Lapan orang ditahan polis Rio kerana menjadi ‘ulat tiket’ dengan menjual tiket Piala Dunia melampaui harga rasmi yang dijual di Stadium Maracana.
Jurucakap polis berkata kesemua yang ditahan itu merupakan pekerja dari sebuah konsortium yang telah memberi kewangan juta dollar kepada penambahbaikan Stadium Maracana.
Stadium Maracana pernah menjadi gelanggang akhir Piala Dunia 1950 dan bakal sekali lagi menjadi pentas final pada 13 Julai.
Suspek dipercayai cuba untuk menjual tiket beberapa perlawanan pusingan pertama yang dijadualkan berlangsung di Rio termasuk perlawanan antara Perancis dan Ecuador, Argentina menentang Bosnia-Herzegovina dan Belgium melawan Russia.
“Suspek ini merupakan dalam perhatian kami dan telah ditangkap serta merta ketika cuba menjual tiket berharga 400 Real Brazil (RM569), dua kali ganda daripada harga asal tiket tersebut,” kata jurucakap tersebut.
Pada mAc lalu, FIFA telah menjual lebih daripada tiga juta tiket untuk temasya Piala Dunia yang bermula pada 12 Jun hingga 13 Julai ini dan setiap pembeli tiket itu dapat dikesan.
FIFA turut memberi amaran kepada orang yang cuba menipu dalam penjualan tiket itu akan ditangkap.
“Kita mampu mengesan setiap transaksi tiket dan pembelinya . Kita juga memantau kegiatan yang berlaku sekitar stadium,” kata Pengarah Pemasaran FIFA, Thierry Weil.
“Jika pembeli tidak dapat menghadiri perlawanan yang ditetapkan itu, sila jual semula tiket anda melalui platform di FIFA.com,”.
Badan bola sepak dunia itu sedang bekerjasama rapat dengan kerajaan Brazil untuk membanteras penjual tiket yang mengaut keuntungan melalui penjualan semula tiket Piala Dunia.
AFP
Sun Jun 08 2014

Polis Rio menahan lapan 'ulat tiket' Piala Dunia

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

Tourism Perak sertai pameran pelancongan untuk tarik pelancong Indonesia
Pameran pelancongan itu berfungsi sebagai platform bagi agensi promosi pelancongan negeri untuk mempamerkan tawarannya yang pelbagai.

Brazil jadi tuan rumah sidang kemuncak BRICS di Rio de Janeiro pada Julai
Brazil mengambil alih jawatan pengerusi pada 1 Jan dan mengetuai kumpulan kerja bagi menyediakan agenda dan topik untuk sidang kemuncak.

'Putera kini kembali’ - Santos sambut kepulangan Neymar
Neymar kembali ke Santos iaitu kelab yang membuka laluan buatnya menggilap bakat dan memasyhurkan namanya dan Pele di seluruh dunia.

Teruja kepulangan ke Santos FC, peminat Neymar ukir tatu di kaki
Kepulangan Neymar ke Santos FC mencetuskan keterujaan dalam kalangan peminat.

Neymar pulang ke Brazil, secara rasmi tamatkan kontrak Al-Hilal
Neymar juga hanya merekodkan dua penampilan dalam perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), musim ini.

Seorang maut, pesawat kecil meletup di Brazil
Sebuah pesawat yang membawa lima penumpang meletup di Ubatuba, di pantai Sao Paulo, Brazil, pada Khamis.

Indonesia secara rasmi sertai BRICS sebagai anggota penuh
Ia penambahan kepada anggota penuh sedia ada iaitu Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan.

Brazil umum Indonesia sertai BRICS sebagai anggota penuh
Kerajaan Brazil pada 6 Januari secara rasmi mengumumkan penerimaan Republik Indonesia sebagai anggota penuh BRICS.

Brazil ambil alih kepengerusian BRICS, fokus pada kerjasama Selatan Global
Brazil mengambil alih pengerusi bergilir kumpulan BRICS (Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan) pada Rabu.

Rusia pertimbang penerbangan terus dengan Brazil, Malaysia, Pakistan
Kementerian Pengangkutan Rusia sedang mengadakan rundingan untuk melancarkan penerbangan terus ke Brazil, Malaysia, dan Pakistan.

Pesawat terhempas di Brazil, ahli perniagaan dan 9 ahli keluarga maut
Kesemua 10 orang di dalam sebuah pesawat kecil terbunuh apabila pesawat itu terhempas di bandar Gramado, selatan Brazil.