlah rakyat Syria yang tentukan nak sokong kerajaan atau jatuhkan kerajaan mereka...orang luar jangan masuk campur.
"Kerajaan Malaysia bersikap berkecuali sebab kita tidak tahu apa sebenarnya kehendak masyarakat Syria...sebab di Syria ada yang sokong pemerintah dan ada yang sokong pemberontak," katanya kepada pemberita pada Khamis.
Terdahulu beliau dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali meluangkan masa kira-kira sejam melawat Red Carpet@i-City di i-City di seksyen 7 di sini.
Mengulas lanjut berhubung tindakan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang seolah-olah berdiam diri terhadap isu Syria itu, Dr Mahathir berpendapat negara anggota OIC mempunyai pendirian yang berbeza-beza mengenai isu tersebut.
"Ada ahli-ahli OIC yang mempunyai pendapat yang berbeza, contoh seperti (negara) Arab Saudi dan Qatar yang menyokong pemberontak, manakala yang lainnya ada yang menyokong kerajaan (Syria) dan atas sebab inilah OIC tidak boleh nak berfungsi sebaiknya," katanya.
Sebelum ini, akhbar melaporkan lebih 1,300 orang terbunuh apabila tentera Syria didakwa melancarkan serangan menggunakan senjata kimia di daerah Ghouta berdekatan Damsyik Rabu lepas, yang turut mencederakan ramai lagi penduduk.
Sementara itu, Dr Mahathir menegaskan beliau membantah Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) kerana ia boleh menyebabkan negara sekali lagi terjerumus dalam krisis ekonomi Asia seperti pada 1997 dan 1998.
Menurutnya, jika kerajaan menandatangani TPPA, satu perkara yang membimbangkannya ialah negara akan hilang kawalan mata wang yang secara tidak langsung membuka ruang terhadap perdagangan mata wang.
"Bila berlaku perdagangan mata wang, ia akan menekan mata wang kita dan kita akan jadi miskin. Salah satu sebab saya membantah TPPA ini ialah ia akan menyebabkan krisis mata wang sekali lagi. Sebab itu, saya harap kerajaan tidak setuju dengan TPPA.
"Saya dengar kerajaan sedang mencuba untuk mengurangkan defisit dan kerajaan perlu kaji kenapa ini berlaku. Saya berharap kerajaan tidak membelanjakan terlampau banyak duit yang kita tidak ada, sehingga menyebabkan kita perlu meminjam wang seperti yang berlaku di Greece. Di Greece, mereka terus membelanjakan wang dan pada masa sama terus meminjam wang," katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kemungkinan negara di rantau Asia sekali lagi akan berdepan krisis ekonomi pada 1997 dan 1998.
Dalam perkembangan lain, ketika ditanya berhubung filem 'Tanda Putera' arahan Datin Paduka Suhaimi Baba yang menemui penonton di seluruh negara hari ini, kecuali filem itu tidak digalakkan ditayang di Pulau Pinang, beliau berkata adalah tidak adil sekiranya filem itu tidak digalakkan ditayangkan di negeri tersebut.
"Masyarakat mampu menilai baik atau buruk filem itu, jadi biarkan masyarakat menilainya sendiri," katanya.
Semalam, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam sidang akhbar berkata kerajaan negeri pimpinan DAP meminta pengusaha pawagam di negeri itu tidak menayangkan filem Tanda Putera dengan mendakwa ia mengandungi unsur-unsur sensitif dan fitnah yang tidak sesuai untuk tontonan umum.
Filem arahan Shuhaimi itu yang diterajui dua bintang utama iaitu Rusdi Ramli sebagai Tun Abdul Razak Hussein dan Zizan Nin sebagai Tun Dr Ismail Abdul Rahman ditayang serentak di 60 pawagam di seluruh negara mulai hari ini.
Bernama
Thu Aug 29 2013
PM Australia rombak kabinet menjelang PRU
Albanese menyifatkan perubahan dalam kabinet ini sebagai langkah untuk memastikan kerajaan terus "kuat, bersatu dan stabil" selepas peletakan jawatan Bill Shorten sebagai Menteri Skim Insurans Hilang Upaya Nasional (NDIS) dan Perkhidmatan Kerajaan.
10 Berita Pilihan - (16 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Jumaat – 17 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jimat minyak sambil bantu rakyat Palestin di Gaza
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Iltizam Relief Society, Mohd Shah Sapiei, produk FuelPlus terbukti memberi manfaat kepada pemilik kenderaan dengan menjimatkan penggunaan bahan api serta penjagaan enjin yang lebih baik.
