SAGOL ikan pari merupakan hidangan yang cukup sinonim terutamanya dalam kalangan bangsa Bajau dan Suluk.
Menurut seorang peniaga sagol, Norhazlila Ahmad Khairi, lazimnya sagol dimasak menggunakan ikan pari, serai, kunyit, halia, bawang dan cili padi.
Akan tetapi ada juga yang mengantikan ikan pari dengan menggunakan ikan buntal atau ikan yu.
"Sagol ini makanan tradisional orang Sabah, biasanya yang masak ini orang Bajau dan Suluk.
"Biasanya sagol ini kebanyakan orang gunakan ikan pari, ikan buntal, ikan yu pun boleh. Antara tiga ikan ini yang biasa orang pakai," katanya.
Tambah Norhazlila lagi, kebiasaan orang tempatan di Sabah akan menikmati sagol dengan cara tradisional, iaitu bersama putu dan sianglag.
Menurutnya, pertama sekali ikan pari akan direbus sehingga empuk dan sementara itu dia akan menumis serai, bawang, halia, kunyit dan cili padi yang telah dikisar dan asam keping bagi menghilangkan bau hanyir ikan pari.
"Cara makan, boleh dimakan dengan nasi tapi kalau dengan orang-orang di sini, biasanya makan dengan putu atau sianglag.
"Kalau saya biasa gunakan ikan pari saya rebus dulu, selepas saya rebus sambil tunggu, saya akan tumis serai, bawang putih, bawang merah, halia dan lada. Kalau suka pedas, kena lebihkan lada, kalau tidak suka pedas, kurangkan. Jangan lupa asam keping untuk hilangkan bau hanyir ikan," katanya.
Kata Nohazliza lagi, dia telah berniaga sagol sejak 12 tahun yang lepas bermula dari tahun 2010 sehingga kini.
Tambahnya lagi, soal kenaikan harga barang turut memberi kesan tetapi dia memilih untuk kekalkan harga jualan agar orang ramai boleh makan dan merasa dengan harga yang berpatutan.
Zulhafiiz Brahim, Fadhil Selihin
Tue Apr 19 2022
Kebiasaan orang tempatan di Sabah akan menikmati sagol dengan cara tradisional, iaitu bersama putu dan sianglag. - Astro AWANI
Sekolah Patriotik UMNO medan lahirkan pemimpin jiwai perjuangan UMNO sebenar
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini melancarkan Sekolah Patriotik UMNO bertujuan melahirkan pemimpin masa depan
Elak tekanan media sosial, Mahalini pilih sorok wajah anak
Elak Tekanan Media Sosial, Mahalini Akan Sorok Wajah Anak
Jiwa SME: BeCalm, snek fungsional untuk atasi cabaran gaya hidup moden
BeCalm, snek fungsional inovatif yang dirumus khas untuk mengurangkan tekanan dan menyokong kesejahteraan mental, kini menjadi pilihan baharu bagi mereka yang ingin menangani cabaran gaya hidup moden.
DBKL giat teliti pemberian lesen bazar Ramadan di ibu negara
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sedang giat meneliti aspek pemberian lesen bazar Ramadan di ibu negara tahun ini.
Penjawat awam di Perlis dilepaskan dengan jaminan SPRM
Lelaki tersebut dipercayai membuat tuntutan palsu untuk sumbangan kepada 49 saudara baharu dari 2022 hingga 2024.
Isu tiada sijil nikah dalam kalangan penduduk Pulau Mabul akan segera diatasi
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Hal Ehwal Agama, Datuk Dr Na’im Mokhtar berkata, sebuah pasukan bertindak yang mewakili pelbagai agensi berkaitan telah dibentuk, dan mereka akan ke pulau pelancongan tersebut untuk membantu menyelesaikan is penduduk tiada sijil nikah
Ada peguam subahat bantu sindiket pindah milik tanah di Selangor - MB Amirudin
Kerajaan Selangor percaya penjawat awam yang terlibat dalam kegiatan pindah milik tanah secara tidak sah seperti yang dilaporkan baru-baru ini, bergerak dalam satu sindiket terancang.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata siasatan awal pihak berkuasa mendapati kegiatan kumpulan pegawai berkenaan turut melibatkan pejabat peguam tertentu
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata siasatan awal pihak berkuasa mendapati kegiatan kumpulan pegawai berkenaan turut melibatkan pejabat peguam tertentu
Wisma Putra bantu 8 pelajar Malaysia cedera dalam kemalangan di Mesir
Kementerian Luar melalui Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah dan Education Malaysia Egypt (EME) sedang memantau rapi situasi membabitkan lapan pelajar Malaysia dari Universiti Al-Azhar yang terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan ke Port Said, Mesir.
ASEAN berdepan kebimbangan akibat kadar kelahiran, kesuburan menurun
Keadaan itu boleh menjadi masalah terhadap produktiviti ekonomi.
Lebih 4,000 Rumah Mesra SMJ dibina sejak dilancarkan pada 2022 - Hajiji
3,000 rumah SMJ lagi akan dibina tahun ini di semua 73 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, dengan peruntukan RM250 juta.
Sagol makanan istimewa kaum Bajau, Suluk
Kebiasaan orang tempatan di Sabah akan menikmati sagol dengan cara tradisional, iaitu bersama putu dan sianglag.