Kementerian Kesihatan dan Pencegahan (MoHAP) Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Khamis berkata dua pesakit COVID-19 telah pulih manakala enam lagi kes baharu disahkan, lapor Agensi Berita Emiriah Arab Bersatu (WAM).
Pengumuman itu menjadikan UAE kini mencatatkan 19 kes, lima telah pulih.
Kedua-dua pesakit warga China itu masing-masing berusia 36 dan 37 tahun.
Enam kes baharu yang disahkan membabitkan empat warga Iran, masing-masing seorang China dan Bahrain, kata MoHAP dalam satu kenyataan.
Seramai 28 orang yang pernah berhubung rapat dengan pesakit lain sebelum ini telah menjalani pemeriksaan perubatan mengikut garis panduan ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia.
Sehubungan itu juga UAE telah mengambil pelbagai pendekatan dan langkah pencegahan untuk mencegah penularan wabak.
Sementara itu, dalam satu kenyataan berasingan, Majlis Sukan Abu Dhabi berkata pihaknya membatalkan baki pusingan Jelajah UAE 2020 selepas dua peserta Itali didapati positif COVID-19.
"Keputusan itu diambil bagi melindungi semua peserta perlumbaan," kata majlis tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 28 2020

Seramai 28 orang yang pernah berhubung rapat dengan pesakit lain sebelum ini telah menjalani pemeriksaan perubatan mengikut garis panduan ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia.
Tiga pemain ski dikhuatiri maut dalam insiden runtuhan salji
Menurut jurucakap untuk Alaska State Troopers pada Khamis, setakat ini, usaha mencari mangsa yang tertimbus terpaksa ditangguhkan susulan keadaan cuaca yang buruk.

Malaysia-Thailand terus berusaha capai kejayaan bersama - PM Anwar
Malaysia dan Thailand akan terus berusaha mencapai kejayaan bersama-sama dan juga rantau ASEAN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bom jatuh, penduduk gesa penghentian latihan tembakan segera
Menurut wakil penduduk Pocheon, Kang Tae-il, dia juga menyeru pelaksanaan langkah yang konkrit bagi mencegah insiden sedemikian berulang pada masa hadapan.
15 cedera bom mendarat di luar kawasan sasaran
Menurut Angkatan Udara Korea Selatan, daripada jumlah tersebut, dua dilaporkan mengalami kecederaan serius.
AirAsia pindahkan perkhidmatan domestik di LTSAAS ke KLIA T2 berkuat kuasa 7 April
AirAsia akan memindahkan perkhidmatan domestiknya dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (Lapangan Terbang Subang) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA T2) berkuat kuasa 7 April.
NGO anjur perhimpunan aman Hari Al-Quds
MAPIM menyeru semua yang mempunyai nilai kemanusiaan untuk menyertai perhimpunan Hari Al-Quds Antarabangsa di depan kedutaan Amerika Syarikat pada 28 Mac.
Audit penerima dana USAID, pastikan tiada campur tangan asing
Kerajaan digesa memastikan tiada campur tangan asing dalam urusan politik dan pentadbiran negara menerusi bantuan dana yang disalurkan oleh Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat.
10 Berita Pilihan - (6 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hanya 27 peratus responden tahu sepenuhnya hak kewangan
Tahap kesedaran rakyat mengenai hak kewangan yang boleh dituntut di mahkamah masih rendah, dengan hanya 27 peratus yang mendakwa mereka mengetahui secara menyeluruh mengenai perkara tersebut.
Mahkamah sekat akses akaun bank luar negara, saham berkaitan 1MDB
Sekatan itu melibatkan wang berjumlah AS$4.5 juta yang didakwa berada di dalam akaun bank Putera Faisal di Riyad Bank, Arab Saudi dan 12 juta unit saham milik Stadlen yang kini dipegang syarikat pengurASan aset di United Kingdom (UK).

Lawatan kerja: PM adakan perbincangan dengan Presiden Kenya, Uganda
Kenya dan Uganda menyatakan kesepakatan meningkatkan perdagangan dua hala dengan Malaysia.

Malaysia bakal terima pelaburan jangka panjang susulan lawatan kerja Perdana Menteri ke UAE
Anwar berkata sinergi padu antara Malaysia dan ADIA menjelmakan keyakinan terhadap potensi pertumbuhan ekonomi negara yang mampan.

Jadual padat di hari terakhir lawatan kerja Anwar di UAE, dijadual bertemu presiden
Selepas perjumpaan itu Anwar dijadual menghadiri majlis perasmian Minggu Kelestarian Abu Dhabi (ADSW) 2025 di ADNEC Center di Dubai.

ADIA berminat teroka lebih jauh peluang pelaburan di Malaysia - Tengku Zafrul
Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA), salah satu dana kekayaan terbesar dunia dengan aset melebihi US$1 trilion berminat untuk meneroka lebih jauh peluang pelaburan di Malaysia.

Anwar dijadual bertemu PM UAE di Dubai
Anwar yang sedang dalam lawatan kerja tiga hari ke UAE, dijadualkan bertemu dengan Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum.

Kejohanan Pencak Silat Dunia bermula di Abu Dhabi
Kejohanan Pencak Silat Dunia edisi ke-20 dan Kejohanan Pencak Silat Dunia Remaja ke-5, bermula pada Rabu di Pusat Pameran Nasional Abu Dhabi (ADNEC).

Kepakaran Space42 dalam AI berpotensi tingkat keupayaan Malaysia - Ahmad Zahid
Teknologi ini memperkukuh infrastruktur komunikasi negara dan memastikan rakyat dapat nikmati akses digital yang lebih luas dan selamat.

G42, Microsoft akan lancar dua pusat AI di Abu Dhabi
Kedua-dua pusat itu dibina berdasarkan kerja yang dilaksanakan Microsoft dan G42 untuk melaksanakan piawaian dan amalan AI Bertanggungjawab.

Lawatan Pope ke Jakarta: Tiga MoU ditandatangani perkukuh agenda persaudaraan manusia sejagat
Pope Francis tiba di Jakarta pada Selasa untuk lawatan tiga hari di Indonesia yang disifatkan sebagai permulaan kepada siri lawatan paling panjang dan jauh pernah dilakukannya.

Pulau khas untuk eSukan akan dibina di Abu Dhabi
Akhir sekali GG Resort juga akan dibina di pulau yang dibina oi a