ISTANBUL: Turki bersedia menjadi pengantara dan tuan rumah bagi sidang kemuncak damai antara Rusia dan Ukraine.
Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mengesahkan perkara itu selepas berbincang dengan rakan sejawatannya dari Ukraine, Volodymyr Zelensky di Istanbul pada Jumaat.
"Kami bersedia untuk menjadi pengantara dan tuan rumah sidang kemuncak damai yang mana Rusia turut hadir.
"Kami akan meneruskan tugas untuk menamatkan perang dengan keamanan yang adil berdasarkan rundingan," kata Erdogan dalam sidang akhbar.
Terdahulu, Zelensky menolak idea untuk berunding secara langsung dengan Rusia atas alasan pemimpin Ukraine dan Barat mesti menetapkan keamanan mengikut syarat mereka sendiri.
"Kami tidak nampak bagaimana kami boleh menjemput orang yang menyekat, memusnahkan dan membunuh segala-galanya. Kami mahu mendapatkan keputusan," tegas Zelensky.
Dalam pada itu, beliau menyifatkan rundingan dengan Erdogan sebagai produktif dan berterima kasih kepada Turki atas usahanya sebagai pengantara bagi menyelesaikan isu eksport bijirin Ukraine melalui Laut Hitam dan pertukaran tahanan.
Ankara berusaha untuk mengekalkan hubungan baik dengan Moscow dan Kiev, membantu kedua-duanya menandatangani perjanjian yang kini sudah tamat, untuk memastikan laluan selamat bijirin di Laut Hitam pada Julai 2022.
Pertemuan Erdogan-Zelensky itu diadakan seminggu selepas pertemuan dengan Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov dengan rakan sejawatnya dari Turkiye, Hakan Fidan di sebuah forum diplomatik di Antalya. - Sinar Harian/ Agensi
Sinar Harian
Sat Mar 09 2024
![Turki sedia jadi orang tengah selesaikan kemelut Rusia-Ukraine Turki sedia jadi orang tengah selesaikan kemelut Rusia-Ukraine](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709981337_TurkishPresidentTa.jpg)
Erdogan mengesahkan perkara itu selepas berbincang dengan rakan sejawatannya dari Ukraine, Volodymyr Zelensky di Istanbul pada Jumaat. - Gambar Reuters
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Brazil kekal berkecuali dalam perang Rusia-Ukraine - Lula Brazil kekal berkecuali dalam perang Rusia-Ukraine - Lula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/81685686863_BrazilianPresident.jpg)
Brazil kekal berkecuali dalam perang Rusia-Ukraine - Lula
Katanya, Brazil antara kumpulan negara yang mahu kekal berkecuali dalam usaha menyumbang kepada kemungkinan menamatkan perang.
![Sempena setahun konflik Rusia-Ukraine, PBB akan mengundi resolusi mengenai Ukraine Sempena setahun konflik Rusia-Ukraine, PBB akan mengundi resolusi mengenai Ukraine](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51676444385_TheUnitedNationsS.jpg)
Sempena setahun konflik Rusia-Ukraine, PBB akan mengundi resolusi mengenai Ukraine
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan mengundi resolusi mengenai Ukraine yang dikemukakan oleh Kiev dan wakil Kesatuan Eropah sempena setahun pencerobohan Rusia.
![Ukraine tinggalkan proses rundingan tamatkan konflik - Putin Ukraine tinggalkan proses rundingan tamatkan konflik - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/81662534550_VladimirPutin.jpg)
Ukraine "tinggalkan" proses rundingan tamatkan konflik - Putin
Presiden Rusia Vladimir Putin memberitahu Perdana Menteri India, Narendra Modi bahawa Ukraine "meninggalkan" proses rundingan bagi menamatkan konflik Rusia-Ukraine.
![Harga makanan melambung, terpaksa catu hidangan utama - Pelajar Malaysia di Rusia Harga makanan melambung, terpaksa catu hidangan utama - Pelajar Malaysia di Rusia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71662885858_pelajarmalaysia.jpg)
Harga makanan melambung, terpaksa catu hidangan utama - Pelajar Malaysia di Rusia
Kesan sekatan ekonomi akibat konflik Rusia-Ukraine menjejaskan aliran kewangan dan cara perbelanjaan sebilangan besar pelajar Malaysia di Rusia.
![Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/41632913163_TBRINGGITMALAYSIA.jpg)
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Belum dilihat bagaimana konflik Rusia-Ukraine dapat diselesaikan, tetapi yang mendapat manfaat yang jelas adalah harga komoditi.
![Nilai ringgit lebih tinggi berbanding dolar AS hari ketiga berturut-turut Nilai ringgit lebih tinggi berbanding dolar AS hari ketiga berturut-turut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/81640180452_TBRINGGITMALAYSIA.jpg)
Nilai ringgit lebih tinggi berbanding dolar AS hari ketiga berturut-turut
Pada jam 9 pagi, nilai mata wang tempatan bertambah kepada 4.1825/1850 berbanding dolar AS.