KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) wajar mengundi untuk menggantung keanggotaan Israel, kerana tindakannya terus menyerang Gaza dan dasar-dasar Aparteid selama beberapa dekad terhadap rakyat Palestin, kata seorang penganalisis.
Pengarah Pusat Pengajian Palestin Hashim Sani di Universiti Malaya Prof. Madya Mohd Nazari Ismail berkata UNGA pernah mengambil keputusan yang sama untuk menggantung rejim Aparteid Afrika Selatan pada Nov 1974.
Keputusan itu secara berkesan menghalang Afrika Selatan daripada menyertai sebarang sesi di PBB, termasuk menduduki kerusinya, berhujah, membuat cadangan atau mengundi sehingga penggantungan itu ditarik balik pada 1994.
Walaupun langkah itu memberi impak yang kecil, Mohd Nazari percaya ia boleh menjadi langkah penting pertama untuk memulaukan rejim Zionis itu.
Gesaan itu dibuat di tengah-tengah kegagalan Majlis Keselamatan PBB (UNSC) untuk menggesa gencatan senjata ketika jumlah kematian dan kemusnahan terus meningkat di Wilayah Palestin yang diduduki di Gaza dan Tebing Barat.
Dalam perkembangan terbaharu, UNSC meluluskan resolusi pada 22 Dis untuk meningkatkan penghantaran bantuan kemanusiaan segera ke Gaza selepas empat kali ditangguhkan sejak 18 Dis berikutan ketidaksepakatan Amerika Syarikat dalam bahasa yang digunakan pada draf dikemukakan oleh UAE.
Resolusi itu yang disokong oleh 13 daripada ahlinya manakala AS dan Rusia berkecuali, bagaimanapun tidak menyeru kepada gencatan senjata yang sangat diperlukan.
Mohd Nazari berkata resolusi itu lemah kerana ia tidak menuntut Israel berhenti menyerang Gaza selain ketidakadilan terhadap rakyat Palestin akan berterusan dalam bentuk dasar-dasar dan amalan aparteid rejim Israel.
Beliau berkata negara lain juga boleh mengambil tindakan sepihak, termasuk boikot dan kenakan sekatan untuk menekan Israel supaya mematuhi undang-undang antarabangsa.
Satu daripada contoh terbaik, katanya, adalah keputusan yang diambil oleh kerajaan Malaysia pada 20 Dis untuk melarang kapal milik Israel berlabuh di Malaysia.
"Negara-negara lain sepatutnya menamatkan semua hubungan diplomatik dan perdagangan dengan Israel. Jika semua negara mengancam untuk keluar daripada PBB jika AS terus mengenakan veto pada undi UNSC terhadap Israel, itu juga bagus," katanya.
Kesedaran Meningkat
Konflik terbaru Israel-Palestin yang bermula pada 7 Okt lepas telah menimbulkan kesedaran dalam kalangan masyarakat umum mengenai persoalan Palestin dan penindasan kejam yang dihadapi oleh rakyatnya di tangan rejim Zionis selama lebih tujuh dekad.
Beribu-ribu orang mengadakan demonstrasi aman di seluruh dunia dan memboikot perniagaan yang dikaitkan dengan rejim itu sebagai membantah kekejamannya.
Mohd Nazari yang juga Pengerusi gerakan Boycott, Divestment and Sanctions Malaysia (BDS Malaysia) berpendapat masyarakat antarabangsa perlu memboikot Israel selagi ia terus melanggar undang-undang antarabangsa dan enggan memberikan hak asasi rakyat Palestin untuk kebebasan, keadilan dan kesamaan.
Berkongsi pandangan yang sama, Pengarah Pusat Asia Barat untuk Penyelidikan dan Dialog (Amec) Muslim Imran berkata adalah mustahil untuk mencapai keamanan yang berkekalan dan negara Palestin yang bebas dan merdeka jika Israel terus mengekalkan sistem aparteid ke atas rakyat Palestin.
"Penghapusan dasar aparteid adalah langkah pertama ke arah menamatkan penderitaan dan kesengsaraan berterusan rakyat Palestin.
"Dan adalah mustahil untuk berunding tanpa gencatan senjata," katanya.
Tahun Paling Berdarah
Tahun 2023 akan berakhir sebagai tahun tumpah darah paling buruk dalam sejarah konflik Palestin-Israel.
Lebih 20,000 orang - 70 peratus daripada mereka wanita dan kanak-kanak telah terbunuh dan lebih 54,000 cedera manakala sekurang-kurangnya 7,000 lagi dilaporkan hilang atau tertimbus di bawah runtuhan dalam serangan berterusan Israel ke atas Semenanjung Gaza yang bermula lebih dua bulan lalu.
Kira-kira 85 peratus daripada penduduk atau 1.9 juta orang di Semenanjung Gaza dilaporkan kehilangan tempat tinggal akibat konflik Israel-Hamas.
Terdapat juga kemusnahan meluas ke atas kediaman dan infrastruktur kritikal lain termasuk hospital, selain kekurangan makanan, bahan api, air dan ubat-ubatan yang serius di wilayah yang dikepung itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 26 2023

Gesaan itu dibuat di tengah-tengah kegagalan Majlis Keselamatan PBB (UNSC) untuk menggesa gencatan senjata ketika jumlah kematian dan kemusnahan terus meningkat di Wilayah Palestin yang diduduki di Gaza dan Tebing Barat. - Foto AP
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

Tourism Perak sertai pameran pelancongan untuk tarik pelancong Indonesia
Pameran pelancongan itu berfungsi sebagai platform bagi agensi promosi pelancongan negeri untuk mempamerkan tawarannya yang pelbagai.
Konflik Gaza: Pelan Trump bukan usir rakyat Palestin - Utusan A.S ke Asia Barat
Utusan Amerika Syarikat ke Asia Barat pada Khamis menegaskan bahawa rancangan Presiden Donald Trump untuk Gaza bukan bertujuan mengusir rakyat Palestin.
Konflik Gaza: Netanyahu ikrar balas dendam lepas Hamas pulang mayat tebusan
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, pada Khamis berikrar kononnya untuk membalas dendam terhadap Hamas selepas kumpulan itu menyerahkan mayat empat tebusan Israel.
Polis bongkar makmal proses dadah, tahan lima individu
Polis membongkar makmal haram pemprosesan dadah selepas menyerbu sebuah rumah di Nilai, Isnin lalu dengan membabitkan keseluruhan rampasan dadah dan sitaan dianggar bernilai RM3.2 juta.
Dalam kenyataan pada Khamis, Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata pasukan serbuan turut menahan dua lelaki tempatan serta dua lelaki dan seorang wanita warga asing, kesemuanya berusia antara 27 hingga 38 tahun.
Dalam kenyataan pada Khamis, Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata pasukan serbuan turut menahan dua lelaki tempatan serta dua lelaki dan seorang wanita warga asing, kesemuanya berusia antara 27 hingga 38 tahun.
A.S - Mexico: Mexico ikrar lindungan kedaulatan, A.S label kartel pengganas
Presiden Mexico, Claudia Sheinbaum, mengumumkan pada Khamis bahawa beliau akan mencadangkan pindaan perlembagaan bagi memperkukuh perlindungan terhadap kedaulatan negara.

Perhimpunan Agung PBB tuntut gencatan senjata segera dan tanpa syarat di Gaza
Resolusi yang turut menekankan keperluan akses kemanusiaan segera, diluluskan dengan sokongan 158 undi, sembilan undi menentang dan 13 berkecuali.

Perhimpunan Agung PBB terima resolusi pertimbangkan semula keanggotaan Palestin
Resolusi diterajui UAE itu diterima selepas mendapat sokongan majoriti dengan 143 negara anggota menyokong, sembilan menentang, 25 berkecuali.

UNGA boleh gantung Israel ketika serangan ke atas Gaza berterusan - Penganalisis
Perhimpunan Agung PBB wajar mengundi untuk menggantung keanggotaan Israel, kerana tindakannya terus menyerang Gaza.

Perhimpunan Agung PBB lulus belanjawan bagi 2024
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu meluluskan bajet tetap tahunan kira-kira AS$3.59 bilion.

PM Anwar tiba di New York ketuai delegasi Malaysia pada sesi Perhimpunan Agung PBB ke-78
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di New York bagi menyertai pemimpin-pemimpin dunia menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) ke-78.

Keselamatan di New York diperketat menjelang Perhimpunan Agung PBB
Lebih 150 ketua negara dan kerajaan serta ratusan menteri, diplomat berhimpun di New York untuk menghadiri sesi ke-78 Perhimpunan Agung PBB.

Sempena setahun konflik Rusia-Ukraine, PBB akan mengundi resolusi mengenai Ukraine
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan mengundi resolusi mengenai Ukraine yang dikemukakan oleh Kiev dan wakil Kesatuan Eropah sempena setahun pencerobohan Rusia.

Perhimpunan Agung PBB adakan sidang tergempar bincang isu Ukraine
Perhimpunan Agung dijangka mengundi draf resolusi minggu ini yang mengutuk referendum "haram" yang disokong Moscow.

Perhimpunan PBB: Uggah ganti Abang Johari rasmi sayap Wanita, Pemuda
Timbalan Presiden I Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Amar Douglas Uggah Embas hari ini merasmikan Perhimpunan Agung PBB bagi sayap Wanita dan Pemuda.

Hina Nabi Muhammad: Pakistan desak Perhimpunan Agung PBB ambil perhatian
Beliau berharap forum PBB akan digunakan untuk "perdebatan yang konstruktif dalam kalangan negara anggota.