BANGKOK: Pusingan kedua pengundian untuk calon Perdana Menteri Thailand ke-30 akan berlangsung hari ini di sidang Parlimen negara itu.
Semalam calon Pita Limjaroenrat mendapat sokongan daripada gabungan lapan parti untuk dicalonkan semula pada pusingan kedua pengundian.
Bagaimanapun, ini boleh menjadi percubaan terakhirnya untuk memenangi jawatan tertinggi di Thailand itu menggantikan Prayut Chan-o-cha.
Ini kerana Pita sebelum ini mengumumkan beliau akan memberi laluan kepada parti kedua terbesar dalam gabungan, Pheu Thai Party, jika gagal memperoleh sokongan yang diperlukan buat kali kedua pada Rabu.
Pada Selasa, gabungan lapan parti diketuai Parti Move Forward (MFP) dipimpin Pita, mengesahkan sokongannya kepada beliau walaupun gagal mendapat sokongan lebih separuh daripada 749 anggota Parlimen dalam percubaan pertamanya Khamis lalu.
Walaupun menjadi calon Perdana Menteri tunggal, Pita hanya memperoleh 324 undi, manakala 182 undi menentangnya dan 199 berkecuali.
Bagaimanapun, gabungan itu masih memerlukan 63 undi kerana 249 senator yang dilantik oleh junta mungkin menjadi batu penghalang dalam usaha Pita untuk menjadi Perdana Menteri.
Pheu Thai memenangi 141 kerusi dalam pilihan raya itu dengan calon Perdana Menterinya termasuk Paetongtarn Shinawatra, anak perempuan bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra dan taikun hartanah Srettha Thavisin.
Seperti sebelum ini, dewan akan mula mengundi pada jam 4 petang waktu tempatan dengan sidang dipengerusikan Speaker Wan Muhamad Noor Matha.
Ia juga akan dihadiri 676 daripada 749 ahli termasuk 216 senator.
Pada Selasa, Prayut mengumumkan pengunduran beliau daripada politik termasuk meletak jawatan sebagai anggota Parti United Thai Nation.
Bagaimanapun, bekas jeneral tentera itu akan kekal sebagai Perdana Menteri sehingga pembentukan kerajaan baharu.
Astro Awani
Wed Jul 19 2023
![Undi kali kedua pilih PM Thailand hari ini Undi kali kedua pilih PM Thailand hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61689722741_PitaLimjaroenrat.jpg)
Pita Limjaroenrat, ketua Parti Move Forward memberi reaksi ketika di Parlimen. - Foto REUTERS
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![‘Pemimpin 33 bulan dahulu hanya tahu kritik, masalah tak selesai’ - PM ‘Pemimpin 33 bulan dahulu hanya tahu kritik, masalah tak selesai’ - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739596349_AnwarIbrahimPecah.jpg)
‘Pemimpin 33 bulan dahulu hanya tahu kritik, masalah tak selesai’ - PM
Kerajaan MADANI tidak akan meminggirkan mana-mana kaum dalam soal kesejahteraan hidup, terutamanya golongan miskin dan kurang berkemampuan.
![Kerajaan sentiasa kenal pasti ikhtiar baharu pastikan Malaysia destinasi pelaburan - PM Anwar Kerajaan sentiasa kenal pasti ikhtiar baharu pastikan Malaysia destinasi pelaburan - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739428519_tbAnwarIbrahim.jpg)
Kerajaan sentiasa kenal pasti ikhtiar baharu pastikan Malaysia destinasi pelaburan - PM Anwar
Kerajaan sentiasa mengenal pasti ikhtiar baharu untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan menarik dan berdaya saing, kata Perdana Menteri.
![PM arah siasatan polis terhadap peserta himpunan mahasiswa, SOSMA dihentikan PM arah siasatan polis terhadap peserta himpunan mahasiswa, SOSMA dihentikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737158266_AnwarIbrahim.jpg)
PM arah siasatan polis terhadap peserta himpunan mahasiswa, SOSMA dihentikan
Kerajaan mengarahkan siasatan polis terhadap mahasiswa yang terbabit dalam Himpunan Rakyat Bebas Rasuah pada 25 Januari lalu dihentikan serta-merta.
![Terapkan semangat pemakaian kain sarung dalam usaha perkukuh persahabatan kaum - PM Terapkan semangat pemakaian kain sarung dalam usaha perkukuh persahabatan kaum - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739010550_TBMAJLISBELIA.jpg)
Terapkan semangat pemakaian kain sarung dalam usaha perkukuh persahabatan kaum - PM
Anwar menggesa seluruh rakyat supaya jangan sekali-sekali mengizinkan mana-mana pihak untuk merosakkan keamanan negara.
![Terus julang sikap saling mengasihi, menghormati dalam memacu negara - PM Anwar Terus julang sikap saling mengasihi, menghormati dalam memacu negara - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81738315138_AnwarIbrahim.jpg)
Terus julang sikap saling mengasihi, menghormati dalam memacu negara - PM Anwar
Roh ihsan yang sentiasa menekankan tentang kepentingan mengasihi, menghormati dan menghargai sesama warga nusa dan bangsa perlu terus dijulang dalam memacu pembangunan negara bersama-sama.
![PM Anwar perkukuhkan kerjasama ekonomi Malaysia di Davos PM Anwar perkukuhkan kerjasama ekonomi Malaysia di Davos](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737465869_AnwarIbrahim.jpg)
PM Anwar perkukuhkan kerjasama ekonomi Malaysia di Davos
Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan lawatan kerja rasmi ke Davos, di sini dengan mengadakan beberapa mesyuarat perniagaan bersama syarikat multinasional.
![PM setuju draf Pelan Tindakan Kesihatan Planet Kebangsaan - Jemilah PM setuju draf Pelan Tindakan Kesihatan Planet Kebangsaan - Jemilah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737408778_JemilahMahmood.jpg)
PM setuju draf Pelan Tindakan Kesihatan Planet Kebangsaan - Jemilah
Perdana Menteri Anwar telah memberi persetujuan kepada draf Pelan Tindakan Kesihatan Planet Kebangsaan sebagai langkah konkrit menangani isu-isu alam sekitar global.
![Malaysia perlu adaptif, berdaya tahan dalam ketidaktentuan global - PM Malaysia perlu adaptif, berdaya tahan dalam ketidaktentuan global - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737112956_AnwarIbrahim.jpg)
Malaysia perlu adaptif, berdaya tahan dalam ketidaktentuan global - PM
Malaysia perlu bersifat adaptif, berdaya tahan, berprinsip, dan mempunyai pandangan yang jelas untuk memposisikan negara di tengah-tengah arus ketidaktentuan global.
![PM Perancis Francois Bayrou terselamat undi tidak percaya PM Perancis Francois Bayrou terselamat undi tidak percaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737090305_FrancoisBayrou.jpg)
PM Perancis Francois Bayrou terselamat undi tidak percaya
Ahli Parlimen Perancis pada Khamis mengundi menolak usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Perancis Francois Bayrou, lapor Xinhua.
![Malaysia harap gencatan senjata di Gaza berterusan - PM Malaysia harap gencatan senjata di Gaza berterusan - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737026024_AnwarIbrahim.jpg)
Malaysia harap gencatan senjata di Gaza berterusan - PM
Malaysia berharap perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas di Gaza dapat diteruskan dalam usaha mengelakkan kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa rakyat Palestin.