Menteri Hal Ehwal Kabinet dan Pengerusi WGS, Mohammad Al Gergawi berkata sidang kemuncak itu terus membentuk tadbir urus dan meningkatkan kerjasama global, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).
"Sidang kemuncak itu mengukuhkan perkongsian kerajaan dan berkongsi amalan terbaik untuk merangka dasar dan strategi masa depan," katanya.
"Usaha ini mendorong pembangunan mampan dan kemajuan global."
Al Gergawi berkata WGS memberi tumpuan kepada cabaran mendatang dan mencari penyelesaian untuk mempercepat kemajuan global dan meningkatkan tadbir urus.
Beliau berkata edisi ke-12 pada 2025 mencatat penyertaan tertinggi membabitkan lebih 6,000 peserta termasuk 30 ketua negara dan kerajaan, 140 delegasi dan 80 organisasi antarabangsa dan serantau.
Sidang itu turut menganjurkan 21 forum global, 200 sesi, 30 laporan serta lebih 30 mesyuarat menteri dan meja bulat yang dihadiri 400 menteri.
-- BERNAMA
![](https://img.astroawani.com/2024-10/51729493751_freesize.jpg)