KPDN teliti syor larang warga asing beli minyak masak paket
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan meningkatkan operasi penguatkuasaan bagi mengekang isu ketirisan minyak masak paket bersubsidi.
Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, ini termasuk meneliti cadangan untuk melarang warga asing daripada membelinya.
Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, ini termasuk meneliti cadangan untuk melarang warga asing daripada membelinya.
Jabatan Veterinar didakwa tidak siasat aduan
Jabatan Perkhidmatan Veterinar didakwa tidak menyiasat atau mengambil tindakan ke atas kes-kes penganiayaan haiwan yang dilaporkan.
Gunakan Akta Kebajikan Haiwan 2015 henti penganiayaan
Aktivis kebajikan haiwan mendesak kerajaan untuk memperketatkan penguatkuasaan undang-undang untuk menghentikan penganiyaan ke atas binatang dengan segera.
Tiga tuntutan perhimpunan rakyat benci rasuah termasuk menghentikan gejala rasuah
Menerusi sebuah kenyataan media oleh SRBR pada Khamis, antaranya termasuk tindakan pantas dan tegas terhadap semua kes rasuah melibatkan ahli politik tanpa sebarang pilih kasih.
Najib mengaku bersemuka, tidak selesa gaya hidup mewah Jho Low
Najib juga tidak pernah mengesahkan dakwaan pembelian hartanah bernilai jutaan ringgit dan karya seni oleh Jhoe Low adalah bagi pihak Sheikh Mansour Zayed Al Nahyan, iaitu adik kepada Putera Mahkota Abu Dhabi.
KDN pertimbang kuota tambahan untuk pekerja asing sektor kepala sawit
Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedia mempertimbangkan kelulusan kuota khas pekerja asing khususnya bagi sektor perladangan Kelapa Sawit.
Menteri Dalam Negeri,Saifuddin Nasution Ismail berkata, pertimbangan itu dibuat susulan kekurangan tenaga kerja dalam sektor tersebut, selepas kerajaan membekunya sejak September tahun lepas.
Menteri Dalam Negeri,Saifuddin Nasution Ismail berkata, pertimbangan itu dibuat susulan kekurangan tenaga kerja dalam sektor tersebut, selepas kerajaan membekunya sejak September tahun lepas.
Jerman komited tambah bantuan kemanusiaan AS$51 juta untuk Syria
Dana itu akan disalurkan kepada WFP dan pelbagai NGO untuk sediakan makanan, tempat perlindungan, serta penjagaan perubatan.
4 maut, 16 cedera dalam rempuhan di Masjid Umayyad, Syria
Empat orang terbunuh manakala 16 lagi cedera dalam insiden rempuhan di Masjid Umayyad yang menjadi mercu tanda di Damsyik pada Jumaat, lapor Agensi Berita Rasmi Syria (SANA).
Mesir hantar pesawat bersama bantuan ke Syria
Pesawat EgyptAir itu membawa 15 tan bantuan kemanusiaan, termasuk makanan dan ubat-ubatan, yang disalurkan oleh Bulan Sabit Merah Mesir.
Syria ingin wujudkan kerajaan inklusif - Menteri Luar
Kerajaan Syria ingin mewujudkan sebuah kerajaan berdasarkan perkongsian dan kecekapan yang merangkumi semua komponen Syria.
Lebih 115,000 rakyat Syria kembali ke tanah air sejak kejatuhan rejim Assad - PBB
Lebih 115,000 rakyat Syria pulang ke tanah air sejak kejatuhan rejim Assad, menurut Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) pada Khamis.
Di sebalik konflik: Kisah perjuangan dan ketabahan rakyat Palestin dan Syria
Rakyat Palestin dan Syria menanggung derita tidak terhingga akibat konflik yang tiada penghujungnya.
WHO salur 50 tan bantuan perubatan untuk Syria
Sebuah pesawat kargo yang membawa kit pembedahan trauma dan ubat-ubatan penting tiba di Lapangan Terbang Istanbul pada 4.30 pagi (0130 GMT).
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
91 warga Indonesia dibawa keluar dari Syria, selamat pulang ke tanah air
Mereka yang dibawa pulang berasal dari pelbagai wilayah, tiba di Jakarta menerusi tiga penerbangan pada Jumaat dan Sabtu.
AS jumpa pemimpin baharu Syria
Ini merupakan pertemuan empat mata pertama sejak penggulingan Presiden Bashar Al-Assad oleh kumpulan HTS dua minggu lalu.