ABU DHABI: Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE) Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan pada Isnin mengarahkan penubuhan hospital medan di Gaza sebagai sebahagian daripada operasi kemanusiaan 'Gallant Knight 3'.
Agensi Berita Emirates (WAM) melaporkan, lima pesawat berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Abu Dhabi membawa peralatan dan bekalan yang diperlukan untuk hospital medan itu pada Isnin.
Kargo itu dijadual diturunkan di Lapangan Terbang Al-Arish di Mesir sebelum dipindahkan ke Semenanjung Gaza.
Hospital medan dengan kapasiti 150 katil itu akan didirikan mengikut fasa.
Kemudahan itu termasuk jabatan untuk pembedahan am, ortopedik, pediatrik dan ginekologi, sebagai tambahan kepada anestesia dan unit rawatan rapi yang memenuhi keperluan kanak-kanak dan orang dewasa.
Hospital medan itu juga bakal dilengkapi dengan klinik perubatan dalaman, pergigian, psikiatri, dan perubatan keluarga.
Perkhidmatan tambahan akan termasuk imbasan CT, makmal, farmasi dan lain-lain.
Inisiatif itu mencerminkan sokongan dan solidariti UAE dengan rakyat Palestin.
UAE sebelum ini mengumumkan pemberian bantuan segera kepada rakyat Palestin berjumlah US$20 juta selain inisiatif membawa kira-kira 1,000 kanak-kanak Palestin dari Semenanjung Gaza bersama keluarga mereka untuk rawatan perubatan di hospital UAE.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 07 2023

Jenazah rakyat Palestin yang maut akibat letupan di Hospital Ahli Arab dikumpulkan di halaman Hospital al-Shifa, di Bandar Gaza, baru-baru ini. - Gambar fail/ AP

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

UAE anjur Sidang Kemuncak Kerajaan Dunia 2026 dari 3-5 Feb 2026
Sidang Kemuncak Kerajaan Dunia (WGS) seterusnya akan diadakan dari 3 hingga 5 Feb 2026.

Lawatan ke UAE buahkan kejayaan bermanfaat untuk rakyat, negara - PM Anwar
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia akan memainkan peranan lebih luas dan meningkatkan kerjasama strategik dalam beberapa bidang.

MY-UAE CEPA tingkat akses pasaran, kurangkan tarif perdagangan – PM
Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif antara Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (MY-UAE CEPA) membuka lembaran baharu dalam hubungan perdagangan dua hala.

PM Anwar bertemu rakan sejawat di Dubai
Pertemuan berlangsung di Istana Za'abeel di Dubai.

Lawatan kerja PM: ADIA beri komitmen jayakan pelaburan, transformasi MAHB – Tengku Zafrul
Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA) menzahirkan komitmen untuk menjayakan pelbagai pelaburan yang telah dirancang di Malaysia.

Lawatan kerja: PM adakan pertemuan dengan syarikat gergasi UAE
Perdana Menteri memulakan hari kedua lawatan kerja ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) dengan pertemuan bersama syarikat-syarikat gergasi negara itu.

Anwar dijadual bertemu PM UAE di Dubai
Anwar yang sedang dalam lawatan kerja tiga hari ke UAE, dijadualkan bertemu dengan Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum.

UAE destinasi pertama PM Anwar bawa misi Malaysia perkukuh hubungan diplomatik
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan siri lawatan ke beberapa negara dengan perjalanan pertamanya ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) hari ini.

Lawatan PM ke UAE pentas uar-uarkan kepengerusian ASEAN Malaysia - Duta
Lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) merupakan peluang keemasan bagi Malaysia menguar-uarkan kepengerusian ASEAN kepada khalayak lebih ramai.

UAE, Israel bincang krisis kemanusiaan di Gaza
Menteri Luar UAE, Sheikh Abdullah Zayed, bertemu dengan rakan sejawatannya dari Israel, Gideon Saar bagi membincangkan krisis kemanusiaan di Gaza pada Selasa.