Sekatan eksport Kesatuan Eropah (EU) terhadap vaksin COVID-19 akan mengakibatkan situasi 'rugi-rugi' terhadap semua orang, termasuk negara anggotanya.
Kenyataan itu dikeluarkan seorang eksekutif Pfizer susulan blok itu memperketatkan pengawasan penghantaran vaksin di luar sempadannya.
Tindakan EU itu akan memberikannya skop lebih besar untuk menyekat penghantaran vaksin ke negara-negara dengan kadar inokulasi lebih tinggi, seperti Britain, atau yang tidak berkongsi vaksin yang mereka hasilkan.
Perkara ini mengundang kebimbangan memandangkan sifat global pengeluaran vaksin, di mana dosnya mengandungi ratusan bahan yang diperoleh di puluhan negara.
Sekatan baharu terhadap penghantaran suntikan atau bahan mentah boleh mengganggu usaha memerangi wabak ketika dunia berjuang mencegah gelombang jangkitan ketiga.
Menurut pengurus Pfizer di Switzerland, Sabine Brukner, pihaknya memerhatikan perkembangan terbaharu itu dengan penuh kebimbangan.
"Kepimpinan eksekutif kami telah berhubung terus dengan EU. Kedudukan kita jelas, kita sangat kritikal, kita sama sekali tidak mampu menyokongnya.
"Sekiranya sekatan eksport benar-benar terjadi, ia merupakan satu situasi 'rugi-rugi' untuk semua orang, termasuk bagi anggota EU," katanya pada satu sidang media di Zurich pada Khamis.
Peraturan baru yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Eropah, yang mengawasi dasar perdagangan EU, memperluas langkah-langkah yang ada bertujuan untuk memastikan eksport yang dirancang oleh pembuat ubat-ubatan tidak mengancam bekalan blok itu.
Mereka menambah 17 negara yang sebelum ini dikecualikan termasuk Israel, Norway dan Switzerland dimasukkan ke dalam senarai negara eksport vaksin yang dihasilkan oleh EU memerlukan lesen.
Switzerland, misalnya, mendapat suntikan Pfizer COVID-19 dari kilang di Belgium.
Astro Awani
Thu Mar 25 2021

Seorang petugas kesihatan sedang mengendalikan pemberian suntikan vaksin COVID-19 keluaran Pfizer-BioNTech di sebuah hospital swasta di Perancis, 5 Mac, 2021. REUTERS

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.

Sunway jalin kolaborasi dengan EU, pacu usaha menuju masa depan yang mampan
Tahun ini, Sunway akan meneraju inisiatif unik untuk menangani kemiskinan bandar menerusi projek Cerapan Komuniti Desa Mentari.

Dewan Rakyat: Wujud 'pelobi' yang lihat industri sawit sebagai pesaing - Fadilah
Timbalan Perdana Menteri akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Pengarah Alam Sekitar di bawah Suruhanjaya EU, Florika Fink-Hooijer pada 28 Jun ini.

Rusia umum bakal usir 20 diplomat dari Republik Czech
Ia sebagai tindak balas Republik Czech yang menghalau 18 diplomat Rusia pada Sabtu.

Vaksin COVID-19: Sekatan eksport EU akibatkan situasi 'rugi-rugi'
Kenyataan dikeluarkan seorang eksekutif Pfizer susulan blok itu memperketatkan pengawasan penghantaran vaksin di luar sempadannya.

Eksport biodiesel Malaysia dijangka susut tahun ini - MBA
Presiden Persatuan Biodiesel Malaysia (MBA), UR Unnithan berkata eksport biobahan api berasaskan sawit dianggarkan mencecah 378,582 tan pada tahun lepas.

Suruhanjaya Eropah umum lanjut mekanisme eksport vaksin COVID-19
Mekanisme ini bertujuan memastikan pengeluar vaksin memenuhi komitmennya kepada negara anggota Kesatuan Eropah (EU) terlebih dahulu.

COVID-19: EU gesa ketelusan syarikat pembuat vaksin
Ia susulan kelewatan penghantaran vaksin oleh dua syarikat, yang menjejaskan pelancaran program vaksin di beberapa negara anggota EU.

Malaysia mulakan tindakan undang-undang ke atas EU berikutan kempen antiminyak sawit
KPPK telah memulakan tindakan undang-undang terhadap Kesatuan Eropah (EU) serta negara-negara anggotanya berikutan kempen antiminyak sawit.

Tidak peduli rayuan Itali, Kesatuan Eropah akhirnya tampil mohon maaf
Selepas Rom mendakwa permohonan bantuan perubatan dalam usaha memerangi pandemik COVID-19 tidak mendapat respons bulan lalu, Kesatuan Eropah (EU) tampil membuat permohonan maaf kepada negara itu.

COVID-19: Itali dakwa 'dipinggirkan' EU, terima bantuan China
Rom sebelum ini ada meminta bantuan daripada Kesatuan Eropah (EU), namun tidak dipedulikan sehingga China sendiri menghantar bantuan pakar dan alatan perubatan.