BANGKOK: Usaha pemimpin parti Move Forward (MFP) Thailand, Pita Limjaroenrat untuk menjadi perdana menteri berakhir pada Rabu.
Parlimen dwidewan telah menolak pencalonan semula Pita untuk undian kedua bagi jawatan perdana menteri hari ini.
Sebanyak 394 ahlinya menentang pencalonan semula Pita sebagai calon perdana menteri manakala 312 lagi menyokong dan lapan berkecuali. Seseorang tidak menggunakan hak untuk mengundi.
Seramai 715 ahli Parlimen mengundi secara elektronik berikutan perbahasan panjang mengenai isu itu bermula sejurus selepas persidangan pada 9:30 pagi.
Speaker Wan Muhamad Noor Matha berkata pencalonan semula Pita bagi jawatan perdana menteri ditolak dengan undian majoriti.
"Di bawah Perkara 41 Perlembagaan, Pita tidak sepatutnya dinamakan semula semasa persidangan parlimen ini," katanya.
Bagaimanapun, tidak jelas bila sesi pengundian jawatan perdana menteri seterusnya akan diadakan.
Awal hari ini, Mahkamah Perlembagaan Thailand memerintahkan keanggotaan Pita sebagai Ahli Parlimen (MP) digantung sementara.
Terdahulu, di Parlimen, Pita menerima perintah Mahkamah Perlembagaan yang menggantung sementara status ahli parlimennya di parlimen.
Beliau meninggalkan Parlimen pada 2:43 petang (waktu tempatan).
"Saya telah menerima dokumen daripada Mahkamah Perlembagaan untuk berhenti menjalankan tugas sebagai Ahli Parlimen. Oleh itu, saya ingin memaklumkan kepada Yang di-Pertua bahawa saya mengakui dan mematuhi perintah itu sehingga keputusan dibuat.
"Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Speaker dan rakan-rakan Ahli Parlimen sehingga kita bertemu lagi.
"Saya meminta rakan-rakan Ahli Parlimen untuk menjaga rakyat.
"Saya percaya Thailand telah berubah sejak Pilihan Raya Umum 14 Mei. Rakyat telah memenangi separuh daripada pertempuran dan masih ada separuh lagi untuk dilaksanakan. Walaupun saya tidak dapat meneruskan tugas saya, saya minta semua (Ahli Parlimen) menjaga rakyat dengan baik ," katanya sebelum meninggalkan Dewan.
Beliau menanggalkan kad MPnya dan meletakkannya di atas meja sebelum meninggalkan dewan. Pita menerima pujian oleh Ahli Parlimen gabungannya yang diketuai MFP apabila beliau keluar dari Parlimen.
Pada 13 Julai, Pita gagal mendapat sokongan lebih separuh daripada 749 anggota Parlimen dalam percubaan pertamanya.
Walaupun menjadi calon perdana menteri tunggal, Pita hanya mendapat 324 undi, manakala 182 undi menentangnya dan 199 berkecuali.
Pada Sabtu, Pita berkata beliau akan memberi laluan kepada Parti Pheu Thai jika gagal sekali lagi meraih sokongan yang diperlukan dalam undian kedua.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 19 2023

Usaha pemimpin parti Move Forward (MFP) Thailand, Pita Limjaroenrat untuk menjadi perdana menteri berakhir pada Rabu. - Foto REUTERS
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Pengundian pilih PM Thailand diadakan sekali lagi Khamis depan
Parlimen Thailand akan bersidang pada Khamis depan untuk mengundi perdana menteri baharu kerana perhimpunan dwidewan yang dianggotai 749 anggota tidak dapat bersidang hari ini.

PM Thailand arah tingkat keselamatan, buru penyerang
Sehingga kini kira-kira 7,000 orang terbunuh dalam konflik di empat wilayah di selatan Thailand yang bergolak yang terdiri daripada Pattani, Narathiwat, Yala dan Songkhla.