Umat Islam di Indonesia akan menyambut Aidilfitri pada hari Rabu ini setelah kerajaan republik itu mengumumkan hari raya itu ialah pada 6 Julai ini.
Pengumuman rasmi yang dibuat oleh Menteri Agama Lukman Hakim Saifuddin itu disiarkan secara langsung menerusi siaran-siaran televisyen tempatan pada malam ini setelah mengadakan satu mesyuarat khas mengenai penetapan Hari Raya.
"Berdasarkan laporan dari kurang lebih pelapor di 90 titik melihat hilal di Indonesia. Seluruh pelapor menyatakan hilal belum nampak pada petang ini dan oleh itu kami bersepakat bahawa 1 Syawal 1437 Hijrah jatuh pada hari lusa, Rabu 6 Juli 2016," katanya.
Katanya proses penentuan awal Syawal itu menggunakan kaedah hisab dan rukyah dan kesemua tokoh agama yang menyertai mesyuarat berkenaan bersetuju bahawa umat Islam di Indonesia harus berpuasa selama 30 hari pada tahun ini.
Sebelum itu, sebuah organisasi agama yang berpengaruh di Indonesia, Muhammadiyah juga telah membuat pengumuman sejak semalam mengarahkan pengikutnya menyambut Hari Raya pada 6 Julai berdasarkan kepada kajian hisab hilal, iaitu berdasarkan kepada kiraan haribulan.
Sementara itu, ribuan umat Islam yang menjadi pengikut jemaah tarikat Naqsabandiyah di negara itu telahpun menyambut hari raya pada hari ini dan menunaikan solat hari raya Aidilfitri pagi tadi di sebuah kawasan terbuka di kawasan Masjid Baitul Makmur, Pauh dan dipimpin oleh Imam Besar mereka Syafri Malin Mudo.
Indonesia mempunyai paling ramai umat Islam di dunia dengan majoriti daripada kira-kira 300 juta penduduk negara itu beragama Islam.
Bernama
Tue Jul 05 2016
Indonesia mempunyai paling ramai umat Islam di dunia dengan majoriti daripada kira-kira 300 juta penduduk negara itu beragama Islam.
5 fakta penting perjanjian gencatan senjata Gaza-Israel
Berikut adalah lima fakta utama tentang perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas.
Gencatan senjata bukan tamatkan usaha cari keadilan - CENTHRA
Ini kerana sejarah telah berulang kali menunjukkan bahawa Israel melanggar perjanjian gencatan senjata tanpa sebarang tindakan balas.
AWANI Ringkas: Pertemuan Anwar-Starmer
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANIRingkas 16 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 16 Januari 2025
1️⃣ Pertemuan Anwar-Starmer
2️⃣ Ingatan kepada rakyat di Sabah, Sarawak
3️⃣ Gencatan senjata Israel-Hamas dimeterai
#awaniringkas
1️⃣ Pertemuan Anwar-Starmer
2️⃣ Ingatan kepada rakyat di Sabah, Sarawak
3️⃣ Gencatan senjata Israel-Hamas dimeterai
#awaniringkas
JPJ Melaka keluar 275 notis babit pelbagai kesalahan
JPJ Melaka mengeluarkan 275 notis atas pelbagai kesalahan dilakukan pengguna jalan raya pada Operasi Bersepadu Khas di Batu Berendam.
Ribut petir, hujan lebat di empat negeri hingga tengah hari ini
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga 12 tengah hari, hari ini.
Ringgit mengukuh sedikit berbanding dolar AS pada sesi awal
Ringgit memulakan urus niaga Khamis dengan mencatat pengukuhan kecil berbanding dolar AS, di tengah-tengah sentimen memberangsangkan.
Protecting Financial Consumers: The role of fair contracts
Are financial contracts truly fair to consumers? Dr. Ong Tze Chin, Senior lecturer in the Faculty of Law, Universiti Malaya walks us through the regulatory landscape in Malaysia, the necessity of these laws, and real-life examples of unfair terms in practice.
Tawaran ambil alih MAHB dilanjutkan sehingga 24 Januari
Konsortium Gateway Development Alliance Sdn Bhd (GDA) yang diterajui Khazanah Nasional Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah melanjutkan tarikh akhir penerimaan tawaran pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) selama seminggu.
Mesyuarat jawatankuasa kerja ASEAN+3 gariskan keutamaan ekonomi utama ASEAN 2025
Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Kerja ASEAN+3 menetapkan Keutamaan Ekonomi Utama (PEDs) bagi ASEAN 2025, antaranya peningkatan akses kepada pembiayaan peralihan mampan dan adil terhadap iklim, kata Kementerian Kewangan.
Dua hari, 1,426 kenderaan cuba nasib masuk Kelantan
Walaupun tidak dibenarkan merentas negeri, namun jumlah kenderaan yang cuba memasuki negeri ini bertambah dengan nilai keseluruhan sebanyak 1,426 buah.
Benar atau tidak rentas negeri sempena Hari Raya diumum lebih awal- Ismail Sabri
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan kebenaran rentas negeri akan dibuat atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) selepas mereka membuat penilaian risiko.
Umat Islam di Indonesia sambut Aidilfitri Rabu
Proses penentuan awal Syawal itu menggunakan kaedah hisab dan rukyah.
Jadual program raya Astro, Gempaknya Syawal Ini
Meriahkan Syawal anda dengan mengikuti program-program menarik yang disediakan khas untuk anda.
KPDNKK jamin bekalan barangan keperluan mencukupi di musim perayaan
Langkah agresif telah dijalankan bagi memastikan tiada peniaga yang menaikkan harga di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan sempena Aidil Fitri tidak lama lagi.