ISTANBUL: Seramai 85 lagi pesakit di Semenanjung Gaza dipindahkan dari Mesir ke Turki untuk menerima rawatan, kata Menteri Kesihatannya Fahrettin Koca.
Dua pesawat yang membawa pesakit dan pengiring mereka mendarat di Ankara pada Khamis malam, lapor Agensi Anadolu (AA).
"Seramai 85 pesakit dari Gaza di Mesir kini dalam perjalanan ke Turki.
"Mereka diiringi sekumpulan 106 pengiring dan pesakit akan menerima rawatan perubatan di negara kita," menurut catatan Koca di platform media sosial X.
Negara itu telah menerima 292 pesakit dari Gaza sejak serangan dahsyat Israel ke atas wilayah Palestin bermula tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 12 2024

Penduduk Palestin yang cedera dalam serangan udara Israel tiba di hospital Nasser di bandar Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza, Jumaat, 22 Dis 2023. -Gambar fail/AP

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.

Turki pindahkan 85 lagi pesakit di Gaza untuk dirawat
Dua pesawat yang membawa pesakit dan pengiring mereka mendarat di Ankara pada Khamis malam.