NEW YORK: Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) mengecam pembunuhan dan pembakaran 35 orang, termasuk empat kanak-kanak, dan dua pegawai Save the Children di Timur Myanmar, lapor Sputnik, memetik pengumuman UNICEF dalam satu kenyataan pada Selasa.
"UNICEF terkejut dan sedih dengan laporan pembunuhan dan pembakaran sekurang-kurangnya 35 orang, termasuk empat kanak-kanak dan dua kakitangan organisasi kemanusiaan Save the Children, di negeri Kayah di timur Myanmar, pada 24 Disember," kata kenyataan itu.
Laporan yang boleh dipercayai menunjukkan bahawa empat kanak-kanak terbunuh dalam serangan itu, termasuk dua remaja lelaki berusia 17 tahun, seorang remaja perempuan dan seorang kanak-kanak berumur lima hingga enam tahun, kata UNICEF.
"UNICEF mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas orang awam, kanak-kanak dan petugas kemanusiaan itu. Perlindungan orang awam, khususnya kanak-kanak dan pekerja kemanusiaan, mesti diutamakan semasa konflik, selaras dengan undang-undang kemanusiaan antarabangsa," kata Pengarah Serantau Asia Timur. dan Pacific Debora Comini.
Dua petugas Save the Children, yang kematian mereka disahkan hari ini, terbunuh semasa dalam perjalanan pulang ke pejabat pertubuhan itu di Loikaw selepas menyampaikan bantuan kemanusiaan di komuniti berhampiran, kata kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 29 2021

UNICEF mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas orang awam, kanak-kanak dan petugas kemanusiaan di kayah, timur Myanmar. - AP

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Lebih 423,000 penduduk menyeberang dari selatan ke utara Gaza - PBB
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melaporkan hampir 430,000 orang sedang bergerak dari selatan Semenanjung Gaza ke utara enklaf itu.

Lebih 350 trak UNICEF masuk Semenanjung Gaza pada minggu pertama gencatan senjata
UNICEF mempercepatkan pengagihan bekalan dan perkhidmatan kepada kanak-kanak di Semenanjung Gaza, dengan lebih 350 trak memasuki kawasan itu pada minggu pertama gencatan senjata yang dinanti-nantikan.

Satu juta kanak-kanak di Gaza perlu sokongan kesihatan mental untuk tangani tekanan, kebimbangan - PBB
Anggaran menunjukkan lebih 17,000 kanak-kanak kini tanpa keluarga di Gaza.

Kanak-kanak di zon konflik: Krisis global yang memburuk
Kira-kira 473 juta kanak-kanak, atau lebih daripada satu dalam enam kanak-kanak, dianggarkan tinggal di kawasan konflik di seluruh dunia.

Jumlah kanak-kanak tinggal di kawasan konflik catat rekod tertinggi - UNICEF
Lebih ramai kanak-kanak kini tinggal di kawasan konflik atau terpaksa meninggalkan kediaman mereka akibat pertempuran berbanding sebelum ini.

UNICEF gesa tindakan segera ketika kanak-kanak di Gaza terus jadi mangsa
UNICEF menyeru tindakan segera pada lewat Jumaat ketika kanak-kanak di Semenanjung Gaza terus menghadapi pertumpahan darah setiap hari, lapor Agensi Anadolu.

PBB beri amaran krisis kemanusiaan luar biasa di Lubnan akibat perang
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa situasi di Lubnan kini mencapai tahap yang lebih buruk berbanding perang 2006.

Lebih 50 kanak-kanak terbunuh di Jabalia, kakitangan UNICEF diserang
UNICEF menyeru Israel untuk menjalankan siasatan segera terhadap serangan ke atas kakitangannya dan mengambil tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab.

Pelaburan bagi kesejahteraan kanak-kanak bukan sekadar kewajipan moral - Abang Jo
Pelaburan bagi kesejahteraan kanak-kanak bukan sekadar kewajipan moral semata-mata, tetapi ia juga adalah satu keperluan ekonomi, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Kempen vaksinasi polio di Gaza bermula baik walau berdepan risiko serangan Israel
Kempen vaksinasi polio di Gaza bermula baik walau berdepan risiko serangan Israel