BANGKOK: UNHCR, badan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mengendalikan hal ehwal pelarian, menggesa kerajaan Thailand agar memindahkan kira-kira 1,000 pelarian Myanmar yang berlindung di "kawasan selamat sementara", di Mae Sot, Wilayah Tak ke lokasi yang lebih selamat.
"Keadaan masih sangat tidak menentu dan bergolak di Myanmar. Memandangkan keperluan kemanusiaan yang mendesak bagi pelarian dan pertempuran berterusan di sebelah sempadan Myanmar, UNHCR menyeru Kerajaan Thai untuk memindahkan kumpulan itu ke lokasi lain agar mereka mendapat tempat tinggal sementara yang lebih selamat dan lebih bermaruah, dan menerima bantuan kemanusiaan yang lebih baik, " kata UNHCR dalam satu kenyataan.
Menurut sumber rasmi, lebih 9,500 orang awam dipaksa meninggalkan rumah mereka di negeri Kayin dan Kayah di tenggara Myanmar, mencari tempat tinggal dan perlindungan di Wilayah Tak dan Mae Hong Son di Thailand berikutan pertempuran antara pasukan keselamatan dan militan.
Meskipun majoriti telah kembali ke Myanmar, UNHCR difahamkan oleh pihak berkuasa Thai bahawa kira-kira 1,000 pelarian masih kekal di Mae Sot, sebahagian besar daripada mereka tinggal di tapak perlindungan di Mae Kone Kane.
UNHCR turut mengulangi kesediaannya untuk membantu pihak berkuasa Thailand sebagai respons untuk keperluan kemanusiaan pelarian baharu.
"Bagi tujuan itu, UNHCR dan rakan kongsi kemanusiaan akan terus memohon akses kepada populasi pelarian," kata kenyataan itu.
Pada Isnin, Utusan Khas Setiausaha Agung PBB ke Myanmar, Noeleen Heyzer, meminta sokongan Thailand untuk membantu menghalang keadaan yang lebih teruk di Myanmar.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 21 2022

UNHCR menggesa kerajaan Thailand agar memindahkan kira-kira 1,000 pelarian Myanmar yang berlindung di "kawasan selamat sementara", di Mae Sot, Wilayah Tak ke lokasi yang lebih selamat. - Gambar fail/AP

Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Serdang selepas menerima aduan orang awam.

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

Hampir 200,000 pelarian Syria pulang sejak kejatuhan Assad - PBB
Antara 8 Disember hingga 16 Januari, kira-kira 195,200 rakyat Syria telah kembali ke negara asal mereka.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Pulau Pinang akan tubuh jawatankuasa, garis panduan khusus tangani gelandangan
Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam proses untuk menubuhkan jawatankuasa dan mengembangkan garis panduan khusus bagi menangani serta membantu populasi gelandangan di negeri ini.

Palsu kad UNHCR: Lelaki warga Myanmar dipenjara lima tahun, denda RM30,000
Seorang lelaki warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan denda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen hari ini kerana memalsukan kad UNHCR September lepas.

250,000 orang larikan diri dari Lubnan ke Syria berikutan serangan Israel - PBB
Kira-kira 250,000 orang menyeberang dari Lubnan ke Syria berikutan serangan yang diperhebatkan oleh Israel, menurut UNHCR.

Bangladesh tidak dapat tampung lagi pelarian Rohingya - Penasihat Luar
Dhaka gesa negara dan organisasi yang mengesyorkan pengambilan selanjutnya supaya mereka berkongsi beban itu sendiri.

Olimpik Paris 2024: UNHCR catat sejarah hantar kontinjen pelarian terbesar dan raih pingat sulung
Dengan 37 atlet yang bertanding dalam 12 sukan berbeza, ini adalah pasukan pelarian terbesar sejak IOC menubuhkan pasukan pelarian pertama pada Sukan Olimpik 2016.

UNHCR: Pendatang hadapi 'kengerian yang tidak dapat dibayangkan' di laluan utama ke Eropah
UNHCR menggesa perluasan usaha menyelamat bagi pendatang di laluan penghijrahan utama ke Eropah, yang menghadapi 'kengerian yang tidak dapat dibayangkan'.

Penjawat awam antara empat ditahan menyamar polis, samun warga Myanmar
Seorang penjawat awam antara empat lelaki ditahan menyamar sebagai polis dan disyaki menyamun lapan warga Myanmar di Kampung Kubang Tin, Melor di sini semalam.

1.7 juta penduduk hilang tempat tinggal di Semenanjung Gaza, kata PBB
Kira-kira 1.7 juta rakyat Palestin kehilangan tempat tinggal secara paksa di Semenanjung Gaza akibat pencerobohan Israel